Rabu, 7 Disember 2011

JR Pass

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


Berhenti kejap cerita jalan2 kang korang ingat mama ni dok kerja jalan je.. huhu

Harini cerita pasal JR pass.. ok, bagi yang nak datang jepun bercuti2, atau kena travel ke banyak tempat di jepun ni, mama sarankan ambil JR pass. JR pass ni adalah tiket yang bagi pelawat ke jepun naik semua train bawah JR (Japan Railway) tanpa dikenakan caj berasingan. JR pass ni kena dibeli di luar dari Jepun. Boleh refer website ni

Abah mama beli tiket ni untuk digunakan seminggu. Kena bayar bergantung kepada jumlah hari nak pakai.. untuk seminggu bayar 28,300 yen (lebih kurang RM1200) -- kalau nak diikutkan sebab tok ayah memang plan nak travel jalan2 tengok tempat, so berbaloi2 sangat la pakai tiket ni.. kalau sekadar nak duduk setempat contoh pi tokyo aje tak mau pi tempat lain, maybe tak begitu efektif.

Kenapa pass ni murah? contohnya, naik shinkansen dari Tokyo ke Kyoto sehala adalah 13+++yen dua hala jadi 26+++yen dah hampir sama dengan JR pass tu.. so kalau kita memang plan nak travel ke tokyo ke, kyoto ke, hokkaido ke, kyushu ke, memang berbaloi la pakai tiket ni.. semua train (tak semestinya shinkansen) boleh naik janji under JR

Shinkansen pulak ada banyak jenis. Paling laju jenis nozomi.. kedua laju hikari.. kalau pakai JR pas ni tak boleh naik nozomi aje.. yang lain2 semua boleh.. beza antara nozomi dgn hikari adalah 30min tambahan (lebih kurang) untuk trip kyoto-tokyo.. so tambah sket la.. tapi memang still jimat banyak..

Bila dah beli JR pas ni (kena beli kat mesia) bawak mai jepun, kena tukar di mana2 pejabat JR, pastu terus boleh pakai..

ni rupa pass tok ayah (gambar ihsan FB tok ayah)


3 ulasan:

anumuchan berkata...

kalau kat mesia beli dekat mana kak mas..huhuu

Oyis berkata...

mcm cover dpn novel. kalo title citer dia ombak rindu pon bole percaya ni hehe

Unknown berkata...

anum,

kat bangunan Amoda depan Bukit Bintang ada Japan Tourist Agency.. beli kat situ

oyis,

hahaha.. ni Ombak Membelah Pantai ni.. akakakkaa