Rabu, 24 Februari 2010

suami anda kawan baik anda

entry ini datang dari idea MN.. cerita pasal hubungan suami-isteri.. bagi mama, papa adalah rakan mama yang terbaik.. mama memang ada kawan baik perempuan untuk gossip dan bercakap benda tak tentu hala yang tidak sesuei dibincangkan bersama lelaki.. dulu2, memang mama ada kawan baik lelaki (bukan boyfren cintan cintun ye.. itu lain) tapi sekarang hanya papa seorang sahaja.. chewwah, romantika gitu..

bagi mama, papa adalah pendengar setia.. kami sentiasa berbual.. ye, kalau korang tengok kami serupa belangkas.. berkepit tak tentu waktu.. dari pagi sampai ke malam.. sampai ke ofis kalau orang nampak hanya kami salah seorang, pasti akan bertanya mana lagi seorang.. ahahahaha.. makan kalau boleh hampir setiap waktu bersama.. tapi jangan salah faham, kami masih ada makan bersama kawan2, tapi kebanyakan waktu kami habisi bersama..

bila bercerita pasal komunikasi bersama pasangan, ada juga pasangan yang semakin lama semakin kurang komunikasi.. maknanya makin mendiamkan diri sebab rasa itu lebih baik.. ya, ada ketikanya memang kena begitu.. terutama bab2 hal kerja rumah yang sentiasa tidak berkesudahan tu.. bab membebel di rumah adalah perkara biasa.. meaning, kalau baju kotor tak masuk raga atau barang letak merata2 adalah perkara biasa menjadi bebelan dirumah.. tapi itu sahaja sempadannya.. ketika lain, kami lebih banyak berbual.. dari artis, membawa ke politik, hal ekonomi, sebut sahaja, semua jadi bahan kami.. kami jarang sekali berahsia mengenai pandangan kami.. kalau tak sama pandangan, boleh jadi juga ala2 nak gaduh, tapi lepas tu kami end-up dengan kata 'ikut la abang, itu apa yang abang rasa, mama lain'.. itu je la.. tak dibawa sampai ke bilik tidur.. kalau bab gelak, berhari2 kami boleh gelakkan perkara yang sama.. joking is really part of our communication..

kami boleh berbual melalut2 ke mana2 sahaja.. kami sampai boleh menghabiskan waktu dengan sengaja naik kereta, bawa anak2, letak depa dalam car seat masing2, dan kami akan zoom ke mcD terdekat (juru, beli apa2) untuk 30-40 minit berbual dalam kereta.. ye, kami boleh berbual dari parit buntar sampai ke KL.. ahahaha.. kalau papa bosan, tak tau la nak kata apa.. hahahaa.. dah dapat bini pot pet pot pet gitu.. tapi, masih ada batasan yang dijaga.. masih juga ada benda2 yang tidak perlu dibincangkan demi kesejahteraan rumah tangga kami..

kesudahannya masing2 akan tambah memahami sikap satu sama lain.. kami tidak berkesempatan bercinta sebelum kahwin.. masing2 jarak jauh dan hubungan kami terbatas dalam telefon sahaja.. kini dah nak masuk 5 tahun perhubungan kami, rasanya banyak lagi perkara2 yang mama tak ketahui mengenai papa.. mama harap kami akan sentiasa bersama.. menjadi rakan karib, rakan sekerja, rakan sebantal dan sepinggan selama hayat kami.. semoga anak2 akan sentiasa melihat kami sebagai loving couple yang ada kelebihan dan kelemahan kami yang boleh dijadikan iktibar..


10 ulasan:

lia berkata...

la ni mmg Mr Fallah satu2nyer kawan baik lelaki yg lia ada... kawan gaduh, kawan nk buli, gelak goleng2, nanges segala la...

tp yg pasti, xpenah & masih xbosan borak dgn dia...

MN berkata...

hehehe...good for both of you! :)

azhariahzuber berkata...

suami sentiasa menjadi kawan baik isteri..harap suami pun berpikiran mcm kita

dee@dira berkata...

non stop talking machine minah ini.. hahahhaha elok sgt la dgn si haris tu hahhaha.. good for u guys!!!

Ealyie berkata...

yea, good 4 both of you also..:D

aini aziz berkata...

aku tgk gmbo korang pn mmg tau korang loving couple yg gile²..kdg² jeles jgk tgk tau...bagus²...

Unknown berkata...

bak kata dira, non stop talking machine.. camne nak ngabihkan bateri kalau tak bercakap ye tak? aahhahahaha

lia, fallah dulu senyap je.. camne dia kat rumah ek..

aini, ye ke nampak loving2? ke nampak cam aku yang banyak buli harris.. ahahahaha.. oppssss

Anis berkata...

anis envy la dgn korg.. i hope one day i'll find my soulmate too..

Unknown berkata...

anis, kami sentiasa doakan ko dapat soulmate yang paling sesuai dengan ko..

ishahannah berkata...

good!i'm happy 4 u..