Rabu, 3 Julai 2013

Bila hujan

* السلام عليکم *


こんにちは q(^_~)p


wah, dah 2 bulan juga tak update blog.


Rindu.


Kyoto dah masuk summer. minggu depan insyaAllah Ramadhan bermula. Excited tapi dalam masa yang sama seriau. Makin dekat dengan tarikh akhir hantar tesis. Sempat siap ke tidak? Boleh ni boleh, jangan mengalah. Doa banyak2.. dan yakin pada diri.


Harini hujan. Cuaca sendu sedan aje. Kepala mula la mengada-ngada seperti mahu disorong2 bantal. Bila setiap kali hujan, kami anak beranak akan berbondong2 la bawa barang muatan lebihan. Papa jadi stress kejap pagi tadi. Bajet nak sampai lab awal dia lepas hantar anak2.. sekali hujan (huhu.. ape nak buat kan papa) Bila hujan bermaksud kena pasang 2 biji payung di basikal, anak2 dipakaikan baju hujan.. Yang syukur sangat sebenarnya masa hujan ni cuaca jadi sejuk sikit, Alhamdulillah.


Mama keluar lewat dari papa. Biasa pun gitu. Terus berbasikal ke main campus nak naik shuttle bus. Sebab tak sanggup basah barang2 dalam beg jadi mama buat gini
  by masturaazmi


Belah kiri buku yang tengah dibaca sekarang. Lama rasa tak pegang buku cerita.. selalu dok pakai apps aje. Dalam plastik tengah tu my new found love -- Moleskine. Selalu tengok tak tahu nak beli apa. Kali ni baru berani beli. Sebab ada tujuan. Kualiti kertas dia memang tak boleh lawan la. Cantik elok. sesuai untuk nota yang nak disimpan lama. Belah kanan sekali buku nota kerja harian. Buku ke 9 rasanya ni sepanjang 3 tahun pengajian. Ya, mama tulis semua benda. Setiap idea, setiap pembetulan, setiap calculation mama tulis. Sebab mama sendiri ada masalah suka benar lupa apa yang dibuat. Yang gambar rabbit kecil atas tu organizer. senang masuk handbag. Dalam pouch kanan atas kaler cream adalah alat tulis, yang belah kiri atas tu stickers and stamps.. hehe untuk suka suki..