Rabu, 4 Jun 2008

nyum nyum

semalam mama puasa.. maka tinggal la lagi 17 hari lagi (selepas tolak hari ini).. huhu banyak lagi laa.. takpe.. azam buat pelan2 sebelum sampai ramadhan tahun ini..

jadi seperti biasalah, nafsu tak tertahan2 nak makan macam2.. hehe.. jadi ini la hasilnya..

1. Ikan Masin Masak Lemak Cili Api..


2. Ayam Goreng Kari.. lagi best kalau makan dengan nasi lemak (acknowledge: http://tiffinbiru.blogspot.com/)
3. Apam Pisang

huhu..
Resepinya:

2. Ayam Goreng Kari (Inche Kabin) - saduran dari page Abg Mat tiffinbiru

Bahan-Bahannya :-)

4 keping bahagian dada ayam dengan kepak2nya sekali
1/3 cawan rempah kari
200 ml pati santan1 inci halia
*4 ulas bawang putih
*1 ketul kiub ayam "MAGGI"*(*tumbuk halus)
1 camca besar serbuk cili
2 biji limau nipis, perah jusnya
3/4 camca besar gula
1 camca teh garam

Cara membuatnya :-)
Ayam dibuang kulit dan lemak, cuci bersih, perap dengan garam dan jus lemon selama 15 minit, cuci kembali toskan dan kelar2. Ketepikan.
Satukan rempah kari, serbuk cili, bahan tumbuk, gula, jus limau nipis, santan dan garam. Kacau hingga menjadi pes. Gaul bersama ayam tadi dan perap sekurang2nya 3 jam.
Masukkan ayam tadi bersama2 bahan perap ke dalam kuali, masak dengan api perlahan sehingga bahan2 perap kering dan bersalut pada ayam. Angkat dan sejukkan.
Panaskan minyak untuk goreng terendam. Biar minyak betul2 panas, masukkan ayam tadi dan goreng hingga senyap (tak de bunyi desiran lagi), angkat dan toskan.
Panaskan kembali minyak tadi dan goreng kembali ayam tadi hingga kuning keemasa, guna api sederhana untuk kali ini....(pada mat goreng macam biasa pun ok!!!)

memandangkan semalam balik ofis baru buat.. jadi sempat perap 1.5jam aje.. lagi satu komen papa, mama x kelar2 ayam, jadi marinade tu x kuning sampai dalam.. mama suka je gitu.. hehe

3. Apam Pisang

Bahan2nya :-)

11 biji pisang emas kecil2 dilenyekkan
2 cawan tepung + 1 sudu bikarbonat (ayak sekali)
1 cawan gula
1 sudu kecil garam
1 cawan santan
nak syok lagi tambah mixed fruit (raisins and dried ceri)

Cara2nya :-)
pisang yang dilenyekkan tu dimasukkan tepung yang dah siap ayak
campur gula, garam, santan dan akhir sekali mixed fruit.. jangan banyak sangat mixed fruit.. nanti jadi basah cam mama punya kek semalam.. hahaha.. pengajaran!!
letak marjerin keliling acuan. masukkan bahan2 yang siap di adun dalam acuan.
lepas tu kukus 1/2 jam.. check dengan garpu, kalau bersih boleh angkat dah

komen papa: sedap la mama.. (hmm nampaknya lepas ni boleh la buat lagi) acknowledge makcik ida utk resepi ini.. tapi mama yang tambah mixed fruit tu.. makcik ida punya x tambah.. jadi lain le sket.. hahahah...

5 ulasan:

aishah zaharin berkata...

uish rajinnya masak..

akak ada lagi 19 days to go, after completing 21.. erk.. bila la nak buat mas!!

mast@work berkata...

huhu.. berusahalah akak!!

hehe, xpe.. nanti tahun depan kita kasik ganti lagi maa..

D!aN@ @ Mama D!ha berkata...

hai mas... tq 4 dropping my fp ya..
byk lg u nak kena ganti posa ek? same as me.. ade 21 hari tinggal posa.. ni jenuh plak nak mengganti ni..

kc berkata...

halamak...posa ku blom berganti lagi daa

mast@work berkata...

hehe.. ganti weh ganti.. tinggal 2 bulan lebih je ni.. huhu