Khamis, 17 Jun 2010

sabaq naa

cheq la ni 2 kali seminggu kelas nihonggo, selasa dan khamis, pastu berkejaran balik ke rumah untuk ganti pas baton dengan papa.. papa ke lab tiap2 petang, mama pagi..

so, harap bersabar, entry tak dapek nak upload banyak sebab sokmo terlupa bawa kabel kamera..

ok..

nak lari pi kelas dah ni..

taaaaaa

Isnin, 14 Jun 2010

cerita-ceriti

mama masih fully breastfeed aidan.. sekarang aidan dah mula start solid.. makan biskut farleys yang mama beli siap2 haritu.. kalau habis nanti pengsan la nak fikir nak cari biskut.. selain dari tu mama bagi dia nestum.. tapi dia tak gemar sebab tak keras.. dia nak teething rasanya..

kat lab ni tak syok nak ngepam.. sebab semuanya cik abang2.. mama pump kat toilet je.. sedih betul.. dulu mewah je ade bilik sendiri, surau.. syukur le korang kat mesia yang ada ruang nak mengepam.. kat sini mama pam pun macam nak mencuri.. senyap2 je.. nasib le baik FS tu kecik je.. leh seludup masuk toilet.. dah kalau kantoi ngan orang jepun apa mama nak habaq pun tak reti dalam nihonggo..

kak fid, breastfeed tu dalam nihonggo ape ye?

huhu

watashi

*saya

  1. homesick.. rindu babah, rindu semua orang kat mesia.. rindu kawan2 ofis sebab kat sini cheq jadi diam macam kena zip mulut (padan muka tak reti nihonggo)
  2. rindu dengan makanan mesia.. rindu asam pedas MIL, rindu kedai mamak kat jam parit buntar, rindu teh tarik ais kak mah (kak jah, kem salam kat kak mah!), rindu kak besah riuh rendah nak masak kat pantry - haha kantoi!
  3. seriau sebab tak boleh concentrate nak belajar
  4. masih cuba serius breastfeed aidan - stok ala2 cukup makan je..
  5. penat sebab hari2 kena masak, ke lab, urus anak.. waaaaa... tak cukup tangan
  6. sedih sebab papa kena jaga anak2 sendiri masa mama ke lab.. lambat betul urusan nurseri ni
  7. dup dap dup dap sebab masa berjalan, exam bulan 8, belajar terhegeh2.. waaaaa
  8. masih tak boleh cope dengan subuh pukul 3 pagi.. aiyak!
luahan hati betul!

Isnin, 7 Jun 2010

aidan bear bucuk mama

bear mama sayang


minggu lepas aidan genap 6 bulan.. alhamdulillah.. syukur Allah berikan mama anak yang sihat.. Aidan masih breastfeed dan kami dah mula bagi dia makan nestum beras.. sekali sehari.. papa tolong suapkan kala mama ke lab..
pencapaian bear mama ni sekarang dah boleh menjulur merata rumah.. laju ok.. terutamanya tang berebut train abang dan bila nampak wire berselirat.. konfirm dia sampai..
Aidan masih attach dengan mama.. kalau dia tak nampak mama dia ok je.. bila dengar suara or nampak muka mama serius dia start buat muka cembeng sedih bukan main macam ditinggal seorang diri ok.. DRAMA!
kat sini depa suka tengok baby mata besar2.. ada aje orang akan datang kat Aidan dan geram2 tengok pipi dia pastu tunjuk mata besar Aidan tu.. pastu sebut secara berjemaah.. KAWAIIII (comel!)
sekian berita aidan.. hehe

yatta!

*yatta = nice

semalam kami sekeluarga meluangkan masa join aktiviti MyKyoto (group student Malaysia di Kyoto) bbq di tasik biwa.. tasik ni terletak dalam daerah Shiga lebih kurang 1 jam lebih perjalanan dari rumah kami ke situ..

cuaca semalam cerah dan cantik.. ramai orang berpiknik sambil bbq.. seronok bertemu malaysian terutamanya geng kyoto dan adik2 geng shiga (depa ni student ritsumeikan uni)

kami tiba lebih kurang pukul 10.15 pagi lepak sampai ke 6.30 ptg gitu.. puas hati la makan.. dari udang, scallop, kambing, ayam, ikan bakar.. desserts kak liza, char kuey teow kak yang spesel digoreng kat tepi tasik.. hehehe..

kalau tak lepak dengan depa ni memang kami mati kutu la.. bukan kenal ramai pun kat sini..

lepaih ni agenda mykyoto main game boling.. hujung bulan ni..

hohohoho.. best2

ok.. enjoy gambar



percubaan papa marah aiman main bola.. hehehe


papa tunjuk skill..

aiman cuma kaler 2 kelopak aje ok.. pastu dia cabut.. dasar tak leh duduk diam!



athari tolong tengokkan aidan.. dalam masa sama dia lepaskan rindu kat anak dia la.. sayu nengok..


mama jadi assistant kak yang.. goreng char kuey teow

papa raja belon.. hahahahha



nyum!


owh, ayam bakar ni memang sodap!!


salam perantauan dari kami.. hehehe..

*gambar ihsan kak yang kat FB n mama punya kamera..

Jumaat, 4 Jun 2010

shikakuji temple

belakang lorong rumah kami ada satu temple.. kalau shortcut dari imadegawa subway, leh lalu temple ni nak ke rumah kami..

temple dia bersih, terjaga.. boleh lalu dengan basikal..

gambar-gambar ini diambil ahad lepas.. hari kami nak ke kosatsu mencari barang anak2..

enjoy piccas..


papa dengan aiman bonding..

ni salah satu bangunan dalam kawasan temple tu..



aiman kalau dapat peluang main pasir, eeeeee.. geram noksss



dan mama koala as usual carry aidan.. si kecik sedap je tidur..


masa ni baru pukul 10 pagi.. ahad lepas masih sejuk suhu sekitar 18degrees.. tu yang berjaket tu si aiman..