Selasa, 4 Ogos 2009

bagaimana menghadapi situasi rakan sepejabat

masa berbengkel hujung minggu lepas, ada beberapa insiden yang menyebabkan berlaku juga kekecohan semasa berlangsungnya sesi bengkel. Biasa la bila bekerja dalam satu organisasi yang mempunyai jurang pemikiran yang sangat2 berbeza, dari SPM sahaja membawa kepada yang bijak bistari dan mempunyai PhD tinggi langit bagainya... membuatkan mama terpanggil (guna term yang kak zufa dok pakai lately ni) untuk meluahkan isi hati..

1. Bagaimana nak handle staf bawahan/sokongan sedang anda berada pada jawatan yang lebih tinggi?

bagi mama, tak kira dipangkat mana sekalipun, sila treat semua orang sepertimana anda mahu diri anda dilayan. Ye, memang ada sesetengah staf yang agak 'kurang', tapi rasanya, kita kena tahu berbahasa dengan orang macam ini. Ada juga staf diofis yang bahasanya kasar seperti berus sabut, kalau disental, mau berdarah2 hati orang lain mendengar. Bagi mama, staf begini, eloklah ditegur oleh orang yang lebih tua darinya. Masakan staf muda macam mama kalau menegur tidak mungkin dilayan punya.. mau ditengking lagi aku ni.. dan jangan pula kita menyebelahi mana- mana staf jika kita tidak tahu cerita/ perangai sebenar staf tersebut.. ada staf suka berpura-pura rajin dan 'sempurna' dihadapan mata bos, sedangkan rakan-rakan lain yang lebih megenalinya rasa macam nak sekeh aje kepala staf tersebut.. huhuhu.. oppss

Jika kita mahukan sesuatu dari staf yang berada dipangkat yang bawah sedikit dari kita, pastikanlah kita memintanya dengan baik. Mereka pun manusia juga, pasti punya perasaan dan jika terguris, tidak ke buruk pandangan mereka terhadap kita. Mama selalu melihat ada staf yang dipaksa2 membuat sesuatu dalam masa yang suntuk dan tidak diberikan penerangan sewajarnya. Bila staf tersebut membuat silap, terus selamba dimarahi tanpa memikirkan yang staf tersebut juga punya harga diri. Jika kita mahukan sesuatu dari staf, rancang dengan baik. Beri mereka masa untuk menyiapkan kerja tersebut. Jika mereka lewat atau buat kerja tidak sempurna, rasanya tidak salah jika kita menegur mereka, dan jika mereka tidak faham (ye, anda punya PhD, mereka tidak) silalah berikan penerangan yang tepat untuk kerja tersebut.. jangan membuat andaian sebarangan memikirkan mereka boleh buat tanpa nasihat anda!

2. Bagaimana untuk menghadapi situasi tegang bersama rakan-rakan sejawatan (setaraf)

Pada hemat mama, kadangkala ada ketikanya kita cuba meletakkan diri kita menjadi hero dengan mengkritik kerja orang lain.. mungkin juga orang lain itu tidak membuat kerja dengan baik, tapi kenapa perlu mengkritik kerja orang lain dihadapan rakan2 lain.. adalah kurang sesuai jika kita mengkritik hasil penat lelah orang lain dihadapan orang ramai. pastinya beliau merasa tercabar apatah lagi jika beliau berada dalam kedudukan yang tinggi.

Kita juga perlu memahami tindakan rakan-rakan yang memegang jawatan tertentu dan punya tanggungjawab untuk menyiapkan sesuatu kerja. Jika anda sudah mengetahui rakan tersebut memang perlu menyiapkan kerja tersebut, rasanya tidak salah jika anda dengan rela hati membantu memberikan input yang sewajarnya bagi mengelakkan salah maklum dan penerimaan maklumat yang berbeza. Jika sebelum ini anda pernah membuat kerja tersebut, maka adalah lebih baik jika anda bantu memberi input kepada penerima baru kerja tersebut. Bukankah itu lebih baik dari bergaduh2 sesama sendiri? Menyalahkan orang lain adalah situasi yang sepatutnya boleh dielakkan dipejabat.

Bagi mama, memang ramai yang suka menjadi hero dalam situasi pejabat. Politik dipejabat memang busuk dan kadangkala menyebabkan orang tidak suka dengan orang lain atas tindakannya yang ingin menjadi kegemaran ramai.. ishh, jauhkan la mama dari perangai buruk. Seboleh-bolehnya, cuba jadi pekerja yang matang, baik dan disenangi oleh semua orang.. bukan sahaja oleh staf bawahan malahan peringkat bos juga.

tak seronok rasanya lihat ada kawan-kawan sendiri yang bergaduh.. ish2

Tiada ulasan: