Isnin, 17 November 2008

tempat kerja saya (my workstation)

Sebenarnya, mama tak kena tag pun, tapi sesaja je tergedik2 nak buat tag ni sebab dah tengok workstation ms lola.. hehe..

Introducing, my workstation aka room (mama dok dalam bilik sorang2.. huhu.. tu pasal blogging utk lihat dunia luar.. alasaaannn)

Gambar 1 – keadaan semulajadi bilik
Bila masuk je bilik mama, gini la keadaannya.. kemas tak kemas, selerak tak selerak.. gitu2 la hendaknya.. kalau dibandingkan bilik papa, kiranya bilik mama lebih mesra alam.. sebab ada pokok2, ikan2.. hahaha.. ye la.. kalau idak, sunyi la mama.. nak pot pet dengan sapa lagi kalau bukan ikan2 ni.. my babies.. hehehe

Gambar 2 – lambakan buku- buku
Udah namanya puan pensyarah, buku mestilah banyak.. tak kira sama ada baca atau tak, itu belakang kira.. ooopppsss.. buku mama tu semua dah dibaca ye, kecuali buku ‘karya nan indah’.. tak sompek laie.. rak buku yang diberi sikit n kecik.. buku2 kerja ada lagi kat rumah.. dah tak muat kat sini.. almari lagi satu ada soalan2 bocor (soalan lama2) dan fail2 berkaitan kerja..

Gambar 3 – akuarium..
Untuk tidak membosankan mama, akuarium ikan ni dibeli.. ikan dah berganti beberapa kali (memandangkan mama idak pergi kursus perikanan.. ihik)

Gambar 4 – Sudut lain bilik ini
Ha, Nampak tak ada 2 lagi almari di hujung sana?? Haa.. itu la almari fail2 bagai dan printer kedua yang seharusnya di ‘let go’ sahaja.. huhuhu.. kerusi ada 3 extra utk student datang beramah tamah dan menyesakkan lagi minda mama.. akakaka.. mama sayang la student mama.. jangan salah faham ye…

Gambar 5 – meja kesayangan mama
Ini adalah meja yang mama habiskan waktu bersama- sama 5-6 hari seminggu lebih 8 jam sehari.. menatap computer ini la yang mama buat hari2.. atas meja kom ni serabut sebab macam2 tok nenek ada di situ.. e.g – losyen tangan l’occitane (bau sedap.. fleurs de cerisier cherry blossom), vitamin seven seas, stopwatch (utk practice speed reading n ielts aritu – pinjam lab punya), sajak dari student, my latest addiction E71, calculator utk kira markah dan hutang.. haha, pencil case ceria, kotak clarks yang mengandungi projek mama yang tergendala kejap pasal meeting tak berkesudahan, skrin dsb.. huhuhu

last but not least, mama nak tag
1. Kak aishah
2. Nana
3. Aweng
4. Nisa
5. Kak Ayu

hehe.. saje suke je tag orang.. macam tak ade kerja gitu.. huhuhuhu

Tiada ulasan: