Rabu, 28 September 2011

Aidan singing

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


Aidan loves this song.. mula2 masa dia nyanyi memang mama tangkap lagu twinkle2.. dan mama memang yakin dia nyanyi dalam jepun.. somehow bila pak lang dia carikan kat youtube jumpa, ya ampun.. sebijik2 dia sebut nyanyi lagu ni.. hehe



original version..

COMEL SANGAAAAATTTT



dia nyanyi lagu ni sambil pusing keliling rumah nenek ok..

Isnin, 19 September 2011

hoyeh!

alhamdulillah, weekend was fab! tak sempat lg nak upload gambar.. will do that later..

skrg ni otw ke penang.. nk ke usm sat lg.. tok ayah n aidan ada sekali ni.. nmpk gaya aidan akan ditinggalkan kat tokcik juga atas saranan tok ayah.. harap aidan behave sbb mama betul byk kerja nak disiapkan in this week..

semalam mama really had fun.. lama sgt dh tak jumpa geng mama di JB! wehoo!!

harini zass mod kerja balik.. hutang by next week kena settle.. ya Allah mohon permudahkan..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Khamis, 15 September 2011

Nak balik dah

Alhamdulillah, kami baru je check-in.. Lg sejam flight.. Insyaallah malam karang mama n aidan akan tiba di mesia tanah air tercinta.. Haha..

Semoga selamat perjalanan kami.. Amin..








- Ipong yang berjasa untuk entri ini

Rabu, 14 September 2011

Esok!

Esok d-day.. Masih belum kemas beg, belum beli tiket train utk esok, belum siap masak utk tinggal pd papa.. Huhuhu..

Dahle pagi ni juga nak kena jumpa sensei.. Ya ampun.. Kelam kabut.. Esok flight pkl 10am.. Nak kuar dr rumah pukul 6am. Tu pun satu cerita.. Camne la aiman nnt, camne la aidan esok.. Behave ke? Can i handle him alone and board flight? Camne kat HK tu nanti? (transit) -- ni la nama dia manja sangat.. Selalu ada papa meneman.. Skrg apa macam? Kena buat sendiri..

Ok, rasa lebih gelabah dari biasa.. Haha.. Kang ada yg tak tido malam ni.. 10jam perjalanan esok will be a challenge for me.. Ya Allah.. Minta dipermudahkan.. Jangan pulak nnt ada yg nangis kat tepi airport.. Miahahahaha

Ok, till then, mak nak kena buat banyak kerja harini (supermom mode ON!!)


- Ipong yang berjasa untuk entri ini

Isnin, 12 September 2011

Lagi 2 hari

* السلام عليکم *



 こんにちは q(^_~)p


ffuuuhhh moga selamat perjalanan kami.. mama akan balik berdua dgn Aidan.. papa tinggal dengan Aiman.. have to.. ongkos tak cukup plus balik memang untuk buat kerja..

takleh merepek banyak2.. sbb banyak benda tak siap lagi.. nanti bila free merepek lagi..

toodles

nak nyanyi lagu ni

Jumaat, 9 September 2011

30 Days Song Challenge - Day 14

* السلام عليکم * 




 こんにちは q(^_~)p




Day 14 - a song from a band you hate




mama geli tengok penyanyi dia.. tapi lagu ni mama suka.. poyo! hakhak






Khamis, 8 September 2011

intimate yet warm birthday party

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

DSC_0105
mak dia ketap gigi dah geram.. hahahaha


Semalam selamat dah makan kek untuk birthday Aiman.. kami nyanyi lagu birthday siap ada nenek dgn mak lang lagi nyanyi dari mesia (thru skype) haha.. tok ayah n wancu nyanyi lepas buka hadiah..

we had fun! alhamdulillah..

mama buatkan chocolate cupcake with cream cheese frosting.. goreng fries dan mac n cheese.. makanan untuk party.. tapi party nya 4 beranak aje.. hehe.. jadi la aiman.. nanti balik mesia kita buat birthday party lain ek.. tapi bukan tahun ni le ye.. hahaha

DSC_0030
simple cake

DSC_0066
adik kena sugar rush.. hahahhaa

DSC_0053
nom nom nom

DSC_0091
bukak birthday present

DSC_0112
henshin!

aiman happy sangat dapat belt kamen rider OOO tu.. jenuh mencari ok.. kat kyoto takde.. kat osaka tu main tawakal aje cari.. banyak stok habis kena tunggu november.. ada juga rezeki aiman.. tinggal satu aje kat kedai.. collector's item memang payah nak jumpa..

nak tengok camne function belt tu?

sini


ada org bubuh harga benda alah ni kat ebay.. huhu.. kami beli murah la kat sini (sebab 2nd hand item) -- brand new? mampuiiihhh.. aiman, jaga baik2 belt ni ok (pesanan dari pihak penaja.. hahahhaa)

Rabu, 7 September 2011

big 4!

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


Harini Aiman 4 tahun!!! Alhamdulillah.. aiman dah besar.. rasa kejap sangat 4 tahun tu berlalu.. masih rasa lagi saat2 tengok mata dia tenung mama masa lepas bersalin.. T_T

kami dah plan surprise untuk big boy aiman.. nanti tunggu esok mama upload.. teringin nak tengok air muka dia camne.. hehe..

to Aiman,

Aiman birthday
Big Boy!

Mama, Papa n Aidan doakan Aiman sentiasa sihat, panjang umur, murah rezeki dan jadi anak yang soleh.. mama nak aiman tahu yang kami dan ramai lagi family n kawan2 aiman sayang pada aiman.. kami nak aiman tahu yang kami harap dan doa aiman jadi anak yang baik..

we <3 you so much.. muah!


Isnin, 5 September 2011

new day!

* السلام عليکم *



 こんにちは q(^_~)p


Hari Isnin, minggu baru, semangat baru.. jom kerja rajin2..


dulu2 nyanyi lagu ni -- ase leher leha leher leha terkehel.. HAHAHAHA..

sapa ingat step nari lagu ni tanpa perlu tengok VC ni angkat kibod!

kena start mood baru lepas 4 hari hujan, bad menstrual pain n lazing around

Jumaat, 2 September 2011

raya kami

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

selamat hari raya.. mama dah masuk lab balik dari raya kedua lagi.. tapi sebab mood kelaut nak menghadap blog maka malas la nak update cerita raya..

alhamdulillah, kami selamat beraya di sini untuk kali kedua.. tak ada nangis2 dan drama swasta yang terjadi..

petang sebelum raya mama dah siap preparation.. buat kek lapis asam (lupa betul amik gambar kek tu), rendang ayam, rebus ketupat n lemang segera.. tq papa sebab tolong mama malam tu..

pagi2 raya bangun pukul 5 pagi.. aiman n aidan pun bangun kemain punya awal.. nak tolong mama buat kuah lodeh.. ehehe... makan lontong kami pagi raya.. kuah kacang pun ada instant so senang sangat2

Picture
menu pagi raya


lepas jamah menu pagi raya kami pi la dewan tempat ada solat aidilfitri.. sebab takut lambat maka kami naik teksi.. sekali sampai, eh awal rupanya.. hahahah.. so pose la dulu kami anak beranak.. baju melayu aiman dengan aidan sampai kyoto malam raya pertama.. pukul 8pm.. haha.. punya la tergelak.. dah le masa tu tengah skype dgn nenek.. pakaikan budak2 tu baju melayu kasi nenek tengok.. haha.. jadi budak2 pagi raya tu macam hip-hop pun ada gak.. haha

gambar dari fb aje.. gambar ori kat rumah.. hehe


lepas solat raya (mama tak solat pun.. menjaga budak kecik dua orang berlari kesana sini), kami balik rumah.. skype dengan tok ayah, aiman tidur kejap pastu baru kami pi gather dengan kawan2 kyoto..



makan sampai kenyang, aidan letih sangat2, kami pun balik rumah.. mama dengan papa pun fengsan sampai pukul 6.. elok pas maghrib kami makan, dapat tetamu kami.. haha.. Dr Prem sampai.. datang makan kuih raya sambil borak2..

camtu je le raya kami pun.. raya kedua dah masuk lab.. sampai la harini.. semalam kak yang n family dengan amir datang beraya.. mama masak mee udang aje.. kak yang pulak bawa pulut mangga.. huiyoo.. puas makan sambil borak2.. lepas ni kak yang nak balik dah.. sob sob.. sedih.. ada rezeki jumpa di mesia la lepas ni..

esok kami tak ada plan lagi.. sebab typhoon no 12 mula harini.. kalau teruk memang berkurung aje le dalam rumah.. ahad ada jemputan rumah kak su n mother's kindy aidan yang lama ajak gather.. tgk la kalu cuaca ok.. kalau idak maka memerap di rumah aje le sambil study n layan budak2.. jangan cranky udah le budak2 tu terperap dalam rumah..

petang ni ada seminar.. huhu.. tak ada mood langsung.. kang ada yang tertidur kang.. hehehe


Salam Aidilfitri buat semua

*ENTRY MELEKAT SAMPAI MINGGU DEPAN - entry baru kat bawah ye*

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

Mama mewakili papa, Aiman dan Aidan nak ucapkan Salam Aidilfitri, Selamat Hari Raya untuk semua ahli keluarga dan kawan2 yang kenal dengan kami.. nanti masa raya ingat2 la kami di perantauan ni ye..


Kad raya dari kami sekeluarga


dan lagu raya dari orang jauh




okey, mari nangis berjemaah.. hehehehe..