Sabtu, 29 Ogos 2009

Rumah kami

update sikit - masa lepas update entry ni (entry ni diupload guna henpon) kami dapat jumpa dgn kontraktor.. alkisah, kontraktor akan handover rumah dalam minggu ini dan sebenarnya air dah masuk.. cuma depa tak boleh bubuh meter sebab dah ada yang dicuri.. lepas elektrik masuk settle aa semua.. dan katanya majlis pun dah tgk juga.. kira tinggal OC process la.. 


aiyayayyaa.. tak sabau den haaaaaa


Alhamdulillah, progress rumah sgt2 baik.. Insyaallah rasanya lepas raya ni boleh la masuk.. Tinggal masuk elektrik dan air je.. Syukur sgt2.. Agak2 boleh la beranak kat rumah baru.. Weeeeeee

Jumaat, 28 Ogos 2009

emel lawak pagi jumaat

pagi² hari lagi mama dapat satu emel ni.. pasal staf mula bertanya jumlah cuti yang depa dapat.. lawak juga.. agaknya mesti dah berduyun² orang dok bertanya kat pegawai seorang ni pasal cuti raya.. orang nak bajet berapa hari cuti la..


makluman, gomen cuti raya 20-22 september iye.. udah le, takkan itu pun mike tak boleh ngire? hahahhaa.. (cakap perak sat)

tahun ni kami maybe ambil 5 hari.. waaaa.. cuti panjang seh!! dari 17hb sampai 27hb.. weewooo.. 11 hari deknon! itupun cuti mama masih berbaki 22hari.. bila la nak ngabihnye tu.. adeh!


Khamis, 27 Ogos 2009

Bajet raya

pagi² hari dah dapat phone call dari kelate.. madeh aiman sibuk² dah tanya anak makcik kami di Kedah berapa orang.. hahahha.. orang first time dapat gaji time raya.. mesti la kena hulur lebih ye tak? yang lawaknya, siap over bajet lagi sebab ingat anak mak tam ada 5 orang.. sedangkan 4 orang je cik bedah oi! hahahahhaa
kalau orang hulur ini mesti best kan? pics google

bercerita pasal duit raya, of course, yang paling happy mestilah anak² kecil dan anak² yang kurang kecil.. bagi mama, kami menerima duit raya sehinggalah kami bekerja sendiri.. means masa mama umur 23 tahun, mama masih lagi terima duit raya sebab masa tu masih study master full time.. jadinya pak sedara semua masih hulur duit raya (thi hi hi) dan kini bila umur dah 25 (AHAHAHAHAHA.. SUKA ATI DEN AA.. UMUR DEN BERHENTI KAT 25 AJE) dan dah bekerja, mesti la kena ada bajet untuk dikeluarkan.. eventually, for past few years, masa raya ada juga bonus.. so, tak le berkira² sangat bab nak menghulur ni.. tapi kali ni takde bonus, makanya, berfikir panjang juga la mama nak membajet.. selagi pemberi gaji (kerajaan mesia) tak ada umum bonus, pastinya semua kakitangan kerajaan berkira² nak spend untuk raya.. yang lagi perit ntah ada bonus entah tidak tahun ni.. udah le gitu, kelmarin mama tengok kat berita TV.3 siap ada voting sama ada patut ke kerajaan bagi bonus sedangkan ekonomi kureng.. alahai, kesian le kat kami.. dahle sebulan aje bonusnye, pastu dikira² lagi nak bagi ke idak..

bila nak memberi duit raya, kena la juga fikir.. kalau anak kecil nak bagi berapa, yang besar nak bagi berapa.. selalunya macammana anda membajet? mama selalu siapa sekolah rendah ke bawah dapat la lebih kurang RM3-5, sekolah menengah dalam RM5 dan yang besar² dapat la RM10.. sila jangan cakap saya kedekut.. huhuhu.. sedih oo.. sebab kami family besar (lebih kurang kena hulur dekat 50ppl dalam both families) dan itu tak masuk lagi duit raya untuk adik² dan untuk both parents.. mau atau tidak, bajet duit raya kami mencecah RM500-RM700 depending on kemampuan time tu..

dah kalu kali ni takde bonus, melepet la kami nak cari duit lebih.. sekarang ni pun dok tensi aje sebab tak dapat lagi duit consultation luar.. at least, kalau dapat duit tu, lega aa.. baju raya masih belum dibayar, duit raya lagi, nak balik kampung lagi.. huwaaaaaa!!!!!!!

yang pastinya, dalam pening² mama ada yang happy time raya ni!! siapa? sudah tentu ini orang...



















mama siap dah praktiskan saya salam cium tangan tau!! nak dapat duit raya punya pasal! hahahaha

aiman, nanti kalau mama kering lepas raya aiman tolong ek! tsk tsk T_T
madeh, sila simpan duit raya aiman.. kami balik tau!!

Rabu, 26 Ogos 2009

tutorial blog - tukar layout guna xml file

bantuan pernafasan ini adalah ditujukan kepada puan reen yang katanya dah bosan tengok strawberry kat blog dia.. hahahha.. memandangkan hari ini aku masih belum ada semangat nak kerja, ku layankan jua permintaan mu itu reen..

Step 1 - Mula² pastikan ko save blog asal ko tu.. make sure ko masuk dalam dashboard ko, klik pada layout, edit html dan kemudian ko download full template macam kat bawah ini..

save le dekat mana² sekalipun.. kiranya macam backup blog ko le ye..

Step 2 - Kemudian, ko pi la cari mana² layout yang ngko suke.. dan download nye.. save le kat desktop ko untuk diupload dalam blog kelak..

yang ini ehsan ipietoon.com

Step 3 - Masuk balik dalam dashboard ko, browse file macam aku tunjuk kat bawah ni.. dan upload.. ko make sure apa² coding html ko dalam blog asal di kopipes dalam word ka, mana² ka.. nanti ko insert la gadget kemudian.. save template tu..


makanya.. tadaaaa.. ko boleh view blog baru kau.. sila adjust² layout itu mengikut sesedap rasa ko..

harap dapat membantu ko seadanya.. sebarang soalan boleh diajukan ke bahagian komen.. hahahha

setelah seminggu ber'coti'

alhamdulillah, semalam kami selamat tiba di P.Buntar lebih kurang 12.30am.. mama halfway through aje teman papa.. lepas tu zzZZZzz sorry ye papa.. kesian drive sorang² hari ni baru masuk office setelah seminggu ber'hu-ha' di KL.. itupun ada beberapa agenda yang tidak berjaya disempurnakan seperti menabur uang di munaw.. sorry wan n kak su.. nanti kirim adik saya aje la ye.. hehehe

semalam juga baru mama sedar sudah kena tepet dengan dealer celcom PB.. eeee.. geram betul!! rupa² semua bil berokband yang mama bayar disitu untuk tutup line tidak masuk dalam sistem!! 3 ratus lebih lak tu jumlah nye.. panas ati mama.. siap le nanti aku pi kedai hang, selamat hang kena sebakul dengan aku (hnss hnss - marah tapi kena sabar)

hari ni papa banyak kerja.. kesian pula dekat dia.. pagi kelas 2 jam (haru oo kelas lama² bulan posa ni) dan tengahari kena bawa student melawat treatment plant kat penang.. maunya balik dekat waktu² berbuka nanti..

apa² pun, mama sekarang mata dah berat² aje ni.. tidur pun macam ayam aje.. tidur celik tidur celik.. aiyak!

sambung kemudian lorrr

Selasa, 25 Ogos 2009

munchkins update

petang tadi pi appointment jumpa Prof Hatta HUKM.. book Dr siap2 untuk bersalin kali ni.. memandangkan Prof Hatta yang sambut Aiman dulu, mama n papa decided that this time around kami tak tukar Dr juga la.. lagipula tak ada idea sangat nak bersalin kat mana KL ni.. HUKM is affordable and very selesa.. dengan price dia, rasanya itu aje la yang termampu.. nak pi kat Pri.nce Court kang papa berak ijau bayar.. muhahahahaha

Alhamdulillah, baby sihat.. berat sekarang 689gm untuk 25w 5d.. Prof expect baby akan besar kali ni.. dan dah scan tadi.. alhamdulillah, semuanya ok.. cuma adik aiman tak mau tunjuk muka.. malu2 pulak ni.. hahahaha.. takpe la.. janji semua sihat mama bersyukur sangat dah.. lagipun tak lama dah lagi nak jumpa adik.. tak sabar dah ni.. hehehhe

Aiman as usual, mama sampai rumah tok ayah tadi tengah berlari-larian pusing satu rumah.. happy betul bila ada org melayan dia.. geram juga tengok keletah dia.. seminggu dua lagi aiman cukup 2 tahun.. kejap je dah besar anak mama.. dan nak dapat adik dah.. harap jangan diterkamnya adik tu udah.. kut dia geram.. semalam masa tengok baby Aweng pun dia dok tunjuk2 sambil sebut "baby, baby" hehheheh.. dia kenal dah baby.. tapi tak boleh bayang la esok time dia dapat baby jadi camne..

okla.. nak tidur, esok bangun sahur.. sweet dreams everyone..

Isnin, 24 Ogos 2009

tenkiu cik anis aisya!

entry spesel untuk cik anis sebab dah bantu mama tukar itu link kat sebelah atas.. hahahahha.. lombab la bab2 IT ni.. hehehe

Ahad, 23 Ogos 2009

these past few days

since past few days (from Friday to be exact), mama sangat leisure.. lepak2 dan bershopping hu ha di merata tempat.. 

Pagi Jumaat sempat ke lacta.equip ampang dan sangat langkah kanan sebab mereka promo breastpump sempena Parent.hood expo kat midveli tu.. jadi itu checklist sudah 1 kena slash.. breastpump sudah dibeli sebab itu promo.. yang bagusnya lacta.equip ni, konsultan dia (kak siti) tu baik dan betul2 membantu.. thanks to aweng yang promote beli kat situ (ko dapat komisyen ke??)

Jumaat lunchie haritu dengan kawan2 maya.. ni masih lagi anxious tunggu upload gambar dari depa.. petang tu pusing2 mid veli tengok Parent.hood expo dan telah berjaya memancing beberapa barang - aiman punya bottle cleanser.. murah RM7 dari luar ooo... dan seronok juga dapat pusing2 expo dengan mamaadib n jua.. walaupun tak dan nak ambil phone number mamaadib dan 'kehilangannya' masa tengah borak2 dengan rep stemcell tu, tapi kira puas juga la..

Lepas selesai pusing mid.veli, ibu mengandung sorang ini telah menabur duit membeli hadiah aiman in advance di choo choo train, gar.dens dengan alasan, 2 minggu lagi tak sempat le nak shop.. lagipula kat penang tak banyak pilihan... hadiahnye tak diberi lagi.. tunggu itu budak punya birthday la baru bagi..

Lepas mengukur gar.dens baru jumpa papa.. ingat nak le try pav.lova kat ale.xis.. sekali habis daaaa... beli tapau meringue n banana choc mascarpone cheesecake je.. huhuhu.. cheesecake itu sangat heaven ok!

Jumaat malam terawih kat rumah aje.. papa n MIL ke surau.. siapa lagi nak menengok aiman kalau bukan mama ye..

Sabtu kami keluar tengahari untuk membeli kurma.. yep, kami berjaya menabur sikit lagi uang di kedai kurma kat bawah ni ye..
kat seri petaling..

kurma kat sini memang sedap!! mama suke!! asalnya tak tahu pun kedai ni.. tapi abah mama la yang dok rajin beli kurma di sini.. dan memang addict dengan kurmanya.. mama suka agawah n sofry (kering sikit) dan berjaya juga beli sedikit jus kurma (depa proses sendiri kat kedai ni di tingkat atas) dan stok utk rumah mama, rumah abah mama n rumah MIL..

Lepas ke kedai kurma, kami ke PJ, beli beg papa kat sam.sonite depan university hospital.. puas le hati cik abang sorang dapat beg satu.. itu pun cita2 ada lagi nak cari backpack dia.. ish ish..

Petang semalam kami berbuka berjemaah.. semua family member sebelah papa ada.. mama cuma masak ayam sweet sour n puding roti aje.. lain2 semua ada yang beli dan yang carry forward dari kelmarin..

Ni baru je lepas sahur.. insyaAllah harini nak pi tgk baby aweng dan nak balik rumah abah mama.. huhuhu.. okey.. toodles peep

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Salam semua.. sempena kedatangan Ramadhan, mama nak ucapkan selamat berpuasa buat semua... moga-moga amalan kita diberkati Allah..

To bloggers yang ketemu last Friday, mama masih ternanti-nanti gambar di Chilli's itu.. hehehehe.. siapa la yang bermurah hati nak upload gambar ek.. hahahahha

Amacam, cantik tak layout baru.. tapi tak reti lagi nak edit link kat belah atas tu.. ada sapa2 yang boleh ajar? hehehhe.. tq

Khamis, 20 Ogos 2009

Seminar kat le.gend

Harini whole day seminar kat le.gend.. punya la ramai participant.. Ni first time mama attend seminar kat hotel ni.. dessert dia marvelous!!! Seriously sedap dan papa masih lagi ke kaunter menambah apple crumble dia.. Hahaha..

Rabu, 19 Ogos 2009

close up

harini ada 3 agenda penting yang mesti.. diulangi MESTI diselesaikan..



1. Kursus e-learning - biasa la.. orang lain dah maju kedepan.. bab ni mama kira terkebelakang lagi.. harini ada kursus penggunaan MOODLE (program) bantu pensyarah untuk buat kursus secara online.. mama tak agree totally dalam penggunaannya, sebab untuk subjek² engineering ni agak payah nak dibuat secara online.. ye aa.. pecerita nak kena lukis gambar satu².. hohoho.. kalau subjek membaca senang sikit la.. tapi sebab dah wajib, makanya datang le juga.. nasib baik tak ponteng.. dekan ada duduk kat belakang.. wahahahahahhaa... nak update online, siap kena ambil gambar lagi.. ada webcam lagi kat pc ni.. hehehe.. kursus ni habis petang.. sehari la duduk dalam bilik komputer ni.. :P

    gambar untuk ID mama.. okey tak? muhahahhaa

2. Harini minum air gula.. HORROR!! dan yang lagi tak best, after sejam ambil darah at 9.40am tadi tak pasal² ada gula dalam darah.. aaaaaaa... seriau!!! tak mau la ada kencing manis time pregnant ni.. takut!!!!!!!

3. Harini juga nak balik KL.. tak sabar!! dah 2 bulan tak jengah rumah abah n emak (MIL).. esok attend seminar sehari di le.gend dan lusa sampai selasa depan cuti.. weeewooooo!!! heaven!!!!

sekian, bersiaran secara langsung dari lab komputer.. depa tengah rehat, mama curik² blogging.. hehehe

Selasa, 18 Ogos 2009

pengkritik anda yang paling kritis

dalam hidup kita, mesti ada seseorang yang selalu memberikan komen2 untuk memperbaiki diri anda.. dolu2, arwah emak adalah orang yang paling selaluuuuuuuuuuu kritik mama.. dari fesyen, kepada boyfriendssss (haahhahaha.. dasar!!) membawa ke pilihan belajar dan macam2 lagi la.. rasanya itulah yang banyak membentuk diri mama untuk jadi seperti sekarang ni..

lepas arwah emak dah tak ada, makanya, saya dengan secara rasminya ingin menganugerahkan title baru pengkritik saya yang paling kritis adalah.. jeng jeng jeng






















tengah lecture pun boleh senyum.. eeee.. kang kalau orang ngorat camne??


ye, dia inilah.. yang inilah (dialog saloma masa nak tunjuk sharip dol kat emak dia) yang selalu mengkritik mama.. latest kritik adalah pasal lecture mama untuk shortcourse yang kami handle di school.. sedap je kritik kata mama mesti cakap ok setiap kali buka slide baru atau bila nak mula ayat.. eeeeee... goram den haaa.. hahahaha.. tapi mama rasa.. kalau papa yang komen, ok je.. tak le rasa sebak2 dalam dada.. kalau orang lain komplen mau je terasa jugak.. papa kalau kritik ke, ada komen ke, mesti cakap sambil senyum2.. jadi geram je.. tak jadi nak marah..

lagipun mama rasa, kalau suami sendiri yang komen pasal diri kita, mama rasa lebih selesa sebabnya dia lebih care pada kita.. lagi pula macam kami ni satu ofis, ajar same subject dan banyak kena bekerjasama.. bila ditegur rasa macam betul2 orang care kita nak kita buat lagi terbaik..

last week punya cerita lagi lawak.. kami kena scrutinize untuk spec barang.. yang lawaknya, mama sendiri tak faham apa papa cakap, sampai suruh dia lukis kat board depan colleague yang lain.. depa semua gelakkan mama.. sebab mama sampai tak faham2 apa papa cakap.. mama kata, 'biar clear prof, tak mahu saya bawa balik ke rumah.. nanti gaduh' pecah gelak semua orang.. well, at least I'm being frank.. kalau gaduh2 kat rumah pasal kerja buat apa.. baik bagi clear habis kat ofis.. kan?

so, pagi ni papa punya turn bagi talk untuk shortcourse.. lepas ni turn mama pula.. esok kami berdua kena kursus e-learning n malam esok balik KL.. yippieee.. khamis ada seminar kat le.gend hotel n cuti sampai hari selasa depan.. yeaaaahhhooooo...


peserta shorcourse tengah khusyuk tgk wash boring (a type of site investigation)

Isnin, 17 Ogos 2009

JAWAPANNYA ADALAH....

Jeng jeng jeng.... jawapannya adalah... 68.8kg..

berikut adalah jawapan yang telah diberikan..

nampak gayanya CIK WANCU NANA LA yang paling hampir.. nak kata apa.. pemerhatian memang berhasil la mancu...

hadiah boleh le kasi time balik nanti naaa..

*harap maklum, wancu nana sudah tidak jumpa mama 2 bulan.. tapi boleh teka betul juga.. cit.. nampak sangat.. 

56-60kg? - hahaha.. ini kira kurus maaa.. kalau aku berat ni arni, aku buat kenduri doa selamat lagi.. hau hau hau

Gravatar62! - Owh, ini adalah berat sebelum pregnan.. kalau lepas 2nd ni boleh dapat banyak  ni pun kira bersyukur dah

hahaah!

Gravatar74kg or 64 kg more polite.. - dua-dua pun idak betul.. sorry..

Gravatarkak shu pun nk take part..emm 57kg..hihi.. - alahai.. ini berat cita-cita ni kak yol.. huhuhu.. nampak sangat gumuk ek..

Gravatarye, sila lah teka.. isnin nanti saya bagitau jawapannya..

Gravatar63

pendek je jawapan mak :P - kak yan, sila tambah lagi.. hahaha.. dan tambah dan tambah dan tambah.. muahahahaha 

Gravatarok..meh kite kire2 sikit eh..menurut firasat org yg jage mak buyung ni mase dlm pantang..

mase bersalin kan aiman - __kg
sebelum pregnant berjaye turun sehingga - _9kg

tp kalau nak ikutkan darjah kebesaran..tak la nmpk besar sgt. i dont know. havent seen for almost 2 months. 

MAKA..

skrg ini mgkn dlm - 67-69kg

wancu rase arr..mama cepat revealed..u can't be lower than that. i know u!

Cit!!! siap ade explanation lagi.. dasar pemerhatian betul ni...

Gravatarperghh...... skrg nih tgh musim membelon ngan meletup ke nih????

lps sorng2 membelon n meletup...... hehehe....

jgn mara ek pn mas... - ko bukan aku tak kenal kambing.. memang dengki ngan haku! hohoho

Gravatar64 - kalau ada buzzer bunyinya.. teeeetttt.. salah.. hahahhaa

GravatarAkak terlambat masuk ni. tp kalau sempat nak join gak. akak teka 75kg. - saya rasa berat ni mesti masa nak beranak ni.. aiyayaya.. camne la nak turun nanti.. 


kalau terer teka laa - updated

kepada yang meneka, sila berikan satu nilai aje.. range payah le mau dinilai.. huhu.. sekian.. jawapan tunggu hari isnin..



buat jadi ala-ala pertandingan la gini.. pagi tadi pi check-up kat klinik.. biasa la.. tang ambil berat badan la dup dap dup dap jantung mama.. hahaha.. sekali gedush!! haa.. ambil ko!! bertambah² berat badanku itu.. huaaaaa... ni baru 24w.. sudah itu berat, nanti bila 40w.. mau sepertinya gajah.. so, kuiz untuk harini.. jika anda terer, sila teka berapa berat badan saya sekarang.. teka weh, jangan tak teka.. hadiah spesel menanti anda.. hahahahhaha (tarikh tutup hingga isnin depan ler.. bagi time gitu..)



dikala 6 bulan


bukan setakat menggemuk.. tadi juga kena inject dan esok kena minum ayaq gula.. waaaa... horror!!!



Rabu, 12 Ogos 2009

entry pagi-pagi

burpp.. alhamdulillah, baru je selesai brekkie kat cafe staf makan roti telur dan papa as usual roti tampal telur kuning cair.. cit.. itu aje menu dia.. mentang² abang tu tau ikut favourite dia, tak sudah² diordernya menu itu.. huhuhu..

masa nak balik dari kafe tadi, terserempak dengan seorg student kami tengah makan sorang² kat hujung meja.. tanya, kenapa sorang ni.. tiba2 ternampak ubat sebeban tepi dia.. terkezut mama!! awak demam ke? dia ngaku.. kata baru lepas jumpa Dr.. mama terus cakap, baik awak balik.. terus aku challo.. nasib la baik pakai face mask..

eee..geram pun ade juga... sebab kita beria² jaga diri kita, tapi org sekeliling belum tentu lagi.. sebab tu mama bengkek bila tengok student haram seorang tak pakai mask pun.. sedangkan dah tahu sekarang ni musim H1N1.. dah ramai jadi korban.. mama memang pakai mask.. papa buat tak heran.. biarkan dia.. janji aku tak kena.. sebabnya org ramai tak heran langsung dengan musibah ni.. masing² segan kut kalau orang tengok dia pakai mask.. bagi mama peduli apa!! janji aku tak kena jangkit.. lagipula, being a high-risker (pregnant woman) kena lebih berhati².. kerajaan patutnya dah arahkan semua orang sebaik mungkin pakai mask.. untuk berhati². kalau sekadar suruh orang sakit je pakai mask, masing² malu² taik kucing.. jadinya, baik implemen semua pakai..

agaknya, orang nak suruh kerajaan sponsor kut.. biasa la rakyat malaysia ni.. semua kena subsidi.. macam jalur gemilang.. opss.. kena bagi baru gantung.. haa.. dah gantung ke? merdeka dekat dah ni!

sekian, pagi² hari sudah tensi..


Selasa, 11 Ogos 2009

twenties girl

Hujung minggu lepas saya sudah habis baca buku ini..





Buku sophie kinsella twenties girl ni lebih ringan.. walaupun bab² awal agak lembab.. tapi bila dah tengah² tu best.. siap gelak sorang-sorang lagi.. sebabnya watak dia memang sweet bila boleh bergabung dengan hantu tu untuk mengorat mamat yang hantu tu suka.. opss madeh, sila jangan marah.. buku ni best.. kyg dah poskan semalam.. harini sampai la kut.. buku ni settle baca dalam sehari suntuk.. sambil ditemani aiman hujung minggu lepas.. pencapaian gak.. lama dah tak baca buku selaju ni.. hehehe


Overall, buku ini lebih baik dari buku ini..



spesel untuk si bujang

istimewa untuk anak² dara.. especially adik den n madeh.. hahahhaa..

dapat dari emel pagi tadi..












JANGAN MARE..

Isnin, 10 Ogos 2009

bila kesunyian

ini adalah rentetan dari entry petang semalam.. dah namanya petang ahad, kami pula tinggal berdua.. makanya mati kutulah kami (rasanya kutu pun tidak mati) ahahaha.. ditambah² dengan cuaca sejuk sebab hujan lebat ya amat.. nasib baikla sempat juga mengangkat kain jemuran yang dah 2 hari dijemur.. aiyak!!

bila sudah hujan lebat, as.tro kebenda pun tak boleh tengok.. mama sempat lipat kain 2 load petang semalam.. sambil ditemani aiman.. papa, sila bailik cepat, kami kesunyian!! kesian mama tengok aiman.. sunyi sangat.. tak percaya.. sila tengok gambar di bawah ini


kesian anak mama.. takpe, nanti sikit hari lagi boleh main dengan adik ye sayang..

dah hampir2 kehabisan idea, mama teringat satu aktiviti.. main kaler² dengan crayon la sayang.. mama sempat print ABC dan 123 petang jumaat untuk aiman.. dan siap ade crayon spesel untuk sayang mama ni..

mama cuba la nak ajar kaedah mewarna dengan betul.. haram dia tolaknye tangan mama.. habis satu kertas diwarna berterabur.. takpe.. tok ayah pesan, satu kertas satu gambar aje.. lepas ni kita buat lagi ye aktiviti ni sayang..


concentrate habis..

sekian, petang kami yang bosan..

Bread Butter Pudding

Pagi-pagi hari tadi lepas subuh mama bakar bread butter pudding.. hehe.. sebab ada roti yang dah hampir tarikh luput (oppss) sayang nak dibuang.. resepi yang ini agak lain sikit dari yang mama pernah buat.. proportion dia lain.. tapi lebih sedap.. tak caya?? haa... tanya opismate mama.. tadi dah tinggal sekerat.. tak dan nak ambil gambar.. kang kalau sempat mama turun ambil gambar.. letak kat pantry tu karang kejap je kena rembat..

anyway, ni resepinya.. boleh try..

Bread Butter Pudding resepi ambil dari internet dan dah diubah² ikut suka hati den.. hahaha.. dasar chef tak bertauliah

Bahan²
Roti Gardenia 8 keping (ada baki banyak.. kalau idak, kurangkan aje sukatannya)
Kismis 1 kotak kecil Ligo
Susu Segar 750ml
Telur 5 biji
Gula Pasir 1 senduk
Esen Vanilla 1 sudu kecil
Serbuk Cinnamon (kalau suka) 1 sudu makan

Cara²
1. Panaskan oven suhu 200 degrees
2. Griskan loyang (mama pakai 9inch loyang) dengan butter - pagi tadi pakai marjerin je.. hahaha
3. Potong 4 roti gardenia dan susun bergilir² bersama kismis dalam loyang - ketepikan loyang
4. Panaskan susu segar (jangan sampai menggelegak)
5. Dalam bekas lain, pecahkan telur, masukkan gula, dan pukul sikit..
6. Masukkan susu yang dipanaskan dalam bekas telur tadi
7. Kacau rata dan masukkan esen vanilla dan serbuk cinnamon
8. Tuang dalam loyang yang berisi roti
9. Tekan roti supaya tenggelam.. biarkan sekejap supaya adunan sebati dan roti kembang
10. Kalau nak bagi atas kerak tu perang2, tabur sedikit lagi gula pasir kat atas adunan.. nanti cantik la perang dia..
11. Masukkan dalam oven dan bakar untuk 25 minit atau sehingga masak


nyum nyum nyum.. sila la cuba ek.. kalau menjadi jangan lupa habaq..


seperti yang dijanjikan

resepi untuk rendang ayam n muffin pisang dan oatmeal

Rendang Ayam ikut suka hati bedah resepi untuk seekor ayam

Bahan² kisar
Bawang Merah n Bawang Putih (4:3)
Cili Kering 7 batang.. di kerat²
Lengkuas 3cm
Halia 2cm
Serai 1 batang
Buah Keras (kalau ada) 3 biji

Bahan² lain
Ayam seekor dibersihkan dan dipotong ikut saiz kesukaan
Asam keping 3-4 bergantung kepada kemasinan yang disukai
Garam secukup rasa
Daun Kunyit dihiris halus
Santan Pekat n Santan Cair
Kerisik

Cara²
1. Panaskan minyak dalam kuali (jangan terlampau sikit, nanti bila pecah minyak bahan akan hangit)
2. Masukkan bahan² kisar.. masak hingga pecah minyak
3. Masukkan ayam
4. Masukkan asam keping dan santan cair
5. Biar pekat sedikit, masukkan santan pekat
6. Masukkan garam secukup rasa
7. Bagi menggelegak dan masukkan 1 sudu kerisik
8. Biar hingga hampir kering dan masukkan kerisik
9. Biarkan sekejap lagi dan tutup api
10. Boleh hidang dah..

wah, 10 langkah je ni weh.. hehehe.. senang tak?? cubala..

Resepi Muffin Pisang dan Oatmeal
ambil dari trymasak.my

Bahan²
1) Pisang - mama pakai pisang emas (6 biji)
2) Tepung gandum (1 1/2 cawan)
3) Bijirin oat (1 cawan)
4) Gula perang (1 cawan)
5) Telur (2 biji)
6) Minyak (1/2 cawan )
7) Esen vanilla (1 sudu kecil)
8) Serbuk penaik (1 sudu besar)
9) Garam (sedikit)

Cara²
Mula-mula, lenyek pisang sehingga hancur. Kemudian masukkan bahan-bahan kering ke dalam mangkuk adunan iaitu tepung gandum, serbuk penaik dan bijirin oat. Kacau rata.

Di dalam mangkuk yang lain, masukkan minyak, gula perang, telur, esen vanilla dan garam. Adun bahan ini dengan kelajuan sederhana dan semua bahan sebati. Bahan-bahan ini tidak perlu diadun terlalu lama dan telur juga tidak perlu terlalu kembang

Kemudian, masukkan pisang lenyek tadi ke dalam adunan bahan kering dan kemudian curahkan pula adunan bahan basah tadi. Adun sebati semua bahan-bahan ini.

Seterusnya, panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius lebih kurang 10 minit.

Sambil itu, griskan sedikit minyak pada loyang mufin dan kemudian masukkan adunan mufin tadi ke dalam loyang tersebut.

Apabila siap, masukkan ke dalam ketuhar … dan bakar pada suhu 200 darjah celcius menggunakan api penuh lebih kurang 20 minit.

Apabila masak, segera keluarkan daripada ketuhar.


Ahad, 9 Ogos 2009

Petang ahad

Petang2 ahad, perut kenyang, buat ape lagi.. Tidur aaa.. Zzzzz.. Aiman dah tidur dgn botol susu n chot chot (nama puting) dia

Jumaat, 7 Ogos 2009

pencapaian di tengahari jumaat

tengahari jumaat yang panjang telah berjaya dipenuhi dengan aktiviti menabur² wang http://www.emocutez.com di beberapa kedai.. sebelum menabur wang, haruslah disinggah ke bank.. asalnya ke HS.BC sahaja, tp melajakkan juga kereta ke may.bank ju.ru itu.. hajat tidak kesampaian (ada motif lain sebenarnya) tapi pegawai di may.bank itu telah memberi idea untuk berbincang di sini so, mama telah mendaftarkan diri sendiri dan papa akan diheret bersama pada hari selasa depan.. nak dengar sedikit taklimat.. lepas dah dengar taklimat baru mama post ceritanya ye..

selepas agenda di bank tidak berapa berjaya, langkah jadi lebih jauh sedikit ke mega.mall pinang (dekat prai tu) untuk ke po.pu.lar yang paling besar di penang.. hehehe.. biasa la.. masuk kedai buku.. macam² la ideanya nak dibeli.. asalnya nak beli crayon dan beberapa peralatan untuk aiman weekend ni (mencari aktiviti ibu-anak) memandangkan tidak boleh keluar untuk 2-3 hari, makanya kena memerah ide untuk melakukan aktiviti bersama aiman (selain dari menengok tv cerita kartun - muak dah aku!) http://www.emocutez.com

arakian, memandangkan dah menyinggah ke kedai buku, biasa la.. tangan gatai capai satu dua buku untuk diri sendiri. Baru teringat, lately kurang review buku.. ada 2 3 buku dah selesai dibaca pun, cuma idak sempat mengarang kat blog.. huhuhu

1. Sophie Kinsella's Twenties Girl (dapat less 20% untuk member)
2. Solat Sunat Pilihan - nak belajar lagi solat² sunat.. sebab tak reti solat dhuha (tu laa.. kecik² belajar habis!) http://www.emocutez.com
3. Perisai Muslim - buku ni ada banyak doa2 dan boleh masuk dalam handbag (nampak sangat kurang berdoa) http://www.emocutez.com

selesai menabur di po.pu.lar, balik ke nibong tebal menyinggah di kedai ikan - sebab utama, incik fared jiran depan bilik sudah tegur, kenapa ikan² mama telah kurang serinya.. hahaha.. sebab yang kaler oren banyak mati.. tinggal kaler silver aje.. jadi beli lagi 10 ekor yang kecik² kaler oren untuk menceriakan suasana akuarium..

balik ke ofis sempat juga sudah bersihkan akuarium sebelum masukkan ikan baru kedalamnya..

owh, dan mama juga berjaya menyinggah di star.bucks sebab dah terliur akan rocky road.. huaaaa... tapi belum makan lagi.. kejap lagi turun solat terus makan..

okey, sudah² bebelnya.. nak chiow dulu..

resepi dalam entry seterusnya.. tungguuuuuuuuuu

http://www.emocutez.com super mama