Jumaat, 4 November 2011

Osaka Aquarium

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

Semalam cuti Cultural Day.. last year kami ke KCIF open day pastu dapat pi tour Nanzenji temple.. tahun ni plan asal kami nak bawa anak2 ke festival untuk train.. tapi pagi semalam memang last minit tak agak2 tukar plan.. itu sebab asalnya call adik Syafika nak tanya mana kedai roti canai kat Osaka (rindu roti canai.. huhu) tapi dia ajak kami ke Osaka Aquarium.. lagi lawak, depa dah naik train tapi kami baru bangun belum siap apa lagi.. haha.. zassss.. siapkan budak2, siap2 bawak bekal nasi goreng (tak makan kat rumah pun, tapi makan kat sebelum pintu masuk akuarium tu.. ahahaha)

sebelum apa2, Osaka Aquarium ni antara yang terbesar di dunia according to wikipedia so kalau korang berkesempatan ke Osaka, singgah le..

one day pass

semalam kami beli tiket ni (gambar atas), tiket ni harganya 2800yen boleh guna untuk semua train dari kyoto ke osaka dan siap masuk entrance fee.. MURAH SANGAT2 dan berbaloi2.. sebab seharian kami memang pakai tiket ni aje keluar masuk train.. HAHAHAHA..


entry ni banyak gambar, so klik sini




DSC_0191
mangsa kebuluran

okey, tips kami.. masuk tu, sila la make sure budak2 dah kenyang dan memang bersiap sedia nak main.. haha.. sebab budak2 memang fascinated habis la dengan ikan2 yang ada.. lawak sebelum masuk tu, mama cakap dekat aiman, 'harini kita pi tengok ikan ye.. rumah ikan, dalam tu ada banyak ikan'... nak tau aiman cakap apa?? 'eeeeeee, tak boleh la rumah ikan.. ikan beli aje' wahahahahahha selalu pi kedai beli ikan utk masak, la ni pi tengok ikan ape cerita?? ahahahahhahaha

tips no 2, kalau korang suka, spend sikit dalam 300yen/ RM10-12 beli headphone guide tu.. mula2 mama nak amik satu je.. pastu fikir kejadah nak translate satu2 pada papa kan? haha, last2 amik dua sorang satu.. puas hati weh.. sebabnya, guide tu cerita macam2.. pasal tabiat haiwan la, dia makan apa kat luar, makan apa kat aquarium tu.. informative.. tak rugi la kalau korang memang suka benda2 camtu..

DSC_0229
gambar yang kami beli muka aiman manis la sket.. hahaha

masa masuk je dalam aquarium terus lalu terowong.. penuh ikan2 dan ada lobster besar.. ada la kut besor kucing gemuk.. SUMPAH BESAR gila.. sampai mama cakap kat papa, eh ni betul ke tipu ni?? haha

DSC_0220
besor!

DSC_0226
korang tengok saiz pari tu ngan lobster.. hewhewhew

DSC_0239
gini la rupa aiman semalam.. hahaha

ada sealion, seal (korang tahu tak sealion ada cuping telinga n seal takdak? pastu sealion jalan dgn dua tangan depan mcm mengesot dan seal jalan cam caterpillar?) dolphin, pastu macam2 la jenis penguin ikan besor whale shark ketam besar jepun.. macam2.. budak2 dah macam melekap kat cermin aquarium tu.. hahahaha.. pastu kat sini, dia bubuh gak capybara, itik sloth yang duduk dekat2 dengan sungai la..

DSC_0264
tengok sealion berenang

DSC_0266
semua budak2 melekap camni.. hahahha
DSC_0289
tengok penguin

DSC_0304
dolphin

DSC_0370
korang agak buat asam pedas sedap tak ni? hahaha

DSC_0331
ni mcm corals siap ada clownfish semua

DSC_0414
spider crab ni badan dia aje saiz kepala orang -- buat lemak cili api yumss haha

DSC_0415
ikan ni pelik la weh.. besar lak tu

keluar dari main aquarium, kami pi tempat petting.. section petting ni baru start buka semalam n habis tak silap bulan 2 2012.. masa kami kat situ, aiman tidoq dah.. letih la kut habis pusing aquarium tu..

mama, papa ngan aidan je yang main2 sentuh ikan2 tu.. aidan tak sentuh pun.. dia buat muka geli.. haahha..

memula cuci tangan dulu

DSC_0418
sinki basuh tangan

sentuh bahagian yang dibenarkan aje.. kang kena gigit mau? haha

DSC_0416
jangan sentuh sebarangan

DSC_0419
lembut aje badan dia

DSC_0423
baby shark ni dia kasar badan dia

DSC_0427
banyaaaakkkkk

DSC_0430
aidan geram sangat2 dengan turtle ni.. haha.. dia siap cakap2 lagi dengan kame-san

DSC_0433
uuuuuu buat puffy la.. hahahahha
pastu kami ada jalan tempat lain lagi.. nanti mama share..

overall osaka aquarium memang best.. rasanya kalau ada rezeki nanti boleh datang lagi.. tak jauh sangat dari rumah dan anak2 pun memang suka..

7 ulasan:

Ira berkata...

wokeh!! aku dtg nnti nak pi sini hehehehe

Unknown berkata...

ira, serius sila pi.. USJ tu takdak hal punya nnt leh pi yg SG.. hahaha

yatie chomeyl berkata...

nampak mcam mama di alg excite ddr aiman dgn aidan ni muahahahha

Unknown berkata...

yatie,

hahaha mak dia mmg takleh nampak kamera.. budak2 tu dah melopong tgk ikan mana nmpk apa dah.. hahaha

Asmara berkata...

aha dpt jugak merasa pegang2 ikan masa pegi haritu. bestkan aquarium dia besar giler! hihi..

Mulan berkata...

dah dengar lama aquarium ni the best in d world tp tak kesampaian lagi ke Tanah Jepun..

Unknown berkata...

asmara,

kan? besor tak agak.. ikan dia pun besor2..

mulan,

air asia dah ada.. now everyone can fly.. hehehehe