Khamis, 6 Mei 2010

entry muka sahaja

visa kami insyaAllah minggu depan baru terkedek2 nak buat.. papa kata tunggu berita dia dulu le.. takpe la.. kami ok je..

in the mean time, kami anak beranak minus papa pi la ambil gambar untuk visa jepun.. err.. gambarnya background putih.. pelik.. saiz pun gedabak 2inch x 2inch.. bosar.. pelik juga.. takpela.. jepun kan lain dari yang lain.. hehe..

so, presenting..
















pesalah no 1


mama bear - weh, kaler pink background putih mantap ok!! hahaha.. eh, kurus pulak aku rasa ni.. hihihihi *perasan

*ok, tiba2 teringat gambar wancu nana.. gambar senget ok.. ala2 omputih la konon, pastu buat mata stim kuyu cam kucing kena ubat batuk *hahahahhahaa gelak setan!!!!






pesalah no 2


big brother bear - apesal la muka kamu sedih sangat ni aiman? aiyoh











dan pesalah ketiga










janji jangan gelak tau....














tadaaaaaaaa




little brother bear - adik cam nampak antu ok.... hihihihihi....


ok.. esok kami balik KL.. best2..

Rabu, 5 Mei 2010

official countdown begins

well, it's official bebeh..

flight ku adalah 21 Mei ni.. pukul 1135malam.. sila sediakan kompang, zapin dan kuda kepang ye bagi menghantar kami.. hahahahahha.. boria tak layan.. akakaka..

airmata letak tepi.. kalau kira ayaq mata mama nnt banjir klia tu noks! takmo sedih2.. hihihi

so, sila sediakan tiket bas ye orang adela, org palong.. hahahahahha..


*mode nak pengsan sebab banyak lagi benda tak buat.. tinggal 16 HARIIIIIIIIIII... wwaaaaaaaa


Selasa, 4 Mei 2010

perak sat

bukan perak negeri ok.. nak kata e taling ke e pepet pun tak ingat dah yang mana satu.. huhuhu.. perak = jakun le kiranya..

dah check tengok temperature kat kyoto ala2 time nak tiba nanti lebih kurang 20 degrees.. ngeeeeee... sojuk la omak ni haaa... papa cakap, ala2 cam kat cameron.. HAH??? kat cameron pun tak tahan camno den nak hidup kat kyoto ni haaa..

garu kepala sat

mampuih!

mau cheq kena cari stokin n sarung tangan ni..

lebih muslimah la cheq lepaih ni..

haru!

padan muka

sapa suruh gatai cari tempat jauh?

hahahaha

ayat baik punya

mula2 mama ingat mama on the wrong side.. mama bukan tak kesiankan budak yang kena tembak tu.. tapi mama rasa something is not right if i'm on their side.. ye lah, how come emak dia tak disalahkan bila anak keluar tengah2 malam, curi bawak kereta sedangkan awak tak ada lesen.. malam ahad, esoknya kan ke sekolah? bila disuruh berhenti kenapa tak berhenti? mencari nahas jangan salahkan orang ok.. lagi satu, sampainya hati kawan anak dia tu langsung tak bantu anak dia masa nahas.. kenapa ko lari dik oi.. tak sayangke pada kawanmu itu?

tapi bila mama baca entry datuk AKJ, betul la.. anak2 kan tanggungjawab kita.. kalau setakat beranak bagi makan bukan susah, tapi nak bentuk jadi orang tu yang susah..

bila dikata anak jahat, mula melenting, nak disaman sana, disaman sini, pastu nak naik court, buat press conference, nak suruhanjaya diraja.. alahai.. redha ok.. Allah tempatkan dia tempat yang lebih baik mungkin.. sabar banyak2..

ayat ketua polis dalam berita semalam la mama paling nak tergelak.. ye la.. kalau polis buat salah semua marah polis.. tapi kalau polis yang kena, takde sapa2 kesian kan? depa pun ada anak bini ok.. ayat dia semalam "anak sapa yang langgar polis? anak orang baik2 la kan? kalau kata anak orang jahat marah pulak" dusyum! pedih2.. hahahahhahaha

siapa makan cili, dia terasa pedas le..

jauhkanlah anak2 kita dari bertindak diluar pengetahuan kita..

Isnin, 3 Mei 2010

kenduri oh kenduri

IMG_0311 kenduri budak cemomot ni le.. hehehe

alhamdulillah, sabtu lepas selamat kenduri akikah cum doa selamat masuk rumah cum tahlil pergh.. 3 in 1 gitu.. lega sangat2 sebab berjalan lancar.. mama bersyukur sebab semua family, kawan2 dan jiran2 sudi datang, bantu dan ringankan tulang samping masa diperuntukkan untuk kenduri ni..

majlis bermula lebih kurang pukul 11 pagi.. dengan group surau lelaki mai untuk baca yassin dan tahlil.. lepas tu mula la sesi soru sapedem.. hehehe.. lauk baikkkkk punya.. mama amik catering yang direkemen oleh kontraktor yang buat rumah mama (hihi) dan adik makcik.. sedap ooo.. pandai depa masak.. rupanya catering ni kira femes juga kat penang.. umi sekha catering.. no telefon 04-6581270 (ha, siap iklan free seh!)

since akikah untuk anak teruna, cheq pakai 2 ekoq kambing le.. seekor buat masak kurma dan seekor lagi buat masak kuzi.. kurma dia memang terangkat!! tp kuzi mama tak rasa sebab memang habis! hihihi.. rangka dia pun ada kawan ofis dan amik.. punya la sedap gitu..

nasi pula nasi tomato + beriani.. dalca ayam, ayam masak merah, jelatah/acar timun, dessert pulak bubur pulut hitam, tepung bungkus, kek lapis asam, kek marble dan puding marble..

marvellous!!

tetamu sampai ke petang.. lega betul dapat kenal jiran2 dan mingle dengan friends and family.. lepas ni ntah bila pulak nak buat kenduri kat rumah tu.. tunggu 3 tahun lagi le kut.. ahahahha

so, enjoy gambar2nya ye..

DSC_0282

aidan dengan nenek

DSC_0290aidan dengan moyang dia (tok su mama)

DSC_0294 selepas je gambar ni diambil wancu nana kena bebel dgn cik da.. ahahahha..

DSC_0316

aiman mula tunjuk hero ok..

DSC_0314

baju adalah tajaan wancu nana.. hehehe

DSC_0322

orang surau mula makan

DSC_0346

tok ayah posing ala2 caterer.. hihihi

IMG_0351

papa ala2 nak tunjuk kijam le tu..

DSC_0364

suke gambar ni.. brothers.. tok ayah n tok ngah.. muka pun serupa

DSC_0399

reen n clan.. aku tak kira, hangpa kena cakap aku kurus.. CAKAP!

DSC_0402

haji harris idaman kalbu.. muah bebeh!

DSC_0413

dari kiri dikyah, mak, anis n wanie – my inlaws.. kakak tak sampai lagi time ni

DSC_0366

sesi gossip berjemaah..

IMG_0306

kerja depa ni posing merata.. hahaha

IMG_0321

dan seperti biasa la.. kerja sepenuh masa.. hehehehehe

ucapan terima kasih untuk semua yang sudi hadir dan bantu kami.. especially untuk family kami yang sudi sumbangkan tenaga, wang dan masa.. jazakallah.. semoga Allah balas budi baik kalian..

untuk babah, makcik, nana - tq sumbangan tu.. tq untuk goodie bags..

untuk MIL, tq kek marble n lapis asam tu.. sedap!

untuk cikda n maktam, tq utk tenaga dan puding marble tu..no 1!

untuk anis, dira, isma, tq untuk present2 korang..

biskut lemau

mama la tu.. biskut lemau.. konon2 ingat leh la jadi superwoman.. haraaaammmm... mari kita lihat apa yang berlaku..

mula dari hari khamis..

mama ke klinik dengan anak2 untuk medical checkup.. puasa la pagi tu sebab tau kena amik darah, x-ray, kencing semua.. tengahari bantai kari kepala ikan jalan kelawei punya la dah kempunan lama.. petang balik rumah, settlekan kemas2 semua.. maghrib ambil makcik2 dari alor setar kat stesen bas butterworth.. lepas tu bawa makcik2 ke tesco beli barang2 untuk buat puding hari kenduri.. makan kat foodcourt..

sekali pagi jumaat mama kena poisoning!!!! aaarrrggghhh!!!!~~~~~~~ sampai hari ni tau ada sakit lagi.. nak tentut pun takut2 ok! yang tak syoknya semua orang yang makan sama mama tak kena.. mama sensorang je kena.. aduh!!

makanya tak dapat nak jadi superwoman!!!

tak syok!! itu kambing pun mama cuma berani makan yang kurma je.. yang kuzi tu takut.. sedih!

hari ni punya lemau cerita lain..

harini lemau nak kena isi borang bertimbun2.. serabut la benda2 renyah ni..

ok..

sambung lepas ni entry kenduri..

banyak gambar..

mesti korang suke..

tungguuuuuuuu