Selasa, 14 Ogos 2012

karangan selepas subuh

* السلام عليکم *



 こんにちは q(^_~)p

korang dah tengok iklan raya bernas? last week penat meraung oo nangis tengok iklan tu (ok, exaggerated sikit la) tapi mama sedih, sebabnya tak boleh bayang kalau mama dah tak ada, apa jadi pada anak2 mama? kedua, mama sendiri rasa terkesan sebab kalau mama yang dah tua ni pun dok rindu dengan arwah mak sampai menangis2, apetah lagi anak2 kecil tu kan.

kalau perasan dalam iklan tu, masa kat asrama, ahmad ke fizi tah pegang gambar emak dia sambil sebut emak.. masa tu mama dah start nangis dah.. sebab mama pun selalu alami situasi yang sama.. selalu teringat arwah..

betul, nak mengadu pada Allah la tempat terbaik.. tapi tempat kedua mama adalah arwah emak.. sunyi rasa hati bila dia tak ada.. kalau dia ada, dia mesti tahu macammana nak pujuk hati mama kala ni.. dia sudi dengar masalah, walaupun kadang2 tu dia marah balik apa salah mama, tapi dia sentiasa dengar, pujuk, peluk dan biar bahunya jadi tempat mama bermanja..

ramadhan adalah bulan yang paling mama rindu arwah.. dulu, bila solat terawih, antara selangnya 2 rakaat tu, mama sandarkan kepala di bahu dia, sambil tanya soalan yang berulangkali yang penat dia jawab, tapi tak jemu2 dia jawab.. "mak sayang kita tak?" mama tahu jawapannya, tapi mama suka sakat dia.. suka buat dia rasa berbulu aje nak jawab dan layan anaknya yang seorang ini..

tiap kali ramadhan, tak jemu dia masakkan daging masak kicap kegemaran mama.. sampai dah nak masuk sekolah menengah, arwahlah yang suap mulut mama dikala sahur.. rindu dengar suaranya mengaji..

emak, kak yong minta maaf.. kak yong bukan anak yang baik.. dan kak yong juga bukan ibu yang baik untuk anak2 kak yong... maafkan kak yong.. kak yong rindu emak..

mama tahu emak di tempat yang lebih baik :)

bulan depan genap arwah pergi meninggalkan kami 7 tahun.. moga sampai waktunya untuk kita bertemu semula emak.. al-fatihah

nota - ada orang kata rasa biasa aje tengok iklan tu.. well, lain orang lain penerimaannya..

nota 2 - alfatihah juga buat arwah norzamzila.. tak dapat dibayangkan perasaan anaknya yang masih kecil kehilangan ibunya :(

6 ulasan:

liyas berkata...

di sini iklan kreatif..hehe
http://my.churpchurp.com/liyas/share/UMobileRaya

dzuchan berkata...

As salam Pn Mas,
memang iklan tu sedih sungguh. tambah pulak bila dipotraykan budak2 tu sebagai OKU. tapi they deliver the message kan?

anyway saya komen utk ucapkan Selamat hari Raya untuk Pn Mas & En Haris
Maaf zahir batin :-)

Al-Fatihah untuk arwah emak Pn Mas.

lia berkata...

touching saya baca entry ni...

mast@work berkata...

dzuliza,

tq.. selamat hari raya untuk awak juga.. maaf zahir batin :)

mast@work berkata...

lia, selagi ada emak, jangan dilupakan dia.. sayang dia banyak2

ierah_myra berkata...

sy tgk pun sedih..menangis kat lab.. tambah2 nak raya ni..emosi memang ke laut sungguh... sy rindukan arwah ayah saya jugak.. baca entry kak mas ni buat air mata saya menjadi murah.. =) selamat hr raya kak mas