Selasa, 14 Jun 2011

30 Days Song Challenge - Day 04

* السلام عليکم * 


 こんにちは q(^_~)p


Day 04 - A song that makes you sad


Ada beberapa sebenarnya.. tapi mama pilih satu je le ek..


Sejak tengok cerita kasyaf imani, sedih betul bila dengar lagu ni.. Opick ni lagu2 dia banyak berunsur dakwah.. tapi bukan nasyid.. lirik dia mendalam





Lirik Lagu Opick - Tiada Duka Yang Abadi

Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta di jalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Isnin, 13 Jun 2011

effort yang tak boleh tahan

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


tunggu kalau orang upload aje le nanti baru boleh tengok..

tapi, mama rasa budak2 ni punya effort memang terbaik la..

ayat yang paling last sekali "hang abang long ka, abang ngah ka, belah kodiang aku yang pegang!" ahahahha




tq untuk kawan mama yang share video ni

sebelum menjadi lemau

* السلام عليکم * 

 こんにちは q(^_~)p

I was not build to stay up late.. rasanya kawan2 dari zaman sekolah ke zaman uni semua kenal mama.. mama memang kantoi kalau stay up malam.. hahaha..

Semalam mama stay up sampai pukul 3 lebih.. menunggu subuh yang masuk pukul 2.50, sahur dan buat kerja.. kalau tidur dulu bangun kemudian alamatnya ke laut lah subuh ku itu.. tapi bila tidur lambat, haa.. ini le jadi.. kepala weng! 

Sebelum menjadi lebih weng, mama nak update blog kejap..

Dua weekend lepas, mama lepak dengan anak2 dan adik2 ditepi sungai.. unplanned sebenarnya.. sekadar berehat2 di petang ahad.. kesian pada anak2 dan mak bapak anak2 yang dah mati kutu dalam rumah..

Mujur cuaca mengizinkan..

Kami makan aiskrim, mama buat donut yang tak berapa menjadi dan makan keropok yang digoreng adik2.. hahaha..

Sebelah seat kami siap ada beberapa orang jepun yang sibuk berlatih tap dance..

Aman dan tenang..

me and friends
Kami

curious

Main bubbles

my boys

Brothers

3 bears

The Men

my big boy

Anak bujang

my little boy

The cheeky little one

ruang saya

* السلام عليکم * 

 こんにちは q(^_~)p

bukan myspace ye.. harap maklum, tapi ruang peribadi mama.. entah.. ada sebab musabab yang tak perlu diperjelas dengan panjang lebar..

cukup dengan twitter yang private ku itu dan blog yang mama sayang.. to kawan2 dan family member yang kenal mama dan ada account FB mama, sorry guys.. i just need some peace for a while.. 

it maybe temporary or maybe permenant.. don't know how this will end.. 

my peace
My peace


was thinking this for quite sometime.. lepas nampak entry kak TTM, ni yang rasa lebih bersemangat je nak deactivate the account

moga lebih rajin belajar..

lepas ni update kat sini aje le ye..

muah

XOXO

Jumaat, 10 Jun 2011

is it me or him?

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

today mark the first school trip for my little Aiman.. Mak dia excited tak yah citer la.. sebenarnya bukan first time aiman keluar jalan2 dengan classmate dia..

cuma kali ni dia pi jauh sikit

sampai kena naik bas..

harini Aiman pergi zoo Kyoto..

harap Aiman happy harini..

mama tak sabar nak balik jumpa aiman dengar aiman citer..

mak dia nyorok jauh tak kasi anak nampak.. hehe

Khamis, 9 Jun 2011

sambung citer tak habis

* السلام عليکم * 


 こんにちは q(^_~)p

bersambung citer tak habis semalam....

sebelum masuk jumpa sensei hari selasa kemarin, ya Allah, tidur, rehat semua tak cukup.. sabar aje le.. itu pun tak siap jugak coding tu.. buat sikit jalan, tambah lagi stuck..

tak keruan dibuatnya..

gini la rupo den selasa kemarin
dah tu siap ada seminar sebelum tu.. dapat jumpa sv n cosv pun dah pukul 6.15pm gitu.. adeh deh deh..

sepanjang hampir sejam setengah, berikut adalah conclusion mama

  • lega --- >> sebab dah siap bincang detail chapter untuk thesis.. halatuju dah ada
  • tak berapa nak lega -->> minggu depan 16hb cosv takdak untuk 2 minggu -- bunyi cam lega kan? tapi........ dia suruh fahamkan coding yang dia bagi tu sebelum dia fly! tsk tsk!!
  • lagi tak berapa nak lega -->> sv warning, buat betul2.. kena betul2 focus.. ayat tak boleh tahan "selain dari jaga anak, you kena study" HAHAHAHAHA
  • rasa macam nak pengsan -->> sensei dah suruh start tulis chapter 1, kumpul dan compile literature --- GULP!! *____*
  • rasa macam nak mati --->> mesti siap sampai chapter 5 hujung tahun ni!!! aaarrrggghhh!!!
  • lagi rasa dua kali nak mati --->> mesti buat 2 paper dalam tahun ni.. HUWAAAAAAAA


so.. bye2 untuk semua cuti2 yang diplan (kecuali time abah n makcik dtg nov ni, yang tu tak kira!!!), bye2 malaysia (konpem tak balik la ni) dan bye2 semua plan untuk berjimba2 time summer holiday!!