Jumaat, 16 November 2012

Sorry I don't eat pork, porcupine maybe if halal :p

Semalam ada isu kat twitter pasal susah nak makan bila ke negara yg bahasa pengantar bukan bahasa inggeris - tu dia ayat aku :p

Salah sorg respondan tu jwb akhirnya dia makan megi n roti aje kt hotel.. Bagi mama, rugi la kalau tak mencuba local delicacies -- tp mesti kita nak jaga juga halal haram makanan kita kan? Tapi kalau sampai tahap pinggan pun risau bercampur dgn yang tak halal errrr tak dapat la nak tolong.. Pendek cakap rsnya tak payah teruskan baca entry ni la huhuhu

Masa mula2 sampai jepun pun mmg mama takut nk cuba apa pun, 2 bulan makan salad aje kt cafe, hari2 masak bekal.. Dahle sebiji haram perkataan jepun tak reti.. Tau ohayo, konnichiwa aje.. Kahkahkah..

Lps dah ke kelas bahasa tu baru berani nak makan2.. Itupun ramai kawan2 yg tolong translate..

Bila celik kanji (tulisan) jepun maka lebih berani la nak makan.. So, jwpn bg semua masalah susah2 ni adalah nak ambil tahu atau tak ambil tahu..

Masa ke korea pula, mama nak juga cuba makanan korean.. Rugi la dah sampai negara tu sampai tak boleh merasa makanan depa.. So apa mama buat? Mama print perkataan2 dlm bahasa korea yg menunjukkan apa yg mama boleh makan n tak boleh makan..

Ni zaman internet yo! Gunakanlah kemudahan pakcik google.. Sama ada google translate ataupun online dictionary.. Korean punya pun hado eh! Labmate mama siap thumbs up lg kat mama kata this is good idea.. Mama print currency exchange, list food yg boleh makan n tak boleh makan.. Di korea, kalau hotel2 senang la sikit nak explain.. Sbb sure ada org yg boleh berbahasa inggeris dan lebih ajaib lagi ada ramai korean boleh berbahasa jepun.. Bila jumpa org yg tak boleh ckp jepun atau korea, mama hulur je kertas mama tu.. Hahaha.. Nmpk mcm bimbo tp haku pedulik! Nak makan kan?

Ok, so ni mama nak tolong la sikit untuk sesapa yg nak mai jepun.. Boleh la print list bawah ni untuk kesenangan hidup nak cuba makanan jepun.. Err maybe grammar tunggang terbalik, maafkan saya polis grammar.. Tp yg penting org faham cukup, kan?

すみません、私は、この材料食べません…
(I'm sorry but I don't eat these ingredients)

豚肉(ポーク)(ハーム)(べコン) 🙅 - pig/pork/ham/bacon
牛肉 🙅 - beef
鳥肉(チキン) 🙅 - chicken
酒(アルコル)🙅 - alcohol/sake

でも、海鮮料理(シーフード) は、だいじょうぶ 👍
(But, seafood is fine)

エビ、海老 - ebi (prawn)
イカ - ika (squid)
タコ / たこ- tako (octopus)
魚 - sakana (fish)

Sila la ye, kopipes.. Senang kalau sesapa nak mai jepun, print words kat atas, menu2 kalau restoran keluarga biasanya ada allergy list.. Dalam tu dia tulis ingredients.. Kalau takde boleh tgk words kt atas..

Bahasa lain, korang google je ek? Hehe paling busuk2 sangat pun, korg print aje gambar ayam, babi, lembu dan benda2 lain yg tak boleh dimakan.. Haaaa senang kan? Haha..

Good luck :p



10 ulasan:

Rai Ourkizuna berkata...

hahaha..betul betul..saya rasa sangat rugi kalau pergi jepun tak try makanan kat sana.. nasib baik kitorang masa mula2 pegi sana da ada basic..tapi still lama jugak la berdiri tengok ingredient satu satu..

print jangan tak print!

mast@work berkata...

rai,

kan? dah alang2 nak sampai jepun, sila la rasa makan takoyaki, okonomiyaki dan memacam lagi la kan? haha.. jgn kata berdiri, mata kecik2 tgk baca ingredients haha.. pernah ada sekali atuk ni tny boleh ke baca tu? hihihi

rostina76 berkata...

salam mast@work....tajuk u menarik hati i. hehe, 1st.... porcupine mmg halal kan? ros culture shock gak bila mai Borneo ni sbb depa sini ada yg makan landak (i mean yg muslim le, kalau yg iban etc tu semua bedal). bila tanya hubby baru dia bgt benda tu biasa utk depa.
pasai mknan halal @oversea ni ros pun mmg jenis susah makan pun. bukan sj makanan luar, ikan sungai pun xmakan. hehe, bila travel baru le terpaksa makan makanan dorg (kalu xmakan haru le lapor). klau dulu selalu was2 dgn hubby (sbb dia keje mmg redah negara org je dulu2. blk rumah skjp2 je). tapi bila dia explain & mintak kita jgn fikir bukan2 baru le blh terima. tapi apapun alhamdulilah syukur baik hubby mahupun kami sendiri takde la smp terpaksa mkn benda2 yg xhalal tu (banyak sebenarnya cara cuma bila org2 yg tak biasa travel/ dok oversea tu dorg mcm blank le mcm nak survive)

Cah Ayu berkata...

woho! ini adalah sangat diperlukan! :P mmg target makan seafood aje ni *tengok poket* hahaha

Oyis berkata...

bagus idea mast ni. x pernah plak terfikir nak guna translation from google sblm ni. mungkin sbb berjalan dkt neg2 yg ckp / faham english, or at least neg european kita ada basic french and spanish sket2 and at busuk2 pon bole baca tulisan nya, so x de facing cabaran2 bahasa yg tulisan nya pon dah lain, apatah lg nak faham makna nya. nnt kalo ada rezeki jejak kaki dkt neg2 mcm jepun, korea, china, etc, bole la buat mcm ni. tp bab mkn x nak campur sudu garfu tu, mmg payah la dah duduk tempat x de muslim. even nak order sayur pon x bole mcm tu...

Nur Hareza berkata...

Good info.. Tq kak mast w.pun tak tau bila nak apply..

mast@work berkata...

salam rostina, a ah, halal, tajuk tu saja gitu.. ya betul, kena terbuka hati, dan byk tawakkal.. yang mana boleh dijaga tu wajib kita jaga.. :)

mast@work berkata...

ayu, hehe, biasa la tu.. kami pun mmg jenguk poket sokmo.. hope this helps

mast@work berkata...

oyis,

ya betul tu, nak jaga bab sudu garfu mmg susah, bab makan kalau boleh baca dan cakap memang senang hidup :)

mast@work berkata...

reza,

welcome2.. insyaAllah ada rezeki sampai jepun boleh pakai