Khamis, 25 Jun 2009

tanggungjawab seorang anak

tidak mungkin yang patah akan tumbuh kembali, tidak mungkin yang pergi akan kembali. Al-fatihah untuk arwah emak

  1. menghormati kedua ibu bapanya tidak kiralah bagaimanapun rupa perangai kedua ibubapanya selagimana keduanya tidak mengingkari perintah Allah.
  2. tidak melawan kata-katanya walaupun ianya menyakiti hati seorang anak, kerana besar dosanya mengingkari kata keduanya. hatta 'ah' sekalipun sudahkan berdosa, inikan pula kata-kata lain yang menyakiti hati mereka.
  3. merendahkan bahasa dan tingkah laku ketika berhadapan dengan keduanya. Allah menyukai bahasa indah dan murka akan bahasa kesat dan pedih.
  4. neraka adalah tempat terbaik untuk anak yang derhaka. tempat yang wajar untuk anak yang telah memperkecilkan hati kedua ibubapanya. Allah tak kisah pun kalau anak kecil hati terhadap ibubapanya, tapi Allah MURKA pada anak yang menyebabkan kedua ibubapanya berkecil hati.
  5. ibu bapa telah membesarkan anak-anaknya semampu yang boleh dilakukan mereka. mereka tidak sedikitpun meminta2 bahkan mendamba harta anak mereka, kerana tanggungjawab yang diamanahkan Allah bukan sekadar dinilai di dunia, malah di akhirat kelak.
  6. jangan sampai kita kehilangan mereka, barulah timbul kesal dan sesal. masa itu, buat apa pun tak berguna. tangislah airmata darah sekalipun tidak akan memulangkan mereka kepada kita.
  7. jangan tanya apa yang telah mereka lakukan, tapi tanyalah apa yang telah kita pulangkan kepada mereka.. madu dan racunnya ada di tangan kita. jika kita anak yang baik, pastinya madu yang ingin kita pulangkan. sebab doa dari mereka yang kita dambakan. doa dari mereka yang menentukan kebahagiaan kita di muka bumi ini. tanpa restu mereka, tidak bahagialah hidup seorang anak adam. balasan yang setimpal hanyalah untuk tindakan setimpal yang telah dilakukan. tidak lebih dan tidak kurang. what goes around comes around, Allah Maha Kaya. Harini mungkin kita telah mengecilkan hati ibu bapa kita, suatu hari nanti ingatlah, dikala anak kita melakukan perkara yang sama kepada kita, jangan sampai masa itu kita tidak mampu berbuat apa2dah melainkan redha sahaja.
reminder to myself - aku di sini bukan kerana diriku sendiri, tapi kerana titik peluh kedua orang tuaku membesarkanku, mendidikku, menjadikan aku sepertimana aku harini. jika buruk diriku, maka serupalah sepertiku telah menconteng arang dimuka kedua orang tuaku. jika hari ini aku bertindak buruk, maka tidak harus kusesali jika kemudian hari anakku jua berbuat demikian kepadaku.

Abah, maafkan kak yong.

Tiada ulasan: