Jumaat, 7 November 2008

Aiman dah 14 bulan dan persiapan nak exam esok

teman mama shopping kat Billion nih..


Alhamdulillah, harini genap aiman 14 bulan.. kejap je anak mama dah besar.. mama nak update sikit pasal aiman:
  1. Aiman dah boleh berlari- lari keliling rumah.. jenuh mama dan papa kejar.. aktif.. selagi tak tidur, ade je kerja dia..
  2. Aiman dah pandai jalan- jalan kat kedai n shopping complex.. bila dah lepas, mula la x mau kena pegang.. jalan ikut suka hati je.. eee.. geram mama
  3. Aiman dah pandai Give Five dan Salam.. alhamdulillah
  4. Mulut tak reti diam.. ade aje perkataan nak sebut.. cakap jerman lak tu.. mana mama nak faham..
  5. Aiman tak mahu makan benda yang mama suap.. huhu.. jadi kurang makan nasi la.. nak makan benda yang boleh dipegang je.. contoh; sosej, telur rebus/goreng/scramble, carrot, baby corn, biskut tiger (big fav), buah potong, roti dsb..
  6. Pandai manja- manja dengan mama.. cukup jeles kalau papa dekat2 dengan mama.. nanti dia sibuk la nak panjat2..
  7. Payah dah nak tidur malam.. bila betul2 mengantuk baru nak tidur.. aiyo..

Mama harap Aiman akan membesar jadi anak yang soleh.. semua orang sayang..

***************************************************

Esok mama exam.. IELTS.. huhu.. harap2 dapat keputusan yang baik la.. ye la.. sekali exam dah RM530.. kalau dua kali kena amik?? adoi.. jadi sekian, mama nak samb buat exercises..

tata

Tiada ulasan: