Selasa, 12 Mei 2009

before turning 30

saya tidak tua yek.. saya cuma makin comel.. kuang kuang kuang


semalam tengok oprah, cerita pasal umur.. ada apa pada umur.. ukuran bagaimana yang perlu kita lakukan bagi setiap langkauan umur gandaan 10? bagi mama, 2 tahun lagi mama akan genap 30 (ye nana, sila gelakkan saya hampir tua) turning BIG 3 0 is quite a scary thing for me.. sebabnya, mama selalu terfikir-fikir, apa yang telah mama capai menjelang umur tu, apa yang bakal mama usahakan untuk 10 tahun akan datang.. dari segi kerjaya, keluarga mahupun diri sendiri.. ye la, kita hidup zaman yang bergerak pantas, bukan macam zaman emak-emak kita dahulu, leisure memanjang.. seriously, I should at least set a minimum standard for me to achieve before I reach 30..





bulan ni dah bulan 5.. dah hampir pertengahan 2009.. campur tolak, mama tinggal 2 1/2 tahun lagi menjelang umur 30 itu.. huhuhu.. kalau dikira, tahun ini punya azam pun lambat benar nak geraknya.. alahai.. sedih aa.. patut sampai bulan 5 kira-kira lebih kurang hampir 50% objektif tahun ini tercapai.. mungkin ada juga yang pelik, kenapa mama set macam tu.. ye, hidup ini terlalu singkat untuk kita duduk sahaja sambil lihat-lihat sekeliling.. mama bukan high flyer.. itu mama tahu, dari zaman sekolah hingga zaman masuk universiti, mama tergolong dalam golongan minda biasa-biasaan sahaja.. mana tidaknya.. selalu sangat dikelilingi kawan-kawan bijak pandai.. sehinggakan mama jadi 'low self-esteem' betul, tak percaya tanya nana.. kan nana kan??





kalau melihat transformasi mama.. dari umur 10 tahun ke umur 20 tahun.. ooOOoo.. jurang dia besar ooOOoo.. dari budak hingusan (ye, saya sentiasa berhingus zaman sekolah - sila jangan gelakkan) bercermin mata besar sehinggalah cermin mata tidak berbingkai (ahaks) banyak transformasi telah berlaku.. arwah emak banyak didik mama supaya jadi survivor.. mama bersyukur sangat-sangat sebab dilahirkan oleh seorang wanita bernama Hamilaton Saadiah (al-fatihah) emak ajar mama supaya jadi tough - tapi nangis tak lekang juga.. manja masih manja.. cuma diasuh supaya sentiasa tabah.. makanya, menjelang umur 30 ini, mama makin menjadi tabah.. asuhan untuk melihat semua perkara dari sudut positif juga dipupuk dari kecil.. makanya, amat payah untuk melihat mama benci pada seseorang... kalau anda mengenali diri saya, saya jenis tidak berdendam.. buat la saya macammana sekalipun.. marah tetap ada.. tapi kejap aje.. lepas tu terus lupa.. ada baiknya dan ada buruknya.. ada ketikanya orang disekeliling mengambil kesempatan menanam benci pada diri mama.. jauhkanlah.. ngeri..





menjelang umur 30 ini juga, mama berdoa sangat-sangat moga rezeki mama bertambah-tambah.. moga-moga dihapuskan dari segala hutang-hutang (ye, hutang kredit kad, hutang ptptn dan seangkatan dengannya) hutang masih perlu.. cuma mama harap dapat kurangkan beban hutang menjelang umur 30 ini..





mama tidak mahu pencen awal.. mama tidak ada plan seperti sesetengah orang yang mungkin fikir, nak pencen awal, nak goyang kaki nikmati hidup.. insyaAllah, mama nak sentiasa berkhidmat.. bantu anak bangsa.. dan mama berharap mama akan menjadi padi.. semakin hari semakin berisi, semakin hari semakin tunduk.. tidak sombong pada siapa-siapa dan sentiasa rendah diri..





mama juga berazam, sebelum umur 30 mama mahu ada aset sendiri.. mama kepingin punya tanah sendiri.. punya kebun buah-buahan untuk dinikmati bersama keluarga.. mama harap mama dapat capai azam ni sebelum umur tu.. sebabnya, kalau nak tanam pokok durian, kurang-kurang mahu 10 tahun berbuah elok.. ahahha..





mama juga berazam untuk menyiapkan PhD pada awal umur 30.. jangkaan mama, sebelum umur 33 mama akan bergraduasi.. insyaAllah.. mama azam pulang ke Malaysia dan berbakti pada negara.. majukan bidang yang mama sayangi.. amin..





dan paling-paling utama yang mama azam adalah untuk melihat anak-anak mama menjadi anak-anak soleh.. yang disayangi Allah dan disayangi semua.. aiman mungkin baru berusia 4 tahun menjelang umur mama 30.. tapi mama harap aiman akan menjadi anak yang baik dan bijak..





semoga Allah makbulkan permohonan mama ni.. amin...

Tiada ulasan: