Isnin, 18 Februari 2013

2 resipi 1 entri

* السلام عليکم *


  こんにちは q(^_~)p

dua2 resepi ni kena masukkan sesiap sebelum terlupa..

1. Beef stew -- versi senang
2. Kari Kambing pakai oven -- pun senang

almaklum, semua versi senang dan boleh tinggal lama supaya boleh buat benda lain.

1. Beef stew

bahan - daging bahagian isi sahaja dalam 200-250gm potong kiub
carrot - sebatang potong dadu tp besar2 sbb stew masak lama so taknak hancur
batang celery/saderi - pun potong besar2
kentang - dadu besar -- mama tak pakai sbb makan beef stew ni dgn mashed potato
bawang putih 2 ulas potong dadu
3 sudu makan pes tomato
2 sudu makan tepung jagung
2.5 cawan stok daging -- takde stok daging bancuh aje kiub pati daging dgn air suam hehe
daun rosemary, parsley -- kalau xde fresh serbuk pun boleh
1 sudu makan sos worchestershire -- takde pun xpe
2 helai daun selasih (bay leaves)
minyak masak

cara2
1. mula2 panaskan minyak dalam periuk, masukkan daging, bg caramelized daging semua bahagian, dalam 5 minit gitu, pastu bubuh daging ketepi.
2. jangan buang minyak yang guna utk daging tadi, masukkan semua sayur2 dan bawang putih, gaul dalam 5 min sampai bertukar warna
3. masukkan tepung jagung, gaul rata
4. masukkan semua bahan lain -- kemudian biar reneh untuk 2.5jam.. mama bagi 2 jam udah.. lapar weh tunggu lama.. api jangan besar.. kalau nak gaul bg rata, biar lepas 1jam.. gaul sekejap ja sebab takut sayur hancur.. sebelum hidang, keluarkan bay leaves..

baki beef stew ni boleh buat jadi shepherd pie..

beef stew with mashed potato -- perfect for winter!


2. Kari kambing guna oven

bahan2 -- isi kambing.. nak kiub pun boleh juga, nak hiris kasar2 pun boleh.. dalam 200-250gm
kentang 2 biji dadu besar
2 biji tomato didadu halus.. kalau nak pakai chopped tomato dlm tin pun boleh tp mama tak mau sbb masam nnt kari ni jadinya
2 sudu makan rempah kari
bawang merah, putih halia kisar halus
kayu manis, cengkih, lawang dan pelaga
daun kari
sikit santan dalam 4-5 sudu makan. taknak santan pun xpe
air dalam 2 cawan

cara2 -- panaskan oven 200degrees celcius
mula2 tumis bahan kisar dgn 4 sekawan dgn daun kari biar naik bau, masukkan pes kari biar sampai pecah minyak, masukkan daging kambing
pastu masukkan tomato, santan dan air, biar sebati, pastu masukkan dalam caserole dan masukkan dalam oven bakar untuk 1.5jam ke 2 jam.. kak TTM kata kalau lagi lama lagi mengancam.. mak tak koser nunggu ye deknon.. lapaaqqqq..

hehe.. try la ek..


regu terbaik untuk weekend haha
 
XOXO

2 ulasan:

umimiqdad berkata...

ehmmmm..sedapnya

mast@work berkata...

umimiqdad,

sedap, sila la cuba :)