Isnin, 14 Julai 2008

my very own seri muka


a very simple kuih.. my own fav.. this is my first try and come out nicely.. yeay!


Bahagian bawah
1. 500gm beras pulut - basuh, rendam 4 jam, tos
2. 400ml santan cair
3. Daun pandan
4. Secubit garam

Bahagian atas
5. 3 biji telur
6. 200gm gula
7. 120gm tepung gandum
8. 3 sudu tepung jagung
9. 10 helai daun pandan dijadikan jus dengan 300ml air
10. 2 cawan santan pekat + secubit garam

Cara- caranya

Tapis beras pulut. Tambah santan, garam dan daun pandan ke dalam beras dan masuk acuan. Kukus 20 minit. Alih acuan dan kacau seketika. Kukus lagi 10 minit. Campur kesemua bahan dari no 5-10 dalam blender dan blend. Keluarkan acuan dari pengukus dan tekan pulut guna belakang senduk/ daun pisang. Kukus lagi 5 minit. Masukkan bahan yang telah diblend dan stim lagi untuk 30 minit. Potong ketika kuih telah sejuk.. supaya pulut tak melekat2..


try la.. sedap tau!!

3 ulasan:

Fauziah berkata...

adohhh... sedap nyer ini kuih... bleh ek amik resipi nih.. .huhuhu...

Unknown berkata...

sila la sila.. senang je bibimie..

Makcik Runner berkata...

braaavo! *clap clap*

chek pun tak pandai buat...hehehe

KC