Isnin, 30 Jun 2008

student oh student

hari ni pagi- pagi lagi dah mula agenda.. 8.15 tadi perjumpaan dengan student baru yang baru sahaja mendaftar kelmarin. Alkisah, untuk semester ini ada lebih kurang 98 student baru dari matrikulasi & stpm.. yang menyedihkan, hanya 30% sahaja anak melayu yang diterima masuk.. 3 orang sahaja student india yang selebihnya cina.. sedih bila fikir bangsa sendiri tak maju.. sedih juga sebab ilmu yang bakal saya sampaikan bukan untuk anak bangsa sendiri.. apa nak jadi dengan anak2 melayu zaman sekarang.. tang mana silap saya sendiri tidak mengerti.. yang pasti bukan ibu bapa sahaja yang bersalah tetapi semua orang harus dipertanggungjawabkan.. kes school saya masih okey.. bandingkan di school kimia dan school mekanik yang menerima hampir 90% student berbangsa cina.. keseluruhan kampus kejuruteraan 80% dimonopoli oleh student cina (untuk intake kali ini sahaja).. renungan sewajarnya perlu dibuat.. bayangkan kami sendiri telah merendahkan CGPA kepada hanya 2.30 untuk kemasukan kali ini bagi membolehkan pelajar melayu mendaftar kursus kejuruteraan awam.

lebih menyedihkan bila melihat ketandusan pelajar lelaki melayu yang masuk ke school kami. pelajar perempuan melayu melebihi pelajar lelaki melayu. di mana hilangnya anak kita??? mama jadi takut.. lebih2 lagi anak mama lelaki.. asuhan yang betul perlu diberi pada anak.. bimbinglah anak terutamanya anak lelaki agar lebih berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan. jangan biarkan masa depan bangsa kita jatuh dan lesap di dalam negara kita sendiri.. tanamkanlah sifat suka mencari ilmu dalam diri anak2.. jika kita tidak mampu, mungkin kita perlu upah bantuan.. tetapi sekurang2nya bari juga semangat kepada anak2 supaya mereka sentiasa ingin berusaha mencari ilmu pengetahun... supaya masa depan mereka lebih terjamin.. bayangkan kami di sini telah berusaha untuk meletakkan USM di peringkat yang sewajarnya dan disegani di peringkat antarabangsa tetapi menyedihkan bila pelajar yang bergraduan majoritinya bukan melayu!! sedih..

alang2 mama dah bercerita mengenai kemasukan pelajar, biar mama ceritakan perangai pelajar melayu di sini.. walaupun mama baru 3 tahun berkhidmat di sini, tetapi rasanya boleh untuk memberi sedikit penilaian mengenai pelajar di sini. pelajar melayu terutamanya pelajar lelaki suka mengambil lewa setiap subjek yang diambil.. jika dilihat dalam kelas, pelajar lelaki melayu duduk nun di hujung belakang kelas.. jauh dari skrin paparan nota dan jauh dari pensyarah. betul, mikrofon berfungsi dengan baik.. tapi cuba fikir mengenai konsentrasi kita.. jika kita berada di belakang, kita tidak mampu mendengar dengan sempurna malahan jika terdapat sikit sahaja gangguan sudah pasti tumpuan tidak dapat diberikan. mama bersyukur Allah beri mama mata rabun.. bukan sebab apa, bila mata rabun confirm duduk hadapan.. tidak perlu risau untuk fikir tempat duduk belakang lebih menarik.. hehe..

selain dari itu, pelajar melayu juga sangat kurang berinteraksi di dalam kelas.. mama yakin yang bukan mereka tidak tahu, cuma takut sahaja.. pelik! dalam menuntut ilmu tidak perlu rasa takut untuk menyatakan pendapat dan bertanya.. lebih baik bertanya bagi memperjelaskan permasalahan yang tidak diketahui.. jika tidak, bagaimana harus pensyarah tahu yang pelajar tersebut faham atau tidak.

pelajar melayu juga amat suka gaya hidup ranggi dan up to date.. mama tidak kata up to date itu salah.. tetapi biar berpada.. jika ibu bapa memang beri duit lebih, tidak mengapa untuk berbelanja.. tetapi jika pelajar hanya mendapat pinjaman ptptn sbg contoh, mengapa harus wang itu di sia-siakan.. wang tersebut harus digunakan untuk membeli buku yang baik untuk di baca.. lagi satu, amalan membaca masyarakat melayu juga amat buruk.. kebanyakan mereka hanya bergantung kepada nota pensyarah dan malas ingin ke perpustakaan dan mencari bacaan tambahan.. bila pensyarah bertanya soalan yang lingkupnya lebih luas maka tercengang2lah pelajar ini tidak tahu menjawab.. bagaimana??

mama harap dan berdoa senario ini akan berubah sikit waktu lagi.. kepada ibu2 fikirkanlah kaedah terbaik dalam mendidik anak2.. bagi sokongan sepenuhnya kepada mereka.. jangan abai mereka.. semoga anak2 melayu akan bangkit semula menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.. amin

2 ulasan:

Zuraimah Ismail berkata...

hmm mengajar di mana ek? wish u all d best dalam mendidik anak bangsa..:)

Unknown berkata...

ct, saya mengajar kat USM.. kampus nibong tebal