Isnin, 10 Ogos 2009

seperti yang dijanjikan

resepi untuk rendang ayam n muffin pisang dan oatmeal

Rendang Ayam ikut suka hati bedah resepi untuk seekor ayam

Bahan² kisar
Bawang Merah n Bawang Putih (4:3)
Cili Kering 7 batang.. di kerat²
Lengkuas 3cm
Halia 2cm
Serai 1 batang
Buah Keras (kalau ada) 3 biji

Bahan² lain
Ayam seekor dibersihkan dan dipotong ikut saiz kesukaan
Asam keping 3-4 bergantung kepada kemasinan yang disukai
Garam secukup rasa
Daun Kunyit dihiris halus
Santan Pekat n Santan Cair
Kerisik

Cara²
1. Panaskan minyak dalam kuali (jangan terlampau sikit, nanti bila pecah minyak bahan akan hangit)
2. Masukkan bahan² kisar.. masak hingga pecah minyak
3. Masukkan ayam
4. Masukkan asam keping dan santan cair
5. Biar pekat sedikit, masukkan santan pekat
6. Masukkan garam secukup rasa
7. Bagi menggelegak dan masukkan 1 sudu kerisik
8. Biar hingga hampir kering dan masukkan kerisik
9. Biarkan sekejap lagi dan tutup api
10. Boleh hidang dah..

wah, 10 langkah je ni weh.. hehehe.. senang tak?? cubala..

Resepi Muffin Pisang dan Oatmeal
ambil dari trymasak.my

Bahan²
1) Pisang - mama pakai pisang emas (6 biji)
2) Tepung gandum (1 1/2 cawan)
3) Bijirin oat (1 cawan)
4) Gula perang (1 cawan)
5) Telur (2 biji)
6) Minyak (1/2 cawan )
7) Esen vanilla (1 sudu kecil)
8) Serbuk penaik (1 sudu besar)
9) Garam (sedikit)

Cara²
Mula-mula, lenyek pisang sehingga hancur. Kemudian masukkan bahan-bahan kering ke dalam mangkuk adunan iaitu tepung gandum, serbuk penaik dan bijirin oat. Kacau rata.

Di dalam mangkuk yang lain, masukkan minyak, gula perang, telur, esen vanilla dan garam. Adun bahan ini dengan kelajuan sederhana dan semua bahan sebati. Bahan-bahan ini tidak perlu diadun terlalu lama dan telur juga tidak perlu terlalu kembang

Kemudian, masukkan pisang lenyek tadi ke dalam adunan bahan kering dan kemudian curahkan pula adunan bahan basah tadi. Adun sebati semua bahan-bahan ini.

Seterusnya, panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius lebih kurang 10 minit.

Sambil itu, griskan sedikit minyak pada loyang mufin dan kemudian masukkan adunan mufin tadi ke dalam loyang tersebut.

Apabila siap, masukkan ke dalam ketuhar … dan bakar pada suhu 200 darjah celcius menggunakan api penuh lebih kurang 20 minit.

Apabila masak, segera keluarkan daripada ketuhar.


Tiada ulasan: