Sabtu, 21 Mac 2009

in search for a perfect body-episod 1

achtung! - saya tahu saya banyak hutang tag.. insyaAllah saya akan buat kemudian..

mama rasa topik yang bakal mama cerita hari ni memang dilema biasa semua wanita (tolong bagitau mama kalau ada wanita yang tak heran bentuk badan dia) meh mama cerita sedikit sebanyak perjalanan mama dalam perubahan bentuk badan..

sejarah lampau yang masih ku kenang2

kalau kawan- kawan yang kenal mama dari kecik (rasanya macam tak ada je yang baca blog ni) masa zaman sekolah rendah, mesti ingat lagi mama dulu kecik (read: KECIK GILER) kira- kiranya kalau beratur barisan kelas tu mesti depan- depan aje (biasa la beratur ikut ketinggian) mama mula meninggi (ada kena ke perkattaan tu dalam konteks ini?) masa masuk tingkatan 3.. itu pun sebab mama baru je datang haid masa tingkatan 2 (percaya la, mama ni antara yang lambat period) masuk tingkatan 4 dan 5 mama mula la nampak tinggi sikit.. tapi memang kurus ya rabbi.. masa tingkatan 5 berat mama hanya 39 - 40kg SAHAJA pada ketinggian menghampiri 160cm.. haaaa... kurus wooo.. siap ada gitar lagi kat dada.. muhahaha

lepas tu masuk je UTM, mama mula membina badan sikit demi sedikit.. bukan nye nampak beza pun.. serius.. kurus aje.. paling maksimum sehingga tahun akhir degree (2002) berat mama hanya 45kg.. itu pun dah kira pencapaian.. sebab arwah emak dah tegur nampak sedap- sedap la sikit badan anak dara sulung dia.. 

last holiday bersama arwah emak.. nampak tak saya ketika itu??? kurus weh!!! kalau nak tengok lagi gambar lama- lama, tengok blog chema.. 
masa buat master dah mula la agak- agak empuk juga badan mama sekitar 48kg.. masa graduate master (2005) berat mama mencecah 50kg.. tinggi time tu dah 160cm.. tak berubah la tinggi tu sampai sekarang.. masa tu, montok2 aje semua bahagian badan.. seronok je nak pakai macam- macam.. jeans mama tak pernah la kira longgar.. semuanya fitted.. termasuk la baju2 kecil2 semua muat.. uuuuu

menjelang 2006, nak kahwin, berat mama 52kg.. jangan cakap aa, semua orang tegur mama nampak sihat.. sebab bahagia bercinta la kut.. haahahaha.. 
ini lepas majlis bertunang.. 31 ogos 2006
ni lepas nikah 15 disember 2006 - haaa.. mimpi la aku nak dapat disiap2 macam pengantin dah.. lain woo muka.. ini la hasilnya threading..
ini masa honeymoon.. kat tioman.. uuuUUUU.. nampak tak rambut panjang itu.. itu la kali pertama dan terakhir rambut saya sepanjang itu ye.. hahahahah
bersambung episod dua

Tiada ulasan: