minit- minit sebelum kena injection...
ni datang ke pejabat pun ada kerja sikit nak selesaikan.. nasib kerja dengan papa.. boleh main ganti2.. dan nasib baik itu kucing besar (BOS) tidak ada.. muhahahhaha.. kami tikus kegembiraan la..
maka nak dikhabarkan, mama akan balik ke KL jumaat ni.. dengan appointment dentist, nak jumpa kawan pasal PB (iklan sat: ada sapa2 nak try ka? mama boleh bawa balik set untuk dicuba..) dan nak bawa aiman jalan2 ke suatu tempat.. aaa, nanti mama cerita la..
ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari (achewwwaaahh) ku sangkakan minggu depan lega la boleh duduk dalam ofis, rupanya sampai 3 kursus nak kena pergi..
satu - kursus AutoCAD (apakah??) nama naik pun sebab kementerian yang bubuh.. aiyooo.. mim alif lam sin.. bukan sebab tak mahukan ilmu itu, tapi ada kerja lain yang menanti (proposal janji nak hantar pada sv lagi 2 minggu - apa pun tak gerak!!!) 3 hari berkhemah kat kelana jaya.. owh!!! sungguh kena travel sebab penginapan tidak ada.. apakah!!!!
dua - kursus Mental Health Facilitator (apakah??) nama naik sebab dah dilantik jadi mentor untuk staf.. ye, macam la mental mama bagus betul.. sedangkan ada hari yang mama lebih 'mental!!!' dari orang lain.. muhahhahaha.. 4 hari lagi.. kat feringghi lagi.. ooOOOoo.. inilah yang kutakuti.. kursus berjela- jela.. aiyooooo
tiga- jumaat ni kena attend kursus Joomla.. ini lagi satu.. apakah?? kursus satu hari lak tu.. mama dah plan baikkkkkk punya nak cha alif but ke kl tengahari itu.. mana ada org kursus hari jumaat dik non!! ini satu la kerja orang ofis (oppsss) tak ade ke hari lain yang lebih sesuei!
maka, penyelesaiannya akan difikirkan kemudian.. challo dulu.. nak blog hop sat sebelum balik...
taaaa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan