Isnin, 29 Jun 2009

student tua dan student muda

azab harini habis dah.. alhamdulillah.. first time bagi talk untuk student2 'matang' ni.. masa bagi tutor untuk student OUM haritu tak le berdebar macam harini.. since ada kawan-kawan yang membantu dari belakang, rasa nervous tu memang berkurangan dengan drastik sekali.. hehe..

apa bezanya antara student muda dan student 'matang'? hehe.. lebih kurang sama aje.. bilangan yang tidur dalam kelas masih seimbang.. ye la, mama bagi talk ilmiah, bukannye motivational talk.. mana boleh nak elak dengan kebosanan.. gambar terang benderang pun depa boleh tidur punya.. hehehe.. in terms of communication in classroom, student 'matang' lebih banyak menyatakan pendapat.. bergetar juga lutut mula2 masa depa dok tanya2.. tapi nasib baik la soalan ditanya agak kacang.. jadi tak le risau sangat.. student muda banyak berdiam.. tak pasti sama ada takut nak bertanya atau malu dikelaskan sebagai bo.doh.. kadangkala, soalan yang remeh, boleh membantu minda berfikir dengan lebih luas lagi.. mana ada soalan bo.doh sebenarnya, cuma soalan ringkas atau complicated ade la.. 

kelajuan mama bercakap dalam kelas tadi agak laju juga.. hehehe.. 48 slides dalam sejam setengah.. ok la kut.. kang kalau slow sangat, mungkin bertambah ramai yang tidur.. hehehe.. lepas ni insyaAllah, mama akan lebih berkeyakinan untuk bercakap depan orang yang lebih berpengalaman.. bersyukur sangat dengan pengalaman harini.. sebab confidence level makin baik untuk bercakap dikhalayak.. mama masih ingat lagi my first ever lecture depan 1++ students.. wooo.. ketaq lutut wooo.. dalam lecture hall bukan tengok muka student, tapi dok tengok belakang.. hahahahha.. tapi lama2 alhamdulillah, sap sap sui aje.. chewwahhh.. kalau belum cuba kita tak mungkin tahu kekuatan kita.. dan di sini kekuatan mama.. mama build from scratch.. pelan2 kayuh.. dan hari ini membuktikan practice makes perfect.. dan mama akan sentiasa berusaha supaya satu hari nanti orang kenal mama sebab kebolehan menyampaikan ilmu dengan baik dan mampu meningkatkan pemahaman orang lain dalam subjek mama..

masalah yang utama sangat tadi mama tercungap2.. pregnancy buat mama tak ada stamina langsung!! masa pregnant aiman haritu lagi teruk.. mic siap bunyi degup jantung mama lagi.. dup dap dup dap.. imagine la whole class dengar jantung ibu ngandung... hahahaha.. horror seh!! mesti budak2 tu takut nak ngandung! kuang kuang kuang

so, what's your strength?? maybe now is the right time to ponder, eyh?

another week, more things to settle

minggu ni kami di Ipoh... esok sampai khamis kami (group geoteknik) kena bagi talk untuk staf JPS berkenaan soft soil.. mama punya lecture petang esok.. dan esok n lusa juga jadi fasilitator untuk bantu lecturer lain (including papa). we left aiman with nenek (sorry sayang.. duty calls). asalnya mama plan untuk ambil cuti hari jumaat depan untuk stay until sunday depan dengan family.. tapi hati kami berdua dah bengkak sebab itu bos tidak approve kami punya cuti!! huwaaa... 

sepanjang bulan ni dan bulan lepas, kami masih tidak bercuti (berehat bersama keluarga).. toksah kira la tang balik KL lawat student tu semua.. itu semua penat, tak ada rehat.. kami need a little rest.. next week dah start new semester, lagi la tak rehat.. huwaaaaa... sabar2, tanggungjawab ni.. 

dan masih banyak lagi kerja bertangguh yang perlu disiapkan.. rabu malam kami pulang KL, khamis balik parit buntar dan jumaat ada meeting yang kena attend (urgent meeting.. macam la tak ada orang lain boleh dtg.. eeee.. geram kejap)

nak tanya la, orang lain dah hantar baju raya ke? mama tak hantar lagi ni.. risau juga.. kut2 orang tak ambil dah.. huhuhu.. fanor, tq again baju tu.. cantik sgt2.. aku pakai lepas bersalin le.. sayang nak dibuat baju kembang.. hohoho

Jumaat, 26 Jun 2009

tengahari jumaat

harini dengan semangat berkobar2, lunch hour mama dipenuhkan dengan aktiviti belajar menjahit manik.. muhahahaha.. 

beria-ia betul.. adakah mungkin sempat baju rayaku tahun ini bermanik juga?? nantikan kerajinan mama akan datang..

ahakss..

yang ajar student post-grad kami.. bagus juga.. tau tips2 bagi cepat sikit menjahit..

murah lak tu.. RM30 untuk 2 jam.. barang semua ada.. siap ada lunch lagi.. 

Khamis, 25 Jun 2009

tanggungjawab seorang anak

tidak mungkin yang patah akan tumbuh kembali, tidak mungkin yang pergi akan kembali. Al-fatihah untuk arwah emak

  1. menghormati kedua ibu bapanya tidak kiralah bagaimanapun rupa perangai kedua ibubapanya selagimana keduanya tidak mengingkari perintah Allah.
  2. tidak melawan kata-katanya walaupun ianya menyakiti hati seorang anak, kerana besar dosanya mengingkari kata keduanya. hatta 'ah' sekalipun sudahkan berdosa, inikan pula kata-kata lain yang menyakiti hati mereka.
  3. merendahkan bahasa dan tingkah laku ketika berhadapan dengan keduanya. Allah menyukai bahasa indah dan murka akan bahasa kesat dan pedih.
  4. neraka adalah tempat terbaik untuk anak yang derhaka. tempat yang wajar untuk anak yang telah memperkecilkan hati kedua ibubapanya. Allah tak kisah pun kalau anak kecil hati terhadap ibubapanya, tapi Allah MURKA pada anak yang menyebabkan kedua ibubapanya berkecil hati.
  5. ibu bapa telah membesarkan anak-anaknya semampu yang boleh dilakukan mereka. mereka tidak sedikitpun meminta2 bahkan mendamba harta anak mereka, kerana tanggungjawab yang diamanahkan Allah bukan sekadar dinilai di dunia, malah di akhirat kelak.
  6. jangan sampai kita kehilangan mereka, barulah timbul kesal dan sesal. masa itu, buat apa pun tak berguna. tangislah airmata darah sekalipun tidak akan memulangkan mereka kepada kita.
  7. jangan tanya apa yang telah mereka lakukan, tapi tanyalah apa yang telah kita pulangkan kepada mereka.. madu dan racunnya ada di tangan kita. jika kita anak yang baik, pastinya madu yang ingin kita pulangkan. sebab doa dari mereka yang kita dambakan. doa dari mereka yang menentukan kebahagiaan kita di muka bumi ini. tanpa restu mereka, tidak bahagialah hidup seorang anak adam. balasan yang setimpal hanyalah untuk tindakan setimpal yang telah dilakukan. tidak lebih dan tidak kurang. what goes around comes around, Allah Maha Kaya. Harini mungkin kita telah mengecilkan hati ibu bapa kita, suatu hari nanti ingatlah, dikala anak kita melakukan perkara yang sama kepada kita, jangan sampai masa itu kita tidak mampu berbuat apa2dah melainkan redha sahaja.
reminder to myself - aku di sini bukan kerana diriku sendiri, tapi kerana titik peluh kedua orang tuaku membesarkanku, mendidikku, menjadikan aku sepertimana aku harini. jika buruk diriku, maka serupalah sepertiku telah menconteng arang dimuka kedua orang tuaku. jika hari ini aku bertindak buruk, maka tidak harus kusesali jika kemudian hari anakku jua berbuat demikian kepadaku.

Abah, maafkan kak yong.

Selasa, 23 Jun 2009

what we did last weekend

beberapa hari ni dok sibuk memanjang.. last week, mama sempat balik kl berseorangan (tinggal papa n aiman kat rumah) untuk ke dentist cabut braces belah bawah.. alhamdulillah, selesai.. tengahari jumaat tu sempat juga ke Ja.kel membeli baju raya (ye, puasa tak habis ganti baju raya udah beli.. hoho) dan habis kopak beg duitku di situ dan ari.ani.. aiyak! sempat la ada sesi beramah mesra mengumpat bersama fanor sebelum makcik tu balik kampung halamannya.. hahahahha.. dan sempat juga menjerat fanor membeli hadiah electric shaver untuk laki kami berdua sempena 'father's day' (aku biasa aa fanor, bab2 menghasut ni.. muhahahhaahaha)

patutnya hari sabtu baru mama balik ke parit buntar, sebab nak kena ambil retainer dari dentist sabtu petang, tapi jumaat malam tu juga kena balik sebab ayah makcik masuk wad kat balik pulau sebab high fever.. mama pun alang2 tumpang le kereta abah dan berjaya menghasut wancu (haha!) balik juga..

sabtu pagi appointment dengan tukang jahit langsir untuk ukur tingkap rumah.. rumah kami insyaAllah tak lama lagi boleh masuk dah.. weeewooo.. harap2 sebelum raya semua settle.. nanti raya rumah baru ni.. hehehehe

lepas je nyonya tu cabut, kami pun ke balik pulau.. hajat nak lawat orang sakit la kan.. siap makan lunch bagai (sila cuba restoran peladang kat balik pulau jika ada kesempatan) baru pi tengok tok kat hospital.. kesian tengok dia.. pucat.. nak tau pasal apa dia demam?? aaa.. sebab pekena durian la.. mama bajet ini mesti tak agak2 juga.. sebabnye, kalau korang ada kesempatan ke pekan balik pulau, macam pesta wooo.. kira kalau pakai perfume tu takde maknanya la.. memang satu pekan bau durian.. serius! tok pula siap ada lemah jantung bagai.. ditambah makan durian, ape laie.. memang kombinasi hebat lagi ulung le.. hehehhe

petang tu pula, kami ambil kesempatan (ALASAN!!) pi jengah2 tenguk durian.. abah mama siap ajak pi naik bukit jalan menghala ke batu maung lagi.. sebab katanya boleh pilih durian yang ada nama.. ye, durian di balik pulau, kalau gred A gitu mesti ada nama canggih2 punya.. belasah makan bagai tak hengat!! nasib lagi baik, aiman tidur aje dalam kereta, kami berempat (papa, mama, abah mama n wancu nana) turun ke kedai tepi jalan belasah makan aaa.. muhahahahahhha..

ape lagi, story banyak2 memang tak best aa, kena layan gambar sikit.. baru masyuk!

buah durian kat balik pulau, kalau yang jenis mahal2, dia akan ikat sebiji2 dengan tali, takut jatuh masuk ke tempat orang lain.. nampak tak tali rafia tu.. huhuhu.. rajin ooo, panjat pokok durian..

nana buat muka pelahap special untuk uda n enda kat johor yang tercinta.. muhahahahha

dan ditambah lagi pelahap ibu mengandung dan bapak budak!!
this picture doesn't do justice.. kuning dia.. huiyooo.. tak leh cakap.. lu orang kena pi tgk sendiri!! macam nak kaler oren pun ade..
siap ada nama lagi durian dia.. hehehehe
muka kekenyangan selepas melantak 7 biji durian.. huahahaha.. siap tapau balik lagi.. hehehe


makcik, tenkiu sebab belanja kami

ude n enda, ye, sila jadikan alasan untuk balik ke utara ye, masa raya nanti dah tak de.. muhahaha

lepas ni tak heran dah mama tengok durian tepi jalan.. sebab the ultimate durian sudah tercapai..

nak tau ke berapa harga durian kat situ??? sebiji dalam RM8 tu kira common aa.. macam 4 bintang wa cakap lu!!

memang entry kali ni nak kasi perhangat je..

Khamis, 18 Jun 2009

sape tak teringin weh!!


Silalah terliur dengan gambar dibawah ini ye.. MUHAHAHAHA (gelak jahat sambil pegang pinggang)







































memang lavish betul penangan duduk kampung ni weh! - kat pekan batu lima ni ada lebih kurang 4-5 kedai macam ni.. hohoho

ye, akhirnyaaaa.. dapat juga durian kampung.. haritu ada sekali beli durian siam punya la hampeh!! kali ni dapat durian jun.jung, kedah.. weeehooo.. kami tak beli yang longgok punya, beli yang sebiji 5 hengget.. sebab takut tak sedap.. yang ini semua sedap!! isi ada kuning, ada putih.. lembut.. nyum nyum!

malam tadi belasah depan tv.. ingat kut aiman teringin la nak rasa, sekali budak kecik tu buat muka.. huhuhu.. agaknya akak nurseri dia pernah la kut bagi dia rasa..

gambar belasahan malam tadi tidak diambil.. sebab maluuuuuuuuuu.. kami laki bini mengadap durian bagai tak hengat!! baki durian telah selamat menjadi kuah dan siap dibawa ke ofis dan diberi sikit pada akak2 yang menjaga aiman..

kepada babah, ala, weekend ni kami upkan sikit lagi bagi abah lebih jeles.. ye, kami akan ke the ultimate place of durian!! BALIK PULAU!!! weewooo!!! papa, siapkan poketmu, bakal kopak le weekend ni..

durian semalam habis RM25 hengget - dapat la 5 biji saiz besar.. burrrpppp.. alhamdulillah, sedawa durian nih! ahahaha