Khamis, 17 Julai 2008

bahasa kebangsaan kita.. ye lah itu

----- kemaskini 6.00pm 18 Julai 2008 ------

punya la sudah bersiap sedia nak dinilai harini, rupanya tidak ada pula wakil pusat bahasa tersebut.. cis cis cis.. sabar je la..

kak iza, jalur derum dalam bahasa inggerisnya "tranverse bar". sebenarnya ia cuma menggunakan sejenis cat yang berbeza jenisnya berbanding cat rumah.. haha, info petang ini.

kak aishah dan nana, terima kasih.. minggu hadapan kena usaha lagi.. hahahah

--------------------------------------------

bukan niat mama hendak kutuk bahasa kebangsaan sendiri. mama akui, mama pun masih lemah dalam penguasaan bahasa ibunda sendiri. bukan apa, ada ketikanya mama terpaksa menambah tokok dengan bahasa penjajah kerana merasa bahasa ibunda kita sendiri tidak sesuai dalam sesetengah keadaan. lagi pula, bila melibatkan dengan frasa- frasa berkaitan kejuruteraan awam. takut betul.. sebab kesian pada pelajar yang terpaksa berjegil biji mata mereka bila terkejut mama berucap dalam bahasa ibunda ini.

minggu lepas, mama telah pun memberi pengumuman bahawa mama akan menyampaikan 2 kali kuliah dalam bahasa kebangsaan sempena penilaian berkuliah bahasa Malaysia mama. ini adalah merupakan keperluan untuk pengesahan jawatan pensyarah USM. pelik tapi benar. memang kita patut berbangga dengan bahasa ibunda, tapi bayangkan jika pelajar pening dan terkejut bila kita menukar istilah kejuruteraan dari bahasa inggeris kepada bahasa Malaysia.. hehehe.. kesian pada mereka.. tapi harap mereka bersabar. ya, memang kelakar bila melihat muka mereka tercengang- cengang semasa kuliah.. tapi apakan daya mama.. mama kan sekadar menurut perintah.. hehehe

jadinya, mama pun sekarang pening dan gusar memikirkan hari esok. yang mana pelajar perlu memahami bahawa:

Consolidated drained test - ujian terkukuh tersalir
Consolidated undrained test -ujian tak terkukuh tersalir
Unconsolidated undrained test - ujian tak terkukuh tak tersalir..

hahahahahaha.. kesian..

3 ulasan:

aishah zaharin berkata...

hebat! :D selamat maju jaya! (dalam usaha memberi inspirasi kepada pn mastura, semua ayat adalah di dalam bahasa ibunda..)

_mmm_ berkata...

ye kak aishah, dlm menyokong kakak saye, saye nak betulkan tatabahasa dalam ayat yang telah ditulis di atas

"ini adalah merupakan "

penggunaan perkataan 'adalah' tidak perlu digunakan memandangkan perkataan 'merupakan' sudah cukup untuk menunjukkan kekuatan ayat tersebut. harap maklum!

p/s: tok ayah x sihat.die demam.

Tanpa Nama berkata...

saya oernah tgok kawan saya guna bm untuk ajar civil..Jalur Derum..lawak kan..saya taktahu apa mendanya in english..tapi bila kereta lalu dia akan bunyi..derum..derum...hehhh..peliknya..masak disekolah depa kena belajr in english..untuk persediaan ke uni n workforce..tapi bila d uni ckp bm pulok..LOL