Rabu, 5 Ogos 2009

perihal incik suami

hari ini incik suami sangat² ingin pergi ke pulau untuk menghantar borang permohonan beliau ke luar negara atas urusan rasmi.. bukan saya tidak merelakan incik suami berbuat demikian, mana mungkin sedang incik suami sangat beria-ia nak keluar negara bulan september ini.. cuma yang menjadi maslahat saya adalah incik suami akan ke hanzhou china.. saya amat risau memandangkan sejak akhir² ini terlampau banyak kes selesema oink-oink itu.. dan saya sebagai ibu mengandung, sedaya upaya cuba untuk memujuk incik suami supaya melupakan hasrat beliau.. saya sedih kerana saya sendiri tahu usaha incik suami untuk dapat ke luar negara menggunakan duit universiti itu adalah untuk kepuasan dirinya juga.. tapi, saya mohon inck suami fikir²kan juga kami di sini..

sekian, luahan hati isteri anda (ye, mama tahu papa baca blog ni)


Tiada ulasan: