Selasa, 23 Februari 2010

kalau dah kolot tu..

kalau dah dasar kolot, tak boleh nak dibuat apa dah.. kesian! kalau begini la pandangan lelaki terhadap wanita, maka lelaki akan menjadi pupus la satu hari nanti.. macam dinasour.. nampak besar, gagah tapi akhirnya ditelan zaman dan tak jadi relevan dah.. mau gitu???

nak salahkan keupayaan wanita kenapa?? mana lelaki2 zaman sekarang?? mana anak2 muda yang mampu lakukan keajaiban??? banyak yang merempit dan dalam lokap adelah! hah! jawab??

emo betul nih!

Wanita kuasai sektor awam

Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my




KUALA LUMPUR: Cuepacs semalam meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam semakin meningkat sekarang.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Contohnya, kata beliau kepada Bernama, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) diisi oleh wanita.

Ahmad Shah berkata, perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita.

Ketika dihubungi Berita Harian pula, Ahmad Shah mendakwa nisbah kakitangan awam wanita meningkat dengan ketara sejak awal 2000, malah sudah mencecah 70 peratus dalam bidang tertentu seperti perguruan dan peningkatan itu turut berlaku dalam kumpulan sokongan.

Beliau berkata, antara faktor utama menyumbang kepada senario itu ialah sistem pengambilan kakitangan awam berasaskan pemprograman komputer yang memfokus kepada merit kelulusan akademik sehingga menyebabkan kebanyakan calon lelaki tersingkir pada saringan pertama lagi.

"Fenomena ini menggusarkan kerana ia boleh mengakibatkan kepincangan sistem penyampaian kerajaan dalam jangka panjang. Ini berikutan fitrah wanita yang mempunyai kekangan tersendiri, seperti mengambil cuti panjang selama berbulan-bulan selepas bersalin.

"Apabila wanita terbabit memegang kuasa pada peringkat pembuat keputusan, maka banyak keputusan penting akan tertangguh sehingga menyebabkan pelaksnaaan pelbagai urusan tergendala," katanya.

Ahmad Shah menegaskan, isu berkenaan dibangkitkan bukan atas faktor diskriminasi gender, malah Cuepacs tidak mempertikaikan keupayaan atau kebolehan wanita, tetapi bersandarkan kebimbangan kesan fenomena sedemikian untuk jangka panjang.

Katanya, Cuepacs menerima aduan daripada orang ramai yang mengakui lebih selesa berurusan dengan penjawat lelaki kerana mereka lebih kreatif dan fleksibel, iaitu tidak terlalu terikat dengan kerenah birokrasi, sekali gus memudahkan penyelesaian suatu urusan atau masalah dengan lebih pantas.

"Dalam keadaan lain pula, sikap semula jadi wanita yang penyayang ada kala menjadi halangan kepada mereka untuk menyelesaikan masalah tertentu, khususnya pengetua wanita dalam menangani isu disiplin pelajar lelaki kerana tidak wujud perasaan `gerun' kepada mereka," katanya.

Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah berkenaan, beliau menyarankan sistem pengambilan penjawat awam diperbetulkan secara serius, iaitu tidak terikat kepada sistem komputer yang memfokus kepada merit kelulusan akademik kerana ia hanya memihak kepada calon wanita yang memang tidak dinafikan tekun belajar.

"Merit kelulusan akademik tidak semestinya menentukan bahawa perkhidmatan mereka akan lebih baik berbanding penjawat lelaki.

"Sebaliknya, `sentuhan langsung' dengan panel penilai mesti diwujudkan dari peringkat saringan pertama lagi di mana pelbagai kriteria penting harus dititikberatkan seperti tahap kecerdasan minda, keupayaan menyelesaikan masalah, kebijaksaan membuat pertimbangan, tahap ketahanan mental dan keluasan pengetahuan am setiap calon," katanya.


10 ulasan:

Ayu Ikhwani berkata...

Btul tu Mas.. akak ngan bdk² skolah yg akak ajo, selalu je akak bebel kat diorg pasal ni.. kecik² lagi dah malas bkn main and dah start pandangan camtu kat perempuan.. PANG jugak kang

Unknown berkata...

abih yang lelalki dah banyak kat celah-celah longkang ngisap dadah, abih camno?

Tanpa Nama berkata...

mm...ntah2 per2 ah diorg ni...masa kita kat u dulu, dlm late nineties and early 2000, bil pompuan kat u lg ramai...

abis tu kolo nak seimbngkan balik bil lelaki sebgi penjwt awam aka pembuat keputusan, kena lower the standardkah? apa crita dgn kualiti? pimai-pimai tang tu gakkk..

hmm...pulak lagi gaji gomen rendah...baik depa pi dubai ka abu dhabi ka...mahai sikiit gaji...tp lani economic downturn...hmm...alahai belalang...

m-i-o berkata...

worait! kalau cenggini ada chancelah anak bujang kita jadik menteri-menteri sekalian.

aiman & aidan - salah sorang daripada korang kena jadik menteri pelajaran.

nanti makcik pikir, apalagi menteri yg berpengaruh utk dijawat kat mesia ni.

ekekeke :P

Fid berkata...

cuepacs ni pun buat la faedah sikit
yg generate keuntungan negara ka
dok pertikai laki pompuan apa kes?
kalau kaduk tu kaduk juga takyah berangan jd sirih

fanor berkata...

persetankan mereka.. sepatutnya bersyukur.. ada lg org nak jaga negara ni.. patutnya tulis la.. "wanita penjana pendapatan negara..bangkitlah wahai lelaki".. ini tidak dok citer benda bukan2.. tak masuk akal.. tau cuma carik salah.. bukan nak carik perubahan diri sendiri..

sya amran berkata...

duk cakap pompuan amik cuti bersalin lama2..bukan ke kalau pompuan tu, dlm posisi yang membuat keputusan..ade yang memangku keja2 die??ngeng..

ishahannah berkata...

based on my experience, mostly bos perempuan lebih rajin dan berkaliber..apalah tiba2 naik isu ini pula? apa kes? ala..dh sah2 kaum adam dh semakin bkurang skrg, itu pn salah satu faktor gakkn?huhu

desirequeen berkata...

pendapat saya,laki tak suke keje gomen...kurang pengalaman..pendedahan dan kurang wang..ekeke..pompuan tak kesah keje gomen sebab ramai member, time keje yang bagus dan banyak cuti..pompuan kan nak kene amik cuti kalau husband sakit, anak sakit...

jadi nak wat pe tuding jari sana sini...setiap orang ada kelebihan...setaip sektor pun ada kelebihan

Ealyie berkata...

bykk nk komen tapi tak koser, buat aku naik hangen je baca pendapat si bijak pandai la konon seko nieh.. :(