Khamis, 2 April 2009

menyakiti hati

dalam beberapa hari kebelakangan ni, ada beberapa insiden yang buat mama terfikir2.. kenapa kadangkala ada orang menyakiti hati orang lain.. bukan mama nak mengata siapa2, tapi benda ni pengajaran buat diri mama sendiri dan juga untuk semua..

bila bercerita bab ini, pertama-tama sekali, kita mesti melihat diri kita.. sama ada kita berada di pihak yang menyakiti, disakiti mahupun kita melihat perbuatan menyakiti hati itu.. alkisah mama sekarang berada di bahagian melihat perbuatan menyakiti hati..

maaf la kalau ada yang rasa tersinggung.. tapi mama rasa terpanggil untuk cerita sikit pasal beberapa perkara yang mama lihat.

ada seorang rakan mama menghantar email mengenai pemergian beliau dari satu syarikat.. alkisah, beliau mengkhabarkan pemergian beliau dan penamatan penggunaan alamat email beliau mulai dari tarikh beliau meninggalkan syarikat tersebut. mama tak menyalahkan beliau bilamana beliau menyatakan keluh kesah berada di syarikat tersebut.. tapi pada pendapat mama, usahlah buka pekung syarikat tersebut.. melainkan syarikat tersebut telah menyakiti pekerjanya (secara teruk sampai tak boleh dapat apa2 sekalipun) rasanya, tidak perlulah beliau menempel nama syarikat tersebut serta sekutunya dalam emel terbabit.. mungkin niat beliau baik untuk elakkan kawan2 kena perkara yang sama. tapi tidak terfikirkah beliau yang masih ada lagi kawan2 beliau dalam pejabat itu? berkemungkinan ada pula di kalangan kawan2 yang menerima email tersebut mengenali tuan punya syarikat tersebut (mana tahu kan??) beliau perlu ingat, syarikat tersebut pernah memberi gaji kepada beliau (walaupun sikit) dan syarikat tersebut sudi mengambil beliau bekerja..

pengalaman di situ sepatutnya dihargai kerana kadangkala yang pahit itu yang akan kita kenang lebih lama.. mama bukan berniat memperkecilkan beliau.. mama pernah juga berkhidmat dalam syarikat yang agak cekik darah.. gaji pun kecil aje.. tapi sehingga hari ini, mama masih ingat pengalaman yang mama lalui di situ.. sedar atau tidak, syarikat tersebut telah mengajar mama kaedah survival dalam dunia pekerjaan. sementelah mama masih muda ketika itu (sekarang pun muda tau!) dan mama masih mentah.. mama bersyukur walaupun kadangkala ditindas, sekurang- kurangnya mama masih punya pekerjaan.

Alhamdulillah, sehingga kini, bila mama masuk ke tempat kerja sekarang, mama masih mengamalkan sedikit sebanyak cara kerja yang baik yang datang dari pengalaman bekerja di tempat kerja lalu.. mama fikir, ini adalah titik permulaan.. buat mama dan semua sahabat2.. mohon kita mengurangi menyakiti tempat kerja kita.. memang benar, kadangkala memang sakit hati dibuatnya.. tapi kita kena bersyukur, sebab kita masih punya kerja.. ada rakan2 diluar sana yang tidak punya kerja mahupun yang bekerja dibawah dari standard sebenar mereka..

kisah kedua mama terjumpa masa blog hop kelmarin.. alkisah, ada la seorang ni meluahkan rasa tidak puas hati beliau kerana dikomen dengan cara yang kurang berhemah.. mama dah lama juga baca blog dia ni.. memang mama kagum, citarasa besar dan mewah, berkemampuan, bekerjaya dan macam- macam lagi laa.. mama akui, memang mama ketinggalan la dalam apa jua yang beliau khabarkan dalam blog tu.. dari segi trend mahupun kewangan..

yang membuatkan mama sendiri tertanya, tidakkah beliau terfikir, bilamana beliau buat segala posting yang sedikit sebanyak menunjukkan segala kemegahan yang beliau ada, bukankah itu sendiri akan menarik minat untuk orang mengkritik beliau? tidak sedarkah beliau yang bila kita meludah ke langit, ia akan jatuh bertepek ke muka kita jua? huhuhu..

mama kesian sebenarnya dekat blogger tersebut.. bukan kesian sebab dia dihentam teruk sekali.. tapi sebab ke'vulgar'an dia sendiri maka dia terpaksa terima hakikat bahawa dunia ini bukan semua orang suka kita, akan ada orang yang benci kita.. tapi tidak perlu kita menghentam orang itu kembali.. membuka keaiban orang lebih buruk.. sekurang- kurangnya jika kita bersabar dan 'ignore' adalah lagi baik.. sebab bila kita membalas balik, terutamanya dalam maya ni, mesti ada orang yang akan tersentak.. 'eh, tak sangka dia tu macam tu ye?' huhuhu

bagaimana sekalipun, ini cuma pandangan mama.. kalau ada yang termakan cili, harap jangan la terasa... bubuh aje liquid paper (ye tak sya?? hehehe)

Tiada ulasan: