Rabu lepas mama balik (sendirian tanpa papa dan aiman) KL.. jumpa kawan2 kat Jalan Tun Razak, lepas tu balik rumah dgn abah dan makcik.. malam janji dengan wancu nana ke gardens.. mama nak cari sling untuk kawan mama dan berus botol susu aiman (mama pakai munchkin yang boleh lekat berdiri - takde la kat penang) masa jalan- jalan nak ke gardens tu ternampak kedai crocs dekat midveli tu tengah sale la pulak.. aiya! terpegun lagi tengok itu Olivia.. siap ada bling2.. baru sampai berapa hari kat itu kedai.. huhuhu.. makcik rembat satu, mama rembat satu.. hehe.. pakai suka2 je..
lepas beli barang kat gardens, patah balik ke midveli makan portuguese grill.. uuUUuu.. lama dah tak makan.. sedap! (nada kasi jeles pada papa) lepas tu balik rumah tok ayah terus zzzz..
pari + bendi + nasi = heaven!
pagi isnin siap2 ke conference kat PWTC.. boleh la tahan.. malas nak cerita pasal kerja kat sini.. dalam pukul 6 terus tok ayah ambil mama dan kami (makcik + wancu nana juga) balik ke parit buntar.. weeewooo mama dah rindu aiman sangat..
outcome untuk kerja pergi-balik kl adalah letih sangat.. harini terpaksa kensel join ofismate ke jerejak nak tengok tempat shortcourse..
sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan