Selasa, 29 Julai 2008

badan penat

ntah kenapa badan penat sangat lately.. mood pun turun naik je.. ish.. x syok.. rasa kurang produktif sangat la.. semalam mama berjaya selesaikan semua hutang kad kredit.. tinggal satu kad je on skang.. so, hutang dah diselaraskan.. selesai.. pasni, kad kedit semua tinggal kat satu tempat je.. sebelum gi belajar nanti kasi kansel sama semua.. hahahahah.. lepas selesai hutang kad kedit, mama telah berjaya menghasut papa untuk kempiskan poket kami pulak.. ngeh ngeh.. cari pressie untuk mantan dekan, untuk kak mas (happy belated bithday dear.. ur pressie will arrive soon.. at emak's house) and buy something for myself..

jadinya semalam mama beli kasut baru.. untuk pakai jenjalan bercuti 2 minggu lagi.. (cuti seh!! x sabau!!) bulan 8 ni mama amik 5 hari cuti.. hahaha.. x peduli.. dah lama x rehat betul2.. badly need la.. then, mama spent sket duit beli hand cream kat l'occitane.. sebelum ni selalu dengar orang je beli.. jadi semalam mama pun beli la gak.. bau dia sedap.. harini dok layan je.. mama try Fleur de Cerisier Cheery Blossom packaging dia macam toothpaste.. or tho be exact macam water colour tube tu.. comel.. well, kalau product ni okey, mama akan canang kat semua.. hahaha.. ala, sekali sekala.. lagipun mama jarang2 manjakan diri sendiri.. pastu mama beli swimming goggle.. yang dulu punya tah mana dah letak.. jadi beli la yang cheap one.. sebab bila mama swim, mata pedih2 sket.. dahle rabun.. hahahha..

yang tak bestnye semalam, time nak balik stuck kat island.. giler ape tah jem semalam.. agaknya ada eksiden kut.. pelik gak.. selalu okey aje.. dari jambatan kami lari balik thru feri.. hmm.. sian aiman.. semalam mama amik dia lambat.. dekat kul 8pm baru sampai.. mama pun tahan berbuka sampai kul 8 la.. dalam keta xde pape leh soru.. uuuu.. balik dah mandi2 baru buat dinner.. malam tadi kami dinner bolognese.. okeyla.. mama nak prepare hiragana mama.. cam hampas je x hafal2 lagi.. huhu

XOXO mama *harini kepala pusing laaa*

p/s: ada yg bgtau kata tak boleh tinggal komen kat blog ni ye?? nape ek?? mama check setting sume okey je.. sorry ye.. mama x tahu la..

Jumaat, 25 Julai 2008

zeti tag mama.. huhu

ini kali kedua mama layan tag ni.. hehe.. thanks zeti..

so, mama tag plak
1. Nana
2. Kak Aishah
3. Kak KC
4. Kak CT
5. Aweng
6. Kokek

sesapa nak layan tag pun silakan.. bukannye wajib pun.. sekadar syok2.. hahaha

Kali Pertama naik Kapal Terbang
Tingkatan 2 (1995) gi Medan

Kali Pertama Pergi Overseas
1997 Umrah

Kali Pertama Dok jauh Ngan Keluarga.
Dah masuk UTM tahun 1999.. uu.. 6 tahun kat sana.. balik KL 1 lebih gitu.. pastu merantau balik ke Penang

Kali Pertama Merasakan Diri Gemuk
Start mengandung.. sampai skang ni pun gumuk.. waaa :((

Kali Pertama Bekerja
2001 tahun 3. Kat UTM jadi research assistant untuk Prof Azlan Adnan (Earthquake group)

Kali Pertama Merasakan Diri Cantik.
Time kawen.. lain rasa bila kena makeup

Kali Pertama Masuk Wad
Time bersalinkan Aiman.. Sept 2007

kenang kenangan.. hehe

alhamdulillah.. sampai juga hari jumaat.. mama pun dapat selesai 4 hari puasa.. hari ni off sat.. maka tinggal la lagi 8 hari.. yeay!! untuk 3 hari puasa pertama tu mama masak la sendiri.. isnin masak nasi lemak, selasa masak ikan stim n nasi putih dan rabu masak kuey teow hong kong..

cerita pasal kuey teow hongkong ni memang best.. dolu2.. time kat UTM, mama duduk Kolej Tun Razak (1999 - 2003) best woo kolej tu.. pengetua dia best, kawan2 ramai.. bukan setakat budak awam.. ada budak kimia, pendidikan islam, tesl.. ooOoo.. tak leh kira le.. biasa la budak perempuan kat utm selalu naik bas balik dari fak ke kolej.. time yang selalu meriah kat cafe tengahari lebih kurang kul 1 dan 6 petang untuk dinner.. memang time tu meriah dengan girls.. kadang2 kelakar jugak sebab boys maybe segan2 je nak beli food time kami ada.. hahaha..


salah satu menu yang memang mama n geng suka order adalah kuey teow hong kong.. uuUUuu.. memang layan.. tak masuk lagi layan tomyam and etc.. yang bestnye.. abang kat cafe tu pandai la masak kuey teow hong kong tu (utk abg tersebut jika baca statement ni.. sorry, saya dah kawen.. hahahah) jadi selalu la muka mama n geng tercangak depan tingkap menengok dia masak2 makanan kami.. hehehe.. (gambar sebelah papa tengah makan n aiman intai2.. hahaha)


jadi ntah macammana mama teringat pasal kenangan ni mama pun try la masak petang rabu tu.. menjadi.. walla!!!!
nak resepi?? sonang yo..

untuk 2 orang makan (mama n papa aiman)

2 genggam kuey teow.. basuh.. dan toskan.. kalau keras, celur sket..
4 biji telur.. 2 biji untuk setiap orang

pukul telur dalam mangkuk asing. panaskan minyak sket je, masukkan kuey teow dan tuang telur.. make sure rata supaya dia jadi cam penkek gitu.. ketepikan

bawang putih, merah dan halia sikit di potong halus.
daging sket
ayam sket
baby corn sket
carrot potong panjang2 halus sket
bunga kobis sket
2 sudu stok ayam maggi dibancuh dengan air (lebih kurang 300ml)
2 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan air
air secukupnya
garam
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan lada putih
cili api dihiris halus kalau suka pedas
daun sup + bawang utk hiasan

cara2.. lebih kurang cam nak masak ladna je..

tumis bawang n halia hingga naik bau. masukkan daging. dah lama sket, masukkan pulak ayam.. kendian masuk stok ayam.. biarkan mendidih.. agak2 daging empuk. kendian masukkan lada sulah n sos tiram.. garam sikit saja sebab kadang2 sos tiram dan stok ayam dah masin.. rasa tau.. pastu masukkan sayur2.. biarkan mendidih.. masukkan cili api dan last sekali baru masukkan bancuhan tepung jagung.. tuang kuah ke atas kuey teow dan hias dengan daun sup n bawang.. tadaaaaa..

mama nak ucap toche untuk kawan2 yang sblm ni sudi salin resepi mama.. harap menjadi la ye.. pape boleh tanya.. okeyla.. petang ni mama nak pi Teluk Batik.. hehehehe.. cuti2 mesia.. update minggu depan.. toodles peep.. XOXO mama!

Isnin, 21 Julai 2008

memori itu datang lagi

esok kalau arwah emak ada, dah umur 49tahun dah dia.. birthday emak semalam, tapi dalam IC birthday dia 22 Julai 1959. dah hampir 3 tahun emak pergi meninggalkan mama.. tapi tiap hari tak lupa pada arwah.. kadang2 masih ada airmata yang mengalir teringatkan dia. jika emak masih ada, mesti dia seronok dapat lihat cucu dia.. tapi kuasa Allah maha besar.. emak pergi dulu.. semoga emak berada dikalangan ahli syurga.. amin..

bila teringat kat emak, mula la kepala otak tu ade je ide nak masak benda fav yang arwah selalu masak.. antaranya karipap inti kurma daging dan puding roti.. huhu.. weekend haritu rajin la pulak masuk dapur.. banyak menu sempat jamu suami..

sabtu tengahari masak sup tulang + nasi putih.. petang pulak karipap.. bawak sikit waktu melawat pah auntie.. yang tak berapa sihat asyik demam.. tapi kelmarin tengok dia dah okey la.. malam sabtu tu kami ada game (saje2) bowling dengan staf office.. layan bawak aiman gi bowling alley.. hepi je mamat tu.. tangan mama lenguh la jugak main 4 frame.. lama wo tak main.. last sekali time anak dara lagi 2006.. hahaha..

hari ahad lauk simple je, udang goreng nestum, sambal sotong ngan lemak kacang buncis.. petang minum buat puding roti.. resepi puding roti emak dah tak berapa nak ingat, jadi mama cilok resepi dari sini turn out sedap sangat.. nyum2.. ada baki sikit je lagi.. papa aiman belasah separuh talam tu dah.. hahahaha..

okeyla.. harini cam tak berapa kuasa nak mengarut2.. letih... posa.. kepala otak dok fikir nak makan buka je.. hahahha.. ingat nak buat nasi lemak la.. ayam 'inche kabin' ada lagi dalam freezer.. cantikkkssss.. hahah

XOXO mama


(posa tinggal lagi 11 hari..)

