Rabu, 15 Julai 2009

pengajaran dalam bahasa inggeris - bukan PPSMI ye

ops, bukan nak komen pasal PPSMI ye, cuma mama nak share sikit pasal kelas semester ni.. kelas subjek mama tahun ni adalah kesinambungan subjek basic semester lepas.. dan student2 ni adalah merupakan student batch pertama untuk subjek mama ada lecturer dari US bantu mengajar.. kira lecturer expatriate laa.. minggu ni kira dah minggu kedua mama masuk kelas.. dan setiap kali mama try nak refresh depa chapter yang lecturer tu ajar, aiyoyoyo.. depa buat muka blur gilerr.. rupa2nya depa tak faham apa lecturer tu cakap.. last semester siap ada yang komplen tak faham lecturer tu mengajar apa.. kesudahannya, chapter yang lecturer tu ajar depa takleh catchup dan habis lanjutan dari chapter tu depa tak leh faham juga.. papa pun akui yang depa tak boleh buat chapter yang papa ajar.. sebabnya depa tak faham apa lecturer tu cerita masa kuliah..

jadinya, tadi mama pun tanya la.. sebab concern depa tak boleh carry subjek semester ni juga.. mama tanya la.. tang mana hangpa ni tak faham, bahasa lecturer tu ka, kaedah pengajaran dia?? rupa2nya, mereka memang tak boleh nak tangkap english lecturer tu.. bagi mama, lecturer tu cakap okey aje.. mama boleh faham.. sedangkan budak2 tu semuanya belajar dari sekolah subjek sains/maths dalam bahasa inggeris, tapi haram depa tak boleh tangkap apa lecturer tu cakap.. tak kira la dialek apa sekalipun, sepatutnya budak2 ni boleh la faham.. mama masih ingat lagi masa kat UTM dulu ada pensyarah nama Alexandro Camerlenggo (fanor, ko ingat dia tak??) lagi aaaa... orang mexico.. cakap english! gedebuk!! mama duduk dalam kelas paling depan sekali.. bukan sebab nak jadi poyo ke apa, sebab mama kena tengok mulut dia.. baru mama boleh faham apa dia cakap.. kira 2 kali kerja la.. nak faham pengajaran dia dan nak faham bahasa dia.. dan mama masih boleh score lagi subjek dia..

so, sekarang ni nak salahkan sapa? student yang sedia ada sekarang semua belajar english lebih baik dari zaman mama belajar.. tapi tahap kefahaman masih lagi rendah.. mama kena mengajar dwi bahasa.. bukan sebab tak boleh mengajar bahasa inggeris, tapi sebab nak bagi depa betul2 faham subjek tu.. kesian sangat.. especially budak2 melayu.. dahle suka benar duduk belakang.. pastu tak boleh faham.. tak ke haru?? nanti takkan graduate engineering tak ada isi apa2 kut? kosong je.. cam tin kosong

sebab tu mama rasa, english patut ditekankan dalam subjek bahasa, bukannya dalam subjek sains mahupun maths.. sebabnya, pemahaman subjek itu yang lebih penting.. bukan bahasanya.. bahasa cuma mod untuk membantu pelajar cemerlang diperingkat antarabangsa.. tapi kalau intipatinya kosong.. buat apa..

teringat juga cerita timb dekan kami jadi external examiner untuk satu student master u kat KL - student private U, cakap english dia masa presentation sedap bukan main, memang canggih habis la.. tapi isi tarak boleh pakai.. yang lagi teruk, budak tu siap tak faham dengan apa yang dia buat.. jadinya, mana yang lebih penting?? presentation atau content?? tepuk dada tanya selera..

Tiada ulasan: