Khamis, 6 Ogos 2009

nak kena tinggal

esok papa akan ke tawau.. maka tinggal la mama n aiman sampai hari isnin.. huwaaaa... weekend tak ade papa.. waaa.. sangap la kami dua orang!! papa kena ke tawau untuk menyiapkan kerja-kerja konsultansi di sempadan malaysia-indonesia.. ni pun papa baru dok bizi mencari ubat anti-malaria.. jangan lupa pakai mask juga.. risau time² macam ni..

hari ni hari last mengganti puasa.. esok raya.. memandangkan raya kecik harus juga dicelebrate.. hahaha.. bercadang² nak masak rendang ayam.. ahahahaha.. melampau gitu orang mengandung ni..



Rabu, 5 Ogos 2009

kek bantart

spelling macam le canggih bebenor!! ahakss.. semalam ibu mengandung puasa.. dan biasa la masuk² time nak berbuka punya la teringin macam² antaranya kek span.. makanya, papa diseret ke kedai bahan kek sebab paste pandan enggak ada.. teringin nak makan kek span pandan.. aiyoyo.. berperang di dapur dari 5.45pm - 7.00pm.. alih2 kek itu menjadi bantat!!! tensi!!! dari jadi macam kek span, ianya menjadi seperti bengkang!! tak naik² pun! geram makcik nih!! nasib la sedap lagi.. aiman la kerja membelasah kek bantat itu.. hahaha.. sayang anak mama.. pandai pujuk tukang masak.. hehehe..

malam semalam berbuka kek span bantat bersama² kuey teow goreng (papa request) lepas maghrib, aiman dah terlentok kat kerusi.. sweet.. tertidur sambil bertopangkan dagu.. macam orang besar lagaknye..


aiman tertidur.. comel kan?

pagi ni pula, ada kawan² yang introduce satu web masak² siap ada video lagi ajar buat macammana.. best juga.. cuba la jenguk www.trymasak.my

perihal incik suami

hari ini incik suami sangat² ingin pergi ke pulau untuk menghantar borang permohonan beliau ke luar negara atas urusan rasmi.. bukan saya tidak merelakan incik suami berbuat demikian, mana mungkin sedang incik suami sangat beria-ia nak keluar negara bulan september ini.. cuma yang menjadi maslahat saya adalah incik suami akan ke hanzhou china.. saya amat risau memandangkan sejak akhir² ini terlampau banyak kes selesema oink-oink itu.. dan saya sebagai ibu mengandung, sedaya upaya cuba untuk memujuk incik suami supaya melupakan hasrat beliau.. saya sedih kerana saya sendiri tahu usaha incik suami untuk dapat ke luar negara menggunakan duit universiti itu adalah untuk kepuasan dirinya juga.. tapi, saya mohon inck suami fikir²kan juga kami di sini..

sekian, luahan hati isteri anda (ye, mama tahu papa baca blog ni)


Selasa, 4 Ogos 2009

gatai tangan

tak kira, nak juga belajar camne ML n Kak Yan buat.. hehehe

☺ - smiley ALT 1
☻ - sad smiley ALT 2
♥ - love ALT 3
♂ - male sign ALT 11
♀ - female sign ALT 12
♪ - quaver ALT 13
♫ - double quaver ALT 14
™ - trademark ALT 0153
© - copyright ALT 0169
® - registered ALT 0174
² - Superscript 2 ALT 253 / ALT 0178
³ - Superscript 3 ALT0179
¼ - 1/4 ALT 0188
½ - 1/2 ALT 0189
¾ - 3/4 ALT 0190
↨ - arrow ALT 23
↑ - arrow ALT 24
↓ - arrow ALT 25
→ - arrow ALT 26
← - arrow ALT 27
► - filled arrow ALT 16
◄ - filled arrow ALT 17
▲ - filled arrow ALT 30
▼ - filled arrow ALT 31


hehe.. semoga berjayaaaaa


bagaimana menghadapi situasi rakan sepejabat

masa berbengkel hujung minggu lepas, ada beberapa insiden yang menyebabkan berlaku juga kekecohan semasa berlangsungnya sesi bengkel. Biasa la bila bekerja dalam satu organisasi yang mempunyai jurang pemikiran yang sangat2 berbeza, dari SPM sahaja membawa kepada yang bijak bistari dan mempunyai PhD tinggi langit bagainya... membuatkan mama terpanggil (guna term yang kak zufa dok pakai lately ni) untuk meluahkan isi hati..

1. Bagaimana nak handle staf bawahan/sokongan sedang anda berada pada jawatan yang lebih tinggi?

bagi mama, tak kira dipangkat mana sekalipun, sila treat semua orang sepertimana anda mahu diri anda dilayan. Ye, memang ada sesetengah staf yang agak 'kurang', tapi rasanya, kita kena tahu berbahasa dengan orang macam ini. Ada juga staf diofis yang bahasanya kasar seperti berus sabut, kalau disental, mau berdarah2 hati orang lain mendengar. Bagi mama, staf begini, eloklah ditegur oleh orang yang lebih tua darinya. Masakan staf muda macam mama kalau menegur tidak mungkin dilayan punya.. mau ditengking lagi aku ni.. dan jangan pula kita menyebelahi mana- mana staf jika kita tidak tahu cerita/ perangai sebenar staf tersebut.. ada staf suka berpura-pura rajin dan 'sempurna' dihadapan mata bos, sedangkan rakan-rakan lain yang lebih megenalinya rasa macam nak sekeh aje kepala staf tersebut.. huhuhu.. oppss

Jika kita mahukan sesuatu dari staf yang berada dipangkat yang bawah sedikit dari kita, pastikanlah kita memintanya dengan baik. Mereka pun manusia juga, pasti punya perasaan dan jika terguris, tidak ke buruk pandangan mereka terhadap kita. Mama selalu melihat ada staf yang dipaksa2 membuat sesuatu dalam masa yang suntuk dan tidak diberikan penerangan sewajarnya. Bila staf tersebut membuat silap, terus selamba dimarahi tanpa memikirkan yang staf tersebut juga punya harga diri. Jika kita mahukan sesuatu dari staf, rancang dengan baik. Beri mereka masa untuk menyiapkan kerja tersebut. Jika mereka lewat atau buat kerja tidak sempurna, rasanya tidak salah jika kita menegur mereka, dan jika mereka tidak faham (ye, anda punya PhD, mereka tidak) silalah berikan penerangan yang tepat untuk kerja tersebut.. jangan membuat andaian sebarangan memikirkan mereka boleh buat tanpa nasihat anda!

2. Bagaimana untuk menghadapi situasi tegang bersama rakan-rakan sejawatan (setaraf)

Pada hemat mama, kadangkala ada ketikanya kita cuba meletakkan diri kita menjadi hero dengan mengkritik kerja orang lain.. mungkin juga orang lain itu tidak membuat kerja dengan baik, tapi kenapa perlu mengkritik kerja orang lain dihadapan rakan2 lain.. adalah kurang sesuai jika kita mengkritik hasil penat lelah orang lain dihadapan orang ramai. pastinya beliau merasa tercabar apatah lagi jika beliau berada dalam kedudukan yang tinggi.

Kita juga perlu memahami tindakan rakan-rakan yang memegang jawatan tertentu dan punya tanggungjawab untuk menyiapkan sesuatu kerja. Jika anda sudah mengetahui rakan tersebut memang perlu menyiapkan kerja tersebut, rasanya tidak salah jika anda dengan rela hati membantu memberikan input yang sewajarnya bagi mengelakkan salah maklum dan penerimaan maklumat yang berbeza. Jika sebelum ini anda pernah membuat kerja tersebut, maka adalah lebih baik jika anda bantu memberi input kepada penerima baru kerja tersebut. Bukankah itu lebih baik dari bergaduh2 sesama sendiri? Menyalahkan orang lain adalah situasi yang sepatutnya boleh dielakkan dipejabat.

Bagi mama, memang ramai yang suka menjadi hero dalam situasi pejabat. Politik dipejabat memang busuk dan kadangkala menyebabkan orang tidak suka dengan orang lain atas tindakannya yang ingin menjadi kegemaran ramai.. ishh, jauhkan la mama dari perangai buruk. Seboleh-bolehnya, cuba jadi pekerja yang matang, baik dan disenangi oleh semua orang.. bukan sahaja oleh staf bawahan malahan peringkat bos juga.

tak seronok rasanya lihat ada kawan-kawan sendiri yang bergaduh.. ish2

Isnin, 3 Ogos 2009

tiada tajuk

harini baru naik ofis kembali.. setelah 3 hari berbengkel di tanjung bungah, harini rasa macam mamai aje.. mood untuk berblogging masih belum timbul.. maybe petang ni boleh la update..


perut meragam, silap makan semalam..


puasa masih belum lagi berganti 2 hari.. aiyak!