Selasa, 7 April 2009

upgrade bukan baru

membawa dari komen mama dalam blog kak non, buat mama terpanggil nak discuss hal ni.. mama pernah bagitau papa dan beberapa kawan rapat.. manusia ni tak berubah sebenarnya.. dia cuma upgrade aje.. sama ada jadi lebih baik, atau jadi lebih teruk.. bergantung.. tak percaya? cuba la lihat disekeliling.. cuba perhatikan orang- orang disekeliling kita.. terutamanya orang-orang atau kawan-kawan yang dah lama kita tak jumpa..


kadang- kadang, kita selalu kata.. ish, dia tu dah berubahlah.. oppss, cuba berhenti sejenak, lihat kembali.. dia tak berubah sebenarnya, cuma upgrade dari satu version ke satu version lain.. contoh: mungkin selama ini kita melihat si anu ini terlampau kebudak-budakkan gayanya.. tiba-tiba sekarang dia menjadi seorang yang serius, tegas dan mungkin jua menakutkan.. kita fikir, ish, dia ni dah lain la.. oppsss.. mungkin juga anda tersilap menilai.. sebenarnya, dia masih lagi kebudak-budakkan.. tapi mungkin kerana ego mahupun mahu menjaga air mukanya, dia terpaksa berubah menjadi seorang yang berbeza.. tak kisahlah, kalaupun dia menjadi lebih baik, bukankah itu akan memberi kesenangan buat semua?


dalam diri kita ini sedar atau tidak, masih ada nilai-nilai dari kecil yang telah dipupuk dari kecil lagi.. kadangkala kita terlupa yang orang disekeliling menilai diri kita.. membuatkan kita menjadi marah dengan komen-komen yang kadangkala pedih, tapi menyentuh diri kita dari angle yang sebenarnya.. mama selalu perasan pada kawan-kawan mama.. mama bukan nak cerita jahat, tapi sebenarnya nak reveal yang mungkin suatu ketika dahulu kita hanya kawan ketika belajar, seronok-seronok tanpa mempedulikan sekeliling, dan tiba- tiba kita berubah atas kapasiti sebagai seorang penting dalam kerjaya, percayalah, masih akan ada rakan anda mahupun keluarga yang masih nampak nilai- nilai zaman remaja anda itu.. dan mungkin atas sebab itu anda masih disayangi dan diingati..


ingin mencari cermin terbaik diri?? nak lihat bagaimana orang melihat anda?? tanya pada musuh anda sendiri.. dia akan memberi komen yang pedih mengenai anda.. jangan melenting.. cuba berhenti sejenak untuk berfikir.. mungkin dia melihat anda dari kacamata beliau.. dan mungkin secara tidak sengaja, anda telah bertindak tidak sesuai pada keadaan itu..


dan mungkin juga anda boleh mendapat cerminan diri anda dari orang yang baru sahaja anda kenali.. sama ada dia suka anda atau tidak, lihat saja pada reaksinya.. 

fikir-fikirkan dan selamat beramal..


saya masih tertanya-tanya, bagaimana untuk berhubung semula dengan seorang wanita yang saya kenali semasa ke kelas IELTS.. adik beliau pernah menjadi pelajar saya.. dan hari ini saya mendapat hadiah murtabak frozen dari beliau.. aduhai, tersentuh benar hati saya.. kerana beliau masih mengingati saya.. sedang saya amat buruk dalam mengingati orang lain.. ampuni saya.. maafkan saya.. mungkin jua saya telah memberi sedikit impak yang membuatkan beliau teringatkan saya.. harapnya yang baik belaka.. (^_^)

Tiada ulasan: