Khamis, 9 April 2009

private atau tidak

saya dalam proses considering untuk mem'private'kan blog ini.. kerana, saya tidak boleh tahan dengan kutukan orang lain.. mungkin mereka rasa gembira kerana akhirnya saya mengalah, tapi saya tidak sanggup dicaci di belakang.. pedih rasanya.. lagipula bila yang mengutuk adalah kawan sendiri..
mana mungkin saya boleh tahan bila dikatakan tidak mempunyai kerja lain kerana punya masa untuk ber'blog' (tak tahu ke nak taip ni 10 minit aje siap?) saya tahu sedang mulut tempayan pun kita tak boleh tutup.. inikan pula mulut orang..
bukan itu sahaja, apa yang saya buat dan pamerkan dalam blog ini dikutuk dan diumpat.. menjadikan saya sebagai bahan bualan memenuhi masa mereka.. agaknya seronok betul kalau dapat mengutuk orang lain ye.. hmm..
berat hati saya.. saya sayang kawan-kawan maya & sebenar yang banyak berkongsi pendapat dengan saya.. saya ingat dengan ber'blog' saya akan gembira.. sebab sharing is caring.. nampak gaya ibu mengandung ni tak boleh tahan dikutuk.. saya masih manusia kerdil.. sedih hati saya..
dengan itu, saya umumkan saya akan mem'private'kan blog ini mulai minggu hadapan.. kepada yang mahukan access, sila email saya di masturaazmi[at]gmail[dot]com
esok, saya akan berkursus di Feringghi.. sampai Isnin.. so, see you guys then.. toodles

Tiada ulasan: