Isnin, 28 November 2011

Dalam train

Kami dalam perjalanan nak pi amik tok ayah ngan tok.. Aidan dah tertidur n Aiman pulak tengah nyanyi sorang2 sambil tengok luar.. Rindu blogging tak payah cakap la.. Tapi banyak unsettle things happened yang menyebabkan mama abandon kejap blog..

Tukar tajuk, masa mama ke Tokyo last week, mama sempat habis baca buku ni.. Haha sebab byk masa conference tak faham sebijik apa depa dok present maka sempat la mama baca buku ni





Tak tau la ape nasib weh! 2 kali baca buku this month sedih tah apa2.. Depressing betul! Huhu.. Rasa macam nak gigit aje telinga author sbb mama dah rasa sebak nak nangis bila nak sampai hujung.. Dah le geram dok bajet aish bila nak seronok ni sekali huwaaaaaaaaa sedih sangat2..

Novel ni pun dah jadi movie.. Sbb mama tau heroin dia anne hathaway so macam rasa terngiang suara dia masa baca buku ni..

Cuma yang tak best lepas baca buku n tengok movie dia, anne hathaway macam tak cukup umpph! Rasa macam tak feel sbb dia buat watak heroin buku ni macam jenis tak ceria n sedih aje sokmo.. N how i wish the hero was someone else?

Ok, berbalik pasal buku ni.. Buku ni cerita pasal ulangtahun pertemuan depa.. Dr lepas grad smpilah 20 thn selepas tu.. Jalan cerita dia best cuma mak sedih la ending dia.. Sob sob

Tapi buku ni definitely lagi best dr Dear John.. Cerita dia ala2 rendition of when Harry met Sally

- Ipong yang berjasa untuk entri ini

Jumaat, 18 November 2011

Asakusa, Tokyo N1

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

Harini hari kedua di Tokyo. So far, mama dah 80% ready for presentation.. Slide baru je siap dibetulkan untuk tak tahu dah berapa kali.. tapi sebab hari rabu mama dah practice present depan sensei kecik (read -- Assoc. Prof), dia minta run sikit lagi analysis maka malam tadi tidoq lewat juga siapkan analysis.. pagi ni bangun baru edit balik ppt tu.. so far sensei puas hati dengan mock presentation mama cuma dia minta mama cakap perlahan sikit takut orang tak boleh catch up dengan english berterabur mama tu (itulah pentingnya english edukesyeeennn hahahaha)

So rabu malam mama naik bas ke Tokyo.. first time merasa naik bas ekspress kat jepun.. mama beli tiket women bus, so semua penumpang perempuan kecuali pak driver 2 orang.. senang juga company ni.. nak beli tiket pun dalam english menu.. harga kira wajar la memandangkan request ngada2 nak 3 seat jenis asing2, ada langsir pengadang, selimut, toilet haaa ngada tak? heehehe so tiket Kyoto-Tokyo mama beli harga 6400yen -- lebih kurang RM140 gitu.. perjalanan dari jam 11.15pm - 6.50am

Sampai pagi semalam kat Shinjuku.. punya la ramai manusia kat train station.. bersesak2 dengan orang nak pi kerja.. so mama terus la pi ke Shibuya, tukar train pi ke Tokyo University.. tapi ni kampus lain dekat KomabaTodaimae..

Shibuya cross-section
the famous junction -- kalau movie omputih je, bila tunjuk part tokyo busy giler kat sini la depa amik

Hari pertama mama survive sampai pukul 3.30pm je.. tak larat dah dengar presentation dalam jepun.. bukan faham pun.. sebab term susah kan? pastu laju depa cakap jadi mama macam org pekak bisu senyap aje le.. petang tu sensei (read Assoc Prof) ajak balik awal, kami pun pi ke hotel -- ya ampun, sensei besar ni amik hotel jauh dari tempat conf.. kat Asakusa.. tapi ok jugak sebab mama tak pernah sampai Asakusa..

Lepas check-in hotel, sensei kecik bawa kami jalan2.. ada mama dgn sorg Iranian girl labmate mama.. bertiga kami jalan round Asakusa.. masa tu dah 5.30pm.. tapi sebab maghrib pun belum pukul 5, imejin macam jalan time malam la ek.. huhuhu..

ASAKUSA ni bandar famous semasa EDO PERIOD (tak kerja nak citer panjang, pi google ye korang)

So, kami pi KAMINARIMON - maknanya THUNDER GATE.. ooOOOOoo BESOR WEH thunder god dia tunggu depan pintu masuk menghala temple2 lain kat belakang..

Kaminarimon temple
besor gadang benda alah kat gate ni

cerita sket

ni la thunder god dia

belakang gate ni ada NAKAMISE street -- nak rupa macam night market kat Bangkok.. tapi tutup pukul 6 gitu.. haha, dah kata malam awal so rupa dia jadi le macam night market.. banyak makanan special asakusa jual kat sini contoh Ningyoyaki -- anak patung goreng -- buruk benor mama translate.. hahahhahaa.. luar dia ada bun, dalam dia ada red beans, azuki -- tapi mama tak baca pulak ingredient belakang so tak tau boleh makan ke idak, nnt mama try tgk boleh ke idak makan.. mama cuma beli jajan rupa macam bepang (google sendiri kalo tak tau) ngan biskut beras -- yang tu boleh makan sbb takdak bahan terlarang.. hehe

Nakamise st
belah kiri sensei kecik, belah kanan labmate mama, Farnaz

belakang nakamise tu ada ASAKUSAJINJA -- besar gak tapi sebab dah tutup so tak nmpk le patung buddha belakang pintu tu.. tapi masa mama sampai tu masih ramai lagi orang yang dok doa depan pintu.. sensei ajak mama berdoa masuk duit dalam ruang besi tu -- tak keroje le.. tapi mama berdiri tegak kejap sebelah dia bagi tanda hormat (dalam hati dok astaghafirullah aje le :P)

Asakusa jinja
ramai orang juga masa ni

kat temple tu ada 5-Storey PAGODA -- nampak lagi besar la dari pagoda yang ada kat Toji Temple, Kyoto.. kelebihan masa jalan malam ni, lampu dia cantik betul.. kalau siang agaknya macammana la rupanya..

Asakusa pagoda
cantik sangat.. ni pun ralat tak bawak kamera weh

keluar dari situ, kami jalan ke AZUMABASHI -- tgk ASAHI BREWERIES -- cantik, tapi sbb pakai henpon je mama tak amik le gambor kat situ.. konpem tak nampak hape..

lepas tu sensei belanja kami makan tempura.. seronok benarnya kat sini bila ada waktu2 yang kita dapat berbual dengan sensei.. personaliti depa berubah bila luar waktu kerja.. kalau kat lab, seram sejuk kecut perut kena marah, tapi bila habis waktu kerja, depa memang baik sangat2..

lepas tu, kami makan aiskrim sama2, baru balik hotel.. seronok juga sekali sekala jalan2 macam ni.. selalu kami punya trip jauh dari pekan, so sekali sekala kuar pekan lagu ni rasa macam jakun.. hehehehhe

okla. nak siap pi kuar dah.. nanti sambung lagi..

Selasa, 15 November 2011

gomen nasai

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

*maksudnya minta maaf

rasa lama tak blogging.. nak kata busy, ye kut busy la.. huhu.. tapi rindu dengan blog sendiri.. boleh? ahaks.. lusa mama akan ke Tokyo insyaAllah.. kali ni pi sorang sebab ada conference.. first time present kat conference kat Jepun ni GULP!!!

mama punya session hari Sabtu Petang -- last session.. moga2 tak ramai la orang time tu.. huhuhu.. seram la.. result ciput je weh.. hahahaha

harap2 anak2 tak meragam kena tinggal dengan papa.. lama gak 3 malam tinggalkan depa.. sorry juga papa.. nanti balik kita dating2 ek.. besday papa dah dekat dah ni :)

ok, nak challo.. dok prepare slide lagi benarnya.. harap2 dapat run analisis lagi 2 3 kali pastu finalize before present.. amin!

Rabu, 9 November 2011

Nasib le weh

Semalam mama sampai rumah lewat.. Dekat lab lagi cikgu aidan call kata aidan demam.. Tapi sebab papa ambil so mama rasa ok la kut..

Sampai2 aje rumah macam biasa aidan ambil feel melekap macam koala.. Badan dedar n papa goreng hash brown pun dia tak lalu makan.. Bila check rupanya mulut aidan penuh blister.. Kejap2 dia cuba korek.. Sakit tak tahu mengadu.. Aiseh!! Tengok jam dah pukul 8.15pm

Cepat2 siapkan bdk2, kayuh basikal.. Semua klinik tutup, try hospital dekat rumah.. Aiseh takdak pulak Dr budak, suggest kami ke hospital lain.. Tapi Dr hanya ada by 9pm.. Berkejaran kejar teksi, tepat2 pukul 9 daftar

Dr check tengok kata blister dalam mulut sebab badan dia panas.. Tapi paru2 takde bunyi kahak cuma tekak merah2.. Kesian la baby..

Balik rumah merengek2.. Minta gayut.. Lepas makan ubat terus tidur..

Anak2 tidur baru la makpak boleh makan..

Pukul berapa kami makan? Huhu 10.30mlm.. Haha

Pujuk hati n badan letih masak panas2 baru sedap makan






Dengar papa hirup kuah buat hati lega..

Bersabar lah.. Habis satu malam tak study.. Dugaan

Bangun pagi mata pulak bengkak..

Banyak dosa ni.. Kena lebih kerap minta ampun dengan Allah

Sambil tu berdoa orang lain tak kena dugaan macam ni

Yang penting muka kena ceria! �� sebab ada lagi orang dalam dunia ni yg teruk dugaannya

- Ipong yang berjasa untuk entri ini

Selasa, 8 November 2011

boleh jadi stress! :P

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


Dalam seminggu mama baca novel ni.. baca dalam bas je pun masa nak pi mai lab.. buku2 nicholas sparks takde dalam kindle lak tu.. menci ok.. jadi 2 weeks masa pi kedai buku uni beli la buku ni.. mujur kat kedai koop uni dapat juga la less dr original price novel.. huhu..



beli pun sebab nak tengok movie dia la.. membayang channing tatum (ooooo drooling tak sudah!) jadi hero -- dahle nad cakap nnt dia nangis2.. owh, takleh imagine.. maka habiskan jugak baca buku ni.. haha gatai!

sekarang, kena ingat.. selalu movie dari novel tak best.. selalunya lah! so.. bertabah..

secara kasar, buku ni cerita pasal John Tyree, bdk nakal turned out as a soldier.. fallen in love with sweet innocent Savannah.. it started out really well until..... hah! baca sendiri!

stress mak baca buku ni, nak nangis ka, nak sedih ka.. hai lah!

ada satu lagi buku mama baca.. yang ni beli kat kindle..

google

mula2 rasa macam revealing la gak.. sekali bila aidid muaddib tu cakap kata dia ni penipu mlm gak, haiyoooo terus stop! dah 70% baca.. bila fikir balik, duduk diam2 betul gak weh.. ada certain part memang ok la ajarannya.. supaya kita ni celik bab financial literacy.. kena make the money work for us.. tapi memang ada certain part contoh investment dalam mutual fund... dia kata tak ok langsung.. bagi mama, kalau kita nak invest, kita kena la pilih yang kita mampu.. ada yang low risk, medium risk n higher risk.. pastu dia ni cakap rumah bukan dikira sebagai aset.. bab ni mama 50-50  dengan dia.. ntahle.. korang baca la ek.. kalau nak tgk cerita kata dia ni scammer, try tengok sini pulak 

apa2 pun, be critical.. tak mesti kita kena sentiasa setuju dengan orang.. sentiasa condemn orang pun tak baik jugak kan?

dah,

melalut lebih.. kena buat kerja pulak..

happy working semua :)

Isnin, 7 November 2011

berkorban atau terkorban

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

Aidiladha kira biasa2 aja buat kami di sini.. syukur sebab tahun ni raya jatuh hari Ahad maka boleh bersantai2.. tahun lepas jatuh hari Rabu sedih kemain sebab pi solat pastu macam tak ada apa2 berlaku.. dahle lepas solat raya tahun lepas takde buka restoran india yang biasa kami makan tu.. last2 opt for vegetarian.. sangat tak kena tema hari raya korban makan vegetarian food..

kali ni pun haru sama aje.. sabtu malam memang tak ada mood langsung.. mujur juga masak rendang.. buat makan dengan nasi panas2.. ikut nafsu rasa nak terlentang aje.. adakah ini dinamakan raya blues.. ahahaha..

pagi2 raya, papa aje yang pi solat.. mama duduk rumah dengan anak2.. sambil prepare nasi kerabu utk gathering kawan2 di kyoto ni.. yang lebih blues semalam, papa sorang aje pakai baju melayu.. anak2 mujur ada baju baru hadiah tok.. mama? lagi haru.. pakai dress je weh.. memang la.. takdak mood raya langsung.. tapi syukur sebab ada gathering boleh juga kumpul ramai2.. makan sedap..

ada sorang kawan mak n ayah beraya di sini.. bapaknya imam maka semalam solat zuhur n asar memang syahdu habis weh bertakbir.. ku tahan2 juga sebak bila dengar takbir mendayu gaya mesia.. hangpa bukan tak tau sekali tarik tu dia.. mau menitik ayaq mata..

petang pula kawan mama datang rumah.. jamu makanan yang ditapau haha dari jamuan tengahari tu.. mama cuma tambah sikit lagi kuah laksa maka tadaaa makan laksa kami malam semalam.. by 9.00mlm budak2 dah tidur, mama start lipat kain setinggi gunung everest sambil tengok cerita holiday -- eh ni krismas ke raya haji? haha.. lupa diri kat jepun..

pukul 11 start tengok cerita mabrurkah hajiku.. ya ampun.. sinis tapi mendalam maksud tersirat cerita ni..

masa tengok2 cerita tu papa cerita pasal scam gini.. seram.. sekarang ni orang tak kira dah.. agama pun boleh jadi modal nak tipu duit orang.. kalau tak kena tipu maka syukurlah.. kalau yang kena tipu macammana? duit orang yang kena tipu?? sanggup ke tanggung kat bahu kiri weh? nak cari kat padang masyar?? kat dunia boleh minta ampun, tapi kalau orang tak maafkan? phewww..

moga2 kami sekeluarga tak kena tipu benda2 macamni.. gunakan agama sebagai modal.. takut weh takut.. nauzubillah

Jumaat, 4 November 2011

Osaka Aquarium

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

Semalam cuti Cultural Day.. last year kami ke KCIF open day pastu dapat pi tour Nanzenji temple.. tahun ni plan asal kami nak bawa anak2 ke festival untuk train.. tapi pagi semalam memang last minit tak agak2 tukar plan.. itu sebab asalnya call adik Syafika nak tanya mana kedai roti canai kat Osaka (rindu roti canai.. huhu) tapi dia ajak kami ke Osaka Aquarium.. lagi lawak, depa dah naik train tapi kami baru bangun belum siap apa lagi.. haha.. zassss.. siapkan budak2, siap2 bawak bekal nasi goreng (tak makan kat rumah pun, tapi makan kat sebelum pintu masuk akuarium tu.. ahahaha)

sebelum apa2, Osaka Aquarium ni antara yang terbesar di dunia according to wikipedia so kalau korang berkesempatan ke Osaka, singgah le..

one day pass

semalam kami beli tiket ni (gambar atas), tiket ni harganya 2800yen boleh guna untuk semua train dari kyoto ke osaka dan siap masuk entrance fee.. MURAH SANGAT2 dan berbaloi2.. sebab seharian kami memang pakai tiket ni aje keluar masuk train.. HAHAHAHA..


entry ni banyak gambar, so klik sini