Rabu, 4 Jun 2008

nyum nyum

semalam mama puasa.. maka tinggal la lagi 17 hari lagi (selepas tolak hari ini).. huhu banyak lagi laa.. takpe.. azam buat pelan2 sebelum sampai ramadhan tahun ini..

jadi seperti biasalah, nafsu tak tertahan2 nak makan macam2.. hehe.. jadi ini la hasilnya..

1. Ikan Masin Masak Lemak Cili Api..


2. Ayam Goreng Kari.. lagi best kalau makan dengan nasi lemak (acknowledge: http://tiffinbiru.blogspot.com/)
3. Apam Pisang

huhu..
Resepinya:

2. Ayam Goreng Kari (Inche Kabin) - saduran dari page Abg Mat tiffinbiru

Bahan-Bahannya :-)

4 keping bahagian dada ayam dengan kepak2nya sekali
1/3 cawan rempah kari
200 ml pati santan1 inci halia
*4 ulas bawang putih
*1 ketul kiub ayam "MAGGI"*(*tumbuk halus)
1 camca besar serbuk cili
2 biji limau nipis, perah jusnya
3/4 camca besar gula
1 camca teh garam

Cara membuatnya :-)
Ayam dibuang kulit dan lemak, cuci bersih, perap dengan garam dan jus lemon selama 15 minit, cuci kembali toskan dan kelar2. Ketepikan.
Satukan rempah kari, serbuk cili, bahan tumbuk, gula, jus limau nipis, santan dan garam. Kacau hingga menjadi pes. Gaul bersama ayam tadi dan perap sekurang2nya 3 jam.
Masukkan ayam tadi bersama2 bahan perap ke dalam kuali, masak dengan api perlahan sehingga bahan2 perap kering dan bersalut pada ayam. Angkat dan sejukkan.
Panaskan minyak untuk goreng terendam. Biar minyak betul2 panas, masukkan ayam tadi dan goreng hingga senyap (tak de bunyi desiran lagi), angkat dan toskan.
Panaskan kembali minyak tadi dan goreng kembali ayam tadi hingga kuning keemasa, guna api sederhana untuk kali ini....(pada mat goreng macam biasa pun ok!!!)

memandangkan semalam balik ofis baru buat.. jadi sempat perap 1.5jam aje.. lagi satu komen papa, mama x kelar2 ayam, jadi marinade tu x kuning sampai dalam.. mama suka je gitu.. hehe

3. Apam Pisang

Bahan2nya :-)

11 biji pisang emas kecil2 dilenyekkan
2 cawan tepung + 1 sudu bikarbonat (ayak sekali)
1 cawan gula
1 sudu kecil garam
1 cawan santan
nak syok lagi tambah mixed fruit (raisins and dried ceri)

Cara2nya :-)
pisang yang dilenyekkan tu dimasukkan tepung yang dah siap ayak
campur gula, garam, santan dan akhir sekali mixed fruit.. jangan banyak sangat mixed fruit.. nanti jadi basah cam mama punya kek semalam.. hahaha.. pengajaran!!
letak marjerin keliling acuan. masukkan bahan2 yang siap di adun dalam acuan.
lepas tu kukus 1/2 jam.. check dengan garpu, kalau bersih boleh angkat dah

komen papa: sedap la mama.. (hmm nampaknya lepas ni boleh la buat lagi) acknowledge makcik ida utk resepi ini.. tapi mama yang tambah mixed fruit tu.. makcik ida punya x tambah.. jadi lain le sket.. hahahah...

perasaan malam tadi

huh!

itu je la rasa hati mama malam tadi.. bila pula mendengar berita minyak nak naik.. aduss.. subsidi minyak nak kurang.. ade ke patut nak reduce subsidi n bayar ikut gaji.. mampus aa kakitangan kerajaan camni.. swasta boleh la "kow-tim" slip gaji.. mama n papa remembered those days when we used to be in private.. basic ciput je semua orang.. ye aa nak elak cukai.. tapi elaun ya rabbi.. sabar je aa..

lepas ni boleh la tgk ade org ngaku gaji 2k tapi bawak merc.. pastu isi minyak subsidi.. huhu.. macam2 betul kerajaan sekarang ni.. harapnya tak effect teruk la.. sbb kalau idak, mau mengamuk rakyat mesia.. ye la.. negara ada mengeluarkan minyak, tapi rakyat tak dapat benefit.. orang arab makin banyak buat mahligai, negara membangun n ketiga suffer.. hish..

lagi satu yang mama cam tak berapa puas hati sebab gomen suh kita semua kurangkan gaya hidup.. nak wat camne?? kurangkan makan nasi?? abis, takkan pepagi nak kena makan french fries kut?? takkan nak makan buah aje?? mak aih.. mau kurus nanti mama nih!!

p/s: lepas ni boleh aa balik kl naik bas.. huhu.. skang to n fro kl monthly kena set aside rm200 utk minyak n tol aje.. hoho..
apa mama rasa bila dengar berita pasal naik2 harga ni?? rasa cam nak tido je!!! (sori ye aiman, mama guna gambar sayang)

Selasa, 3 Jun 2008

Petua Kuruskan Badan Tanpa Diet

acknowledgement: kak liyana's blog.. hmm.. nak turun lagi ~5kg if possible

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempahSesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam MakananBijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu DiariSimpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepadakeinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan andadan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurusRamai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan disembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanansegera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsingi. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihatii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lifiii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalamiv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darahv. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan
Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat BadanSelepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas BersalinUntuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncitBagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan PerutPetua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut AndaNak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

artikel dari http://www.istimewa2u.blogspot.com/

Isnin, 2 Jun 2008

our new piccas

So, mana lagi sama???

Aiman dengan papa ke....


Aiman dengan mama??

a visit to tok ayah chaq's dusun

hehe.. so.. lepas hari rabu balik ke parit buntar, penuh la jadual dengan meeting yang tak berkesudahan.. hehe.. jumaat dapat pulak kena tengok student training.. nasib baik dekat taiping aje.. so tak payah la tinggal aiman.. hehe..

saturday malam (31/05/08) we did spring cleaning.. rumah dah macam tonkang.. mendobi sampai 3 mesin dan hantar baju untuk iron (yes.. i dont do ironing.. sekian) cuci toilet, kemas rumah termasuklah cuci lantai dan segala tok nenek.. tengahari fix quick lunch (ikan stim aje.. nanti resepi mama post kemudian) petang lepas asar kami keluar.. gi queensbay.. hehe.. bukan beli apa pun.. setakat jenjalan makan angin je.. tapi dapat grab swimming trunk untuk aiman (have to squeeze time to teach aiman swim.. yes, i can swim too)

sunday we were invited a wedding at kuala kangsar.. kawan baik papa punya wedding (wife's side) so.. head to kuala kangsar around 1pm.. reach there around 2.30pm.. sempat la borak2 dengan pengantin (sebab pengantin dah abis amik2 gambar.. hehe).. lepas tu kami singgah rumah tok chaq di kampung prik.. behind kilang kicap tamin sayong.. huuhuuu.. bestnye suasana kampung.. aiman jadi jakun tengok2 ayam.. rumah tok chaq ada buah2 sebab dia rajin buat dusun.. jadi balik bonet kami penuh aa.. ade nenas aa, mempelam la, bunga kantan etc.. hehe.. really look forward for raya sebab manggis n rambutan dah putik2 ijau dah.. hahahahah *evil laugh*

so sempat introduce aiman dengan pokok buah.. hehe



"ini cempedak la sayang.." hehe aiman nak nangis pegang texture buah cempedak.. geli kut jari dia.. hehe (far left is tok chaq.. tok ayah's big bro)

"ini rambutan sayang.. nanti kita boleh makan.. hehe"

"ini pokok manggis.. putik manggis pun ijau.."

bulan 5 yang mencabar!!

lamanya rasa tak update blog.. 2 3 minggu kebelakangan ni memang beezee sangat.. hehe. ingat bila student cuti dapat la kita cuti.. jangan harap.. lagi banyak kerja ade laa..

tapi dalam masa yang sama mama agak enjoy lately.. sambil menyelam minum air.. tapi takde la sampai tersedak2.. hehe

last 3 weeks mama sibuk dengan kelas short semester.. memang seminggu tak boleh mengelak.. tapi hari jumaat 23/05/2008 dah free balik.. papa abis kursus pengajaran and we packed our back for a quick gateway.. yeehaaa..


so, 23/05/08 we went to melaka.. haha.. it's been a while since the three of us went to melaka.. it was last november.. so, this time around we went there for a quick break and a wedding invitation to be fulfilled.. so, friday night kami tiba di melaka.. gamble punya pasal.. kami x book pun hotel.. nasib sangat la baik.. kami dapat stay kat holiday inn melaka.. waaa.. best seh!!! hotel baru.. bilik best sgt.. and totally affordable.. especially for govt servant.. hehe.. kami dapat rate bilik rm215++ with one bfast.. bilik deluxe.. warrkk.. aiman puas je merangkak2 dalam bilik (tengok gambau sebelah ye..).. bilik quite spacious.. has it's own panel tv, bath tub and yg paling best siap ade iron n ironing board sendiri gitu.. the breakfast was fab as a lot of varieties to choose from.. yang paling best dia kasik try mango + garlic + mint shot.. waa.. sedap seh!! bfast sorang rm35 sekepala.. so okey aa.. worth.. tapi yang lawaknya mama letih sangat sampai hilang suara.. so.. bayangkan la.. suara x kuar langsung tapi enjoy bukan main!!


********************
24/05/2008 - we went to sungai rambai for binjai and jannah wedding.. janji dengan aunty nida di melaka sentral and straight away drove to sungai rambai.. funny thing is, kat situ ada dua wedding.. nasib la baik tak tersilap rumah.. no joke man!! 1km je dari rumah jannah.. tapi yang best dapat la jumpa few friends yang lama dah tak ketemu.. hehe.. ada nida + czah + ezzad..
waa.. best tul.. kenduri pun best jugak.. ada ayam golek.. hehe.. we manage to get together for a while.. borak2 ngan pengantin.. pastu baru bertolak balik ke kl.. kami kena balik kl awal sebab petang tu kami ada high tea kat rumah wancu yan.. hehe.. gather besau punye sebab ade ude n family, cik n family, us and tok ayah and wancu except ayahcu kena tunggu kedai.. hehe.. pekena laksa n pizza baru balik rumah tok ayah (abah mama)

*********************************
25/05/2008 - kami satu family terdampar kat umah tok ayah.. tak pergi kenduri auntie izan kat ganu sebab letih sangat.. and aiman pun baru je baik..

26/05 - 27/05/08 - papa and mama ada conference kat Seri Pacific KL..


*********************************

28/05/2008 - satu hari cuti sebelum balik parit buntar.. we managed to visit Aquaria at KLCC.. Aiman was so excited.. mama and papa too.. hehe.. as usual.. we got into Aquaria around 10.45 am which was quite early.. afraid that Aquaria will be packed with families and school children.. using mykad for entrance with rm28 for adult was quite okay for us.. aiman free.. advisable to bring children early to avoid boredom.. nanti meragam x ke susah.. it was quite like what underwater world langkawi offer minus the penguin laa.. but kat sini banyak lagi experience yg menarik.. we were lucky enough to be able to see fish feeding (bukan jerung ye.. sebab jerung pukul 3 petang) which scheduled only 3 times a week at 12.00pm.. best betul.. aiman nganga2 je tengok ikan.. and we also got lucky that we were able to feed turtles.. yep!! turtles.. fyi, turtle feeding just started day before we went to Aquaria.. and it is only during school holidays okay!! with rm5 you'll get a cup of squid and you can feed the turtle.. hehe.. quite an experience for us.. aiman rilek je.. mama papa yang excited..


aiman and papa before entering Aquaria

Turtle feeding (we were the first that day laa)

fish feeding at 12noon

mama takut la kena baham jerung.. ngee

the boys..

then after that, we went to Malaysia Bookfest at convention center.. manage to grab few book for mama, papa and aiman too.. wancu nana was also there.. then we had to starbucks to meet auntie zeti.. bagi present untuk birthday mika.. sorry x dapat attend.. hehe.. after that kami straight balik parit buntar.. huhu