Khamis, 11 Oktober 2012

Di suatu malam -- siapa beranak siapa?

Perbualan rojak bersama aiman di atas tilam sebelum tidur

Aiman : mama umareta aiman -- (mama teka maksud aiman, mama beranakkan aiman)

Mama : ye, mama beranakkan aiman..

Aiman : aiman koko kara umareta (aiman kuar dr sini) - tunjuk punggung dia

Mama : mana aiman tahu ni? Dare oshieta? (Sapa bgtau?) -- tp aiman x jwb

Aiman : (explain laju gila nak taip balik pun pyh) perut mama jd besar, aiman dlm perut mama lepastu mama beranakkan aiman kan?

Mama : ye, betul..

Aiman : mama beranakkan aiman, papa beranakkan aidan

Mama & papa : *tahan gelak!

Mama : tak, mama beranakkan aiman, mama beranakkan aidan

Aiman : (as usual) eeeehhhhh????

Mama : ye la, josei (org perempuan) je yg boleh beranak.. Otoko (lelaki) tak boleh.. Nenek beranakkan papa

Aiman : eeehhhhh (masa ni dlm bhs jepun dia merepek macam tak caya) tapi papa besar camne nenek beranak papa (sbb nenek saiz kecik dr papa)

Mama & papa : *taaahhhaaann napassss gelaaakkk

Mama : ye la, papa dulu pun akachan (baby).. Chisai (kecik) macam aiman dgn aidan

Aiman : eeeeehhhh???? (Masa ni mcm tak boleh terima hakikat ok! Hahahhaa)

Adoiiii malam tu baru sedar yg aiman dah besar.. Dari cikgu la kut explain yg mama beranakkan dia.. Mujurrrrr dia belum tanya dari mana baby tu tiba2 ada -- aaaaa kena prepare jwpn ni dr sekarang

4 ulasan:

Rai Ourkizuna berkata...

ahaha..tak menahan..

tengah pregnant ni banyak jugak la bebudak tu menyoal macam mana baby keluar bagai.. paling tak tahan bila aqil suruh saya minum susu anmum nak bagi baby keluar..sbb tengok iklan kat tv..hahaha..

m.u.l.a.n berkata...

yezzaa... siap2 la prepare jawapan... besar dah aiman..

mast@work berkata...

rai,

ahahaha.. camne la kalu mas pregnant balik ni.. mesti lagi banyak soalan..

haha.. pengaruh iklan ek, susu anmum boleh buat baby keluar

mast@work berkata...

mulan,

tu la.. kena buka buku 555 soalan jawapan aiman haha