Jumaat, 3 September 2010

inai inai inai.. cak!

*inai - tak ada orang.. org jepun punya style main ba ba cak..


alhamdulillah.. dah 9 bulan umur Aidan hari ni.. kejap je.. rasa baru lagi beranakkan si kecik tu.. sekarang ni dah makin lasak..

Aidan dah mula sebut mama n papa.. cepat oooo.. abang dia umur setahun lebih masih panggil mama aje.. semua orang dia mama kan.. hihihi..

Aidan dah kenal kalau kita panggil dia.. pandai buat muka cheeky macam 'saya tau mama marah tapi saya nak buat juga' punya muka.. geram ok!

budak kecik ni paling suka kacau mainan abang dia.. penat abang dia cakap 'Aidan, NO!, Aidan, NO!' hihihi.. comel.. tapi Aidan suka kalau tengok keletah abang.. dia akan gelak mengekek2.. suka kalau dapat sama2 dengan si abang..

Aidan dah mula berdiri.. kejap2 jatuh.. kesian, tapi practice makes perfect.. mama minta maaf sebab aidan tak ada walker macam abang.. rumah kita kecik sangat.. kalau aidan pakai pun confirm tak puas hati..

Moga Aidan membesar jadi anak yang sihat, soleh dan kuat.. mama n papa sayang Aidan..

yang ni rupa Aiman at 9months

yang ini Aidan pulak.. tak sama kan?


8 ulasan:

Fid berkata...

botaaaaakkkk...sexyyy hahahaaa

mama glam berkata...

comey!

Queen berkata...

takpe..ade sesetengah org cakap walker tak elok sangat..ngee...orang dulu2 pun tak pakai walker...tetap membesar bagikan juara...go aidan go!...

yatie chomeyl berkata...

inai inai bak kan kak?

ishahannah berkata...

HEHE..alahai..terpaksa letak translation ye? comeila anak2 kak mast wpun x sama...dh besarpun aidan..muka nampak mcm budak noty.ekeke..

wancuyan berkata...

uh uh..tak welok syangat ni haih, jelejeh ayaq lioq aih..sayangggg kat sume..

Oyis berkata...

manis betul senyuman si aidan ni geram!

mast@work berkata...

kak fid, saya berhutang nak botakkan si kecik ni.. selesai saya kerjakan.. huhu

aweng, tq

queen, mmg ok.. tp kesian budak kecik ni takde mainan

yatie, mmg bak.. tapi kakak ko ni kalau sebut jadi cam bunyi kambing.. so selamba badak tukar jadi cak.. hahahaha

leen, aidan budak dia mmg muka cheeky.. geram

wancu, ayaq liuq tu traademark.. tak dapat diselamatkan laie.. hahahhaa

oyis, jambu kan? hahahha