Khamis, 17 Julai 2008

bahasa kebangsaan kita.. ye lah itu

----- kemaskini 6.00pm 18 Julai 2008 ------

punya la sudah bersiap sedia nak dinilai harini, rupanya tidak ada pula wakil pusat bahasa tersebut.. cis cis cis.. sabar je la..

kak iza, jalur derum dalam bahasa inggerisnya "tranverse bar". sebenarnya ia cuma menggunakan sejenis cat yang berbeza jenisnya berbanding cat rumah.. haha, info petang ini.

kak aishah dan nana, terima kasih.. minggu hadapan kena usaha lagi.. hahahah

--------------------------------------------

bukan niat mama hendak kutuk bahasa kebangsaan sendiri. mama akui, mama pun masih lemah dalam penguasaan bahasa ibunda sendiri. bukan apa, ada ketikanya mama terpaksa menambah tokok dengan bahasa penjajah kerana merasa bahasa ibunda kita sendiri tidak sesuai dalam sesetengah keadaan. lagi pula, bila melibatkan dengan frasa- frasa berkaitan kejuruteraan awam. takut betul.. sebab kesian pada pelajar yang terpaksa berjegil biji mata mereka bila terkejut mama berucap dalam bahasa ibunda ini.

minggu lepas, mama telah pun memberi pengumuman bahawa mama akan menyampaikan 2 kali kuliah dalam bahasa kebangsaan sempena penilaian berkuliah bahasa Malaysia mama. ini adalah merupakan keperluan untuk pengesahan jawatan pensyarah USM. pelik tapi benar. memang kita patut berbangga dengan bahasa ibunda, tapi bayangkan jika pelajar pening dan terkejut bila kita menukar istilah kejuruteraan dari bahasa inggeris kepada bahasa Malaysia.. hehehe.. kesian pada mereka.. tapi harap mereka bersabar. ya, memang kelakar bila melihat muka mereka tercengang- cengang semasa kuliah.. tapi apakan daya mama.. mama kan sekadar menurut perintah.. hehehe

jadinya, mama pun sekarang pening dan gusar memikirkan hari esok. yang mana pelajar perlu memahami bahawa:

Consolidated drained test - ujian terkukuh tersalir
Consolidated undrained test -ujian tak terkukuh tersalir
Unconsolidated undrained test - ujian tak terkukuh tak tersalir..

hahahahahaha.. kesian..

Rabu, 16 Julai 2008

blueberry cheesecake

thanks azah for the recipe.. this recipe is very easy to do and no baking is needed.. if you want to thicken the cheese layer, you may add the upper layer ingredients..


Ingredients

1. 300gm cream cheese (I used philadelphia cream cheese 250gm - 1 buku)

2. 70ml plain yogurt

3. 4 tblspoon icing sugar

4. 2 teaspoon gelatin - mixed with boiling water

5. a little zest of lemon

6. 7-8 pieces of digestive biscuit. mashed

7. 20gm butter - melted on stove (I used 1/3 of the normal buttercup)

8. Blueberry topping and filling (I bought normal blueberry spread at Jusco.. make sure the one with the least jem like texture.. basah lagi baik)

Steps:

Mix butter and biscuits. Add them into the baking pan. Press until compacted and flaten it using hand. Cover with cling wrap (I used normal plastic bag used to pack lauk/sirap.. hehe). Keep in freezer until harden.

Beat cheese with mixer until it becomes smooth. Add in gelatin, yogurt, icing sugar and lemon into the mixer and beat some more. Put the batter into the baking pan taken out form the freezer. Add 2 table spoon of blueberry filling and stir it so it looks like marble cake. Put pan in the freezer again for an hour.

After 1 hour (depending on your fridge), checked whether the cheese has hardened. If it turns hard, take it out from the freezer and put the rest of blueberry as topping. Put the cake back in the bottom fridge overnight. The cake is best serve cold.

of blueberry cheesecake, meet up with friends and immunisation

alhamdulillah, dah tengah minggu dah.. cepat betul la hari berlalu.. dari hari isnin sampai hari rabu penuh memanjang.. dari kerja ofis, sampailah kerja rumah.. malam isnin kelmarin, our family friend stop a while at our house before going to penang. It was really nice of them to stop by at our house.. ye la, it wasn't always people coming to Parit Buntar.. so, Harris (yes, my hubby best friend name is also Harris) Syuhaida and Adam came penang for a conference in Equatorial held by Rolls Royce.. wooohoo.. Syu apalagi amik kesempatan bercuti la.. tomorrow they'll head back to KL. Isnin haritu, lepas depa mai rumah, kami bawak depa pi makan kat Teluk Tempoyak.. there's a seafood restaurant there.. Teluk Tempoyak is located near war muzium in Batu Maung.. Firdaus, Isma and Danish were also there.. we had our dinner there and manage to get home back before midnight..


yesterday was a very hectic day.. with meeting for whole day, it was very exhausted.. uuu.. papa caught with sneeze and running nose.. later in the evening, we take aiman to local paed for his additional immunisation. this is his first time taking pneumococcal vaccination. menangis sket, tapi lepas tu jadi hero balik.. last time we did decide to give him rotavirus vaccination.. but due to budget constraint, we skip that vac. this time around, mama 'terpijak duit'.. so, we plan to give him the three shot needed.. last night tv aired 'the debate'.. but, seeing two politician talk nonsense (1 always try to remind us about the other's history and the other one who is so oppurtunist that most of what he talk and act makes me think.. is he really a trustworth man?) made me puke.. sorry la for the language.. so, i decided to give blueberry cheesecake a try.. in the last post, i did mention that i ordered a halal gelatine online.. so, yesterday i got the package and last night i did the cake.. tadaaaaaa.. sedap woo.. (hehe.. puji sendirik) *clap clap for myself..


so, hari ni.. kepala pusing pagi2.. sebab tak cukup rehat... have to start preparing the tutorial notes for this friday.. my bahasa malaysia evaluation will be either on this friday's class or next week's. huhu.. ciow!


XOXO mama

Isnin, 14 Julai 2008

my very own seri muka


a very simple kuih.. my own fav.. this is my first try and come out nicely.. yeay!


Bahagian bawah
1. 500gm beras pulut - basuh, rendam 4 jam, tos
2. 400ml santan cair
3. Daun pandan
4. Secubit garam

Bahagian atas
5. 3 biji telur
6. 200gm gula
7. 120gm tepung gandum
8. 3 sudu tepung jagung
9. 10 helai daun pandan dijadikan jus dengan 300ml air
10. 2 cawan santan pekat + secubit garam

Cara- caranya

Tapis beras pulut. Tambah santan, garam dan daun pandan ke dalam beras dan masuk acuan. Kukus 20 minit. Alih acuan dan kacau seketika. Kukus lagi 10 minit. Campur kesemua bahan dari no 5-10 dalam blender dan blend. Keluarkan acuan dari pengukus dan tekan pulut guna belakang senduk/ daun pisang. Kukus lagi 5 minit. Masukkan bahan yang telah diblend dan stim lagi untuk 30 minit. Potong ketika kuih telah sejuk.. supaya pulut tak melekat2..


try la.. sedap tau!!

a very 'santai' weekend

alhamdulillah.. last 2 days was quite relaxing for the three of us.. we did our weekly shopping last friday night.. i brought myself new mixer and papa bouhgt me a new oven.. yeay!! i was supposed to bake something last 2 days, but it seems quite hard to get a halal gelatine. one of my friend suggested Nona gelatine. I did bought that gelatine but there's no halal at the label.. and furthermore, the factory is located next to juru highway and we did see a red cloth hanging on the factory's door indicating it's own by chinese.. i checked through internet and there were few discussion saying that that brand is own by chinese.. so, i decided to buy halal gelatin online. hope to get it in few days time so i can start baking cakes.. yipiee
on saturday, the three of us 'lepak' at home.. i made 'ayam kicap' and 'lemak lobak putih' for lunch and nasi goreng for dinner. that afternoon, we had fun pushing aiman around in his so called car.. hehe.. he was really happy that day.. how we know it?? he keeps on drooling each time he is happy. hahaha.. tiru sapa la tu ye.. ngeh ngeh.. later that day, i manage to make 'seri muka' for dessert.. nyum nyum..


yesterday, we went to office to settle few things before tommorrow's meeting.. the EAC (Engineering Accreditation Council) is coming early Aug and we need to refurbish all our filing systems and portfolios. So, mama had a quite relaxed weekend without hassle and everything.. it's so nice being in home with our nucleus family.. hmmm..


XOXO mama

Khamis, 10 Julai 2008

mid-year review

sebenarnya dah terlambat sket dah review ni.. haha.. dah masuk bulan 7.. so, teringat la nak buat checklist untuk semua misi yang perlu dilaksanakan untuk 2008. fyi, mama pernah tulis azam untuk 2008 dalam fp
1. Nak pergi bercuti luar dari malaysia - check! gi Bangkok Feb'08
2. Pengesahan dalam jawatan - tinggal ujian berkuliah Bahasa Malaysia.. InsyaAllah by Sept should be OK!
3. Beli rumah - check! InsyaAllah siap tahun depan.. tapi sempat ke masuk rumah?? ngee.. ntah2 orang lain kut masuk dulu.. huhu
4. Kuruskan badan - ooOOoo, bab ni jauh lagi ketinggalan.. last Dec 69kg.. Now 62kg.. jauhhhhhnyeeee...
5. Penerbitan - yerp, finally finished 1 paper for journal.. yet to be submitted.
6. Keperluan sambung belajar - uuUUuu.. dalam proses.. iklan USM untuk staf masih belum keluar.. IELTS bulan Nov, Japan lang dalam proses, tempat tengah cari.. bidang research utk phd dah confirm - still got 80% to go.. my turn next year.. cepat le mastura oiiii siapkan
7. Apply CL in teaching - check!
8. Mengganti Puasa - tinggal 12 hari.. sempat ke??? alahai
Selain dari yang diatas, kena buat semakan sasaran tahun 2008 ni jugak.. hehe
8. Preparation untuk Aiman's birthday party on Oct - 20% completed
9. Preparation untuk babah's wedding on Dec'08 - banyak lagi.. tapi sib baik wancu nana tolong..
uuUUuu.. banyak gak major event untuk tahun ni.. berpeluh ketiak mama.. hahaha.. okeyla.. gtg..
XOXO mama

Selasa, 8 Julai 2008

aiman dah 10 months

*pics courtesy of auntie aweng
Budak hensem ni dah 10 bulan semalam.. yeay!! aiman sekarang makin lasak.. makin macam hero.. golek sana, golek sini.. selagi bateri belum low, siapla mama dengan papa bagai nak berperang.. tapi takpe.. mama suka tengok anak mama aktif.. happy aje..

aiman sekarang dah boleh 'combat', merangkak, meniti sambil berdiri sebelah tangan.. kadang2 berdiri tanpa dipegang dan pandai buat pe'el.. suka buat muka cembeng bila nampak mama dah siap tapi tak ambil/ dukung dia.. pandai marah bila barang yang dipegang kena rampas.. hehe..

aiman tak memilih makan.. senang aje.. semua di belasah.. dah mula makan nasi sikit2 dan suka makan buah.. aiman sekarang suka tengok kereta bergerak dan main benda2 yang boleh bergerak..

fav cartoon aiman sekarang thomas and friends, jojo's circus, postman pat dan yang paling utama pingu!! aiman sangat-sangat suka dengar azan dan boleh berenti buat apa sahaja kalau terdengar azan.. semoga aiman terus menjadi anak yang bijak dan soleh.. amin.. mama n papa sayang aiman..

pheww.. letih tak habis2

semalam mama baru aje sampai dari kl.. letih.. sebenarnya, kalau balik kl tak sah x letih.. aiman pun letih sampai panas2 badan dia.. jumaat tengahari lepas, kami bergegas balik kl untuk dental appointment mama.. dah sebulan lebih x balik kl.. so, banyak agenda menanti.. malam sabtu tu kami tidur rumah babah.. asal nak berbuka puasa di luar (yeay.. mama tinggal 12hari lagi nak ganti) tak menjadi sebab aiman dedar badannya.. memandangkan sabtu kami bz, jadi aiman kena tinggal dengan nenek untuk whole saturday.. pagi2 lagi kami dah jejak kaki di promosi kerja kahwin at karangkraf jalan conlay and lunch at pavilion.. sebab mama book mainan untuk aiman.. ye, mainan tu kena book sebab limited.. ngee and ada sale menggila.. so, berjaya!! nanti mama post gambar aiman dengan new toy dia.. lunch memang menarik.. makan carrot cake (bukan cake biasa tu ye.. chinese food) sedap sangat.. dan taufu fah kedai depan tony roma memang sedaaapppp.. uuUUuu..


lepas lunch head to mid valley.. tengok pameran kawen juga.. sempat la book photographer untuk wedding babah and birthday party aiman.. untuk makcik's side dah riki2 same photographer as my wedding.. tinggal nak book je.. makcik, sorry ye terlewat sket.. late afternoon sempat tengok2 kain kat Gulati's Ampang (untuk wedding babah jugak) and malam sabtu baru balik rumah mak harris n lepak2 di sana.. ahad pagi melepet atas katil sebab letih banget.. tengahari after lunch baru gerak ke klcc untuk mini gathering kat california pizza kitchen.. sebenarnya ramai gak mama ajak.. tapi sebab last minute cancelling tinggal le 10 orang aje.. termasuklah kami satu family, ieca and family, czah, sue, dongan and aweng.. harap2 gathering kita bulan 10 ni menjadi la ye.. huhu.. lepas lepak2 selama 3 jam lebih dalam restoran tu baru la kami cabut ke isetan.. sale menggila, semua dapat le peganag satu beg plastik.. mama dah lama x shopping utk diri sendiri.. and manage to grab a pretty shoes, a pants and papa manage to get a shirt and a pants for himself.. mama juga berjaya meracun auntie czah beli kasut.. kakakaka... maghrib baru kami balik ke rumah mak harris..



yesterday morning sempat visit makcik harris in Puchong yang tidak berapa sihat.. tengahari terus cabut balik parit buntar.. huhu.. so KL, tunggu la hujung bulan depan baru kami balik.. hehe.. letiiihhh wooo.. letih poket dan letih badan.. ngeee.. really need massage laa..

*some piccas are courtesy of auntie aweng








Khamis, 3 Julai 2008

last week punya cerita 25-29 jun

walaupun kira cam ala2 nak basi dah, mama x kira!! nak gak cerita pasal last week.. bukannya apa.. walaupun last week memang havoc dengan kerja dsb.. tp memang layan aa..

untuk kak aishah, ye, saya dah siap paper tu.. dah submit dalam waktu yang sepatutnya.. hahaha.. staf school last week memang pulun sakan, dari trial senamrobik (senamrobik yg sebenar petang ni.. tp dah try out 2 kali.. 1st last thursday, 2nd kemarin.. haha) sampai 2 kali gitu.. siap berlatih poco-poco.. tak agak2.. memandangkan 2nd mama ada.. terlupa bawak cam, so mama letak gambar untuk last thursday punya la.. mama kantol terlupa bawak baju sukan.. layan duduk la tepi padang tengok orang lain berpoco- poco..



hari jumaat pulak kami gerak ke tanjung bungah.. stay kat hotel naza untuk bengkel 3 hari.. aktiviti memang best.. tak rasa penat.. yg tak best cuma hotel tu je.. cam hampagas.. food dah le tak cukup.. tak sedap lak tu.. huhu.. siap baik la school punya aktiviti tak bosan..

time nak pi tu tengok jambatan cam jem.. so kami fikir okey la kut naik feri.. cam ape je.. lagi teruk.. alih2 x pasal 2 jam baru sampai hotel.. huhu..

lagi satu yg best pasal last weekend.. mama bagi aiman cecah pasir pantai.. n air laut.. muka dia cam curious sangat.. tapi dia x menangis.. hero mama la katakan.. so, let the picture do the talking ya.. enjoice!


Selasa, 1 Julai 2008

surprise!!

yeay! aiman dah buat surprise untuk mama dia pagi tadi.. dia dah boleh berdiri lepas tangan.. yeay!! sikit hari lagi boleh la budak tu berjalan.. ngeee.. berkejaran la kat dalam rumah nanti.. alhamdulillah.. pandai anak mama.. belum 10 bulan lagi dah boleh berdiri lepas tangan.. dah tu, siap leh senyum2 lagi hepi.. yeaaaaaaa

* mama tengah belajar Joomla! syiok2.. pas ni boleh buat webpage sendiri.. hehehe