Selasa, 2 September 2008

bulan itu datang lagi

alhamdulillah, dah 2 hari kita berpuasa.. kesempatan ini mama ambil untuk menyusun 10 jari mohon kemaafan salah silap kepada semua bloggers yg sudi berkunjung ke blog mama ni.. semoga kita semua mendapat keberkatan dan keredhaan Allah sepanjang Ramadhan kali ini.. insyaAllah..


Sebenarnya, mama bersyukur sangat- sangat dengan tibanya Ramadhan ni.. tapi, dalam waktu yang sama, hati masih sayu.. sebenarnya, setiap kali tibanya bulan september ni, banyak kenangan yang berlaku.. tak kira sama ada kenangan pahit, mahupun manis.. mama sorot sedikit kenangan sedih dahulu.. arwah emak mama meninggalkan mama pada 16 september 2005.. arwah opah mama (sebelah emak) tinggalkan kami keesokan harinya pada 17 september 2005.. ye, selang sehari kami menghadapi 2 kematian.. tahun tu kami kehilangan 3 orang tersayang, termasuk arwah maktok (sebelah abah mama) pada 16 mac 2005.. sayunya hati bila tahun ini menyambut ramadhan tanpa arwah emak.. al-fatihah untuk arwah- arwah yang telah pergi meninggalkan kita.. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang- orang yang soleh dan ahli syurga.

Bulan september juga Allah beri kegembiraan kepada mama.. ye, Allah kan janjikan di sebalik kesedihan, pasti ada kegembiran yang menanti hamba- hambanya.. mama bersyukur sangat2.. di sebalik kesedihan yang bertimpa2 tahun 2005 tu, mama menghadapi bulan september tahun2 berikutnya dengan perasaan yang gembira + sedih.. yang paling menggembirakan tentulah 7 september 2007 dengan kelahiran buah hati pengarang jantung mama.. Aiman Muhd Harris.. kelahiran yang membawa rahmat dan kegembiraan dalam hidup kami.. Aiman bakal setahun hujung minggu ini.. syukur, aiman sihat dan cerdik budaknya.. manja dan suka bila di agah.. paling gembira, sekarang ni aiman dah pun boleh berjalan.. keliling rumah dah dia pusing.. eksen je muka dia.. terkedek2 dia jalan.. jadi bahan cerita dan gelak ketawa mama dan papa aje dirumah.. hehehe..

dan tahun ini, bulan september menjadi permulaan kepada bulan Ramadhan pertama kami sambut bertiga.. ye la, tahun lepas mama x puasa langsung.. dah tu pula duduk rumah mak mertua.. huhu.. jadi kali ni merasa la mama bersahur berdua dengan suami tercinta.. baru le kenal dengan suami time sahur2 ni.. cara dia makan, cara dia nak bangun untuk bersahur.. huhuhu.. papa suami yang baik.. dia teman mama lagi siapkan sahur.. kih kih kih.. lepas tu dia dok layan tv, mama tergolek balik atas katil sebelum subuh.. hancussss.. kakakakaka..

apa- apapun, mama berdoa kehadrat Allah subhanawata'ala semoga september kali ini adalah lebih berbaik berbanding september2 terdahulu dan semoga ramadhan kali ini akan menjadikan mama insan yang lebih baik berbanding sebelum ini. insyaAllah.. dan juga yang agak hampas, mama berharap mama dapat turun lagi 3kg sebelum raya.. kakakakakakaka... x kira, nak buat jugak nanti gambar sebelum (september 07) dengan gambar selepas setahun (sept 08) kui kui kui.

XOXO mama
*tengah berkira2 menu apa nak masak petang ni laa.. hehehe

2 ulasan:

.:: stripes & polkadots ::. berkata...

lupe ke?
tok meninggal on the very first day of ramadhan!

amisah berkata...

xpe mas...
ketabahan ko memang berbaloi selama ni kan?
Alhamdulillah skang sume dah semakin baik....
memang janji Allah x pernah mengecewakan kita....
sakit dulu, senang kemudian...
ujian-NYA mematangkan kita...
sentiasa bersebab Allah turunkan ujian pada kita...
sama-sama kita berdoa semoga Allah beri kita kekuatan untuk menghadapi dugaan-NYA. Aminnnn....