Selasa, 28 Februari 2012

m_m takdak tajuk sesuai

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


aaaahh persetankan aje le apa yang bermain di kepala otak ni.. kerja ko banyak mastura.. toksah layan.. walaupun tak ada idea macammana nak think positive pasal benda tu anggaplah benda kecik remeh yang kalau korek taik idung lagi sedap dari tengok benda2 yang boleh bikin sakit jiwa.

sumpah tak tau apa motif benda camtu jadi.. tapi kalau ikut mulut.. mau binasa! dari bisul boleh jadi kudis, boleh jadi kurap.. elok le sangat..


yang penting dalam kubur mmg tak ada tanya bab2 tu.. apetah lagi bab hubungan sesama manusia.. soalan bocor dah diberi.. pandai2 la buat hal sendiri ye tak?


- aku bukan kera sumbang.. 

Khamis, 23 Februari 2012

chanting

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


semua ini akan berakhir.. everything will be good... kerja rajin2 hasilnya pasti ada..


baiya.. All is well :P




to papa,

congratulation untuk interview semalam.. pass sudah.. alhamdulillah.. and congratulation too on your first book chapter :) am proud of you.. nanti kita makan parfait ek.. on me :)


tq fared sbb habaq

Rabu, 22 Februari 2012

10 credits

Harini papa ada presentation.. Untuk minta dikecualikan dari internship. Since papa ada experience kerja luar 6 thn jadi papa mohon pengecualian..

Presentation harini besar erti sebab kalau tidak papa kena internship setahun.. Bagi sesetengah org mungkin takde hal nak kerja tapi pada masa2 yang mula genting macamni payah untuk kami berdua..

Sebabnya oktober ni mama dah tahun 3 (telan air liur) dan april ni papa tahun 2.. Kalau kena pi internship papa hilang 1 tahun untuk research dia.. Jenuh ok.. Takkan nak extend kut? Lagipun duduk berjauhan susah bagi kami sebab tak ada support system yang boleh membantu.. Mengurus anak 2 org smbl mama busy kerja is totally absurd.. Tak sanggup.. Kalau dibayar sekalipun mama tak rela rasanya sebab ketenangan jiwa lagi penting hahaha

Mama harap papa berjaya.. Dia prepare untuk harini since dec.. Dan harini session dibuat memang untuk dia sorg aje.. Depan panel 6 org.. Ya Allah bagi la papa berjaya..

Selasa, 21 Februari 2012

bila mata nak zzzzzzzz

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

bajet nak semangat dengar le lagu macamni.. jangan putus asa mastura :)











versi melayu nanti la ek :)

korang dengar lagu apa kasi semangat up? share sikit boleh juga dengar nanti

Isnin, 20 Februari 2012

kecewa tah ape2 je

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

since last week berat badan stagnant.. ciskek.. kat 56kg dia stop.. tak mau turun sudah..

maka minggu ni boikot calorie count.. pandai2 la makan sikit2, minum air banyak2.. dan pakai pb non-stop (at least 6hrs a day - 8 hrs x berjaya sbb zuhur kantoi nak solat).. tiap2 hari pun jaga makan tp calorie kurang dalam 100kcal juga.. takkan nak balun nasi kari hari2 kut.. hahaha

sebab kekecewaan yang tah apa2 ini maka mama hadiahkan lagu ini untuk diri sendiri..




hahaha jangan tampar mak nak.. mak stress mati kutu dalam lab ni.. kerja melambak2.. rehat sat na.. kitkat takdak dalam laci.. :P



Jumaat, 17 Februari 2012

exhaustion

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

tak tau nak cakap apa dah.. penat sebenarnya.. tapi tabahkan hati... nak explain tapi karang orang kata mengeluh.. fikir dan fikir balik ada lagi orang yang lebih penat..

orang kata rehat.. tang mana nak rehat? kerja tak sudah2.. kerja study, kerja rumah.. T_T tapi ada orang lagi banyak masalahnya..

biar Allah aje la yang menilai.. cukup.. ukuran letih berbeza dari sorg ke sorg.. mujur juga masih punya suami yang membantu walaupun dia juga busy..

kena lagi banyak bersyukur.. sebab ini semua Allah yang beri :)

Khamis, 16 Februari 2012

hati hati cik salmah

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

Dalam dunia ni ada penipu dan ada yang ditipu..

kalau ko menipu, harini orang kutuk ko bagai nak gila.. suruh ko sedar diri walaupun beria2 ko cuba deny kata orang lain dengki dengan ko.. sehingga la satu hari ko jatuh terkelepuk gedebak buk atas tanah.. masa tu tak guna dah.. orang kata tu la dah cakap takmau dengar kan? masa menipu tu tak fikir ke? elok ke tidak ke? nama baik sendiri ke? nama baik mak ayah ke? serius? tak terfikir? sebab sedap? huhu..

yang ditipu, haih ko pun satu.. takkan ko tak sedar yang ko bakal ditipu? tak buat homework? background check? atau ko memang sengaja membiarkan diri ko ditipu? ntahle.. tapi sebaik2 jangan la kena tipu.. sakit hati tuhan aje tahu..

jangan lupa satu benda je..

KARMA

musang yang tidak berbulu ayam

kubur masing2 biar masing2 sendiri jaga..

p/s - aku bukan penipu walaupun aku pernah ditipu.. tsk

Rabu, 15 Februari 2012

hari kekasih

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

gebu - google image

semalam valentine day.. eh2 jangan risau, mama tak sambut.. cuma nak cerita kerenah sambutan valentine's day kat jepun ni..

sebenarnya yang sambut kat sini bukan semata2 pasangan kekasih.. hampir semua orang sambut la.. haha.. nak gelak pun ye juga.. sebab dia jadi macam culture memberi hadiah2 comel2 macam coklat, kek yang dibuat sendiri oleh orang2 perempuan dan diberikan kepada lelaki2 yang dikenali. ada juga bagi pada sahabat perempuan yang lain..

sebab dia dah jadi budaya maka biasalah, bisnes jadi kencang.. asal valentine aje penuh kedai2 dengan baking accessories and gadgets comel dijual - seronok! hahaha.. macam2 ok.. nak cupcakes/kek punya adunan siap pun ade, mould cantik untuk buat kek, pembungkus comel ya Allah rambang biji mata mama..

yang lagi menarik kat jepun ni, kalau pasangan kekasih, 14 februari sang perempuan akan bagi hadiah. bila tiba 14 mac, si lelaki akan memberi balasan hadiah - white day. hahaha.. memang saja cari alasan nak beli hadiah ek?

semalam ada kawan2 yang beri hadiah sesama rakan lab, beri pada cikgu - rajin ok, bake benda comel2 dan bungkus satu2.. aiman dari dari cikgu kumon dia.. haha.. layankan aje le.. budak tu tak tau valentine.. dia cuma tau coklat sedap boleh makan..

agaknya sebab mereka ni kurang agama jadi depa suka celebrate benda yang loving2 gini bagai budaya.. tak risau disalah faham dari sisi agama.. bagi depa yang penting berkasih sayang..

nota - orang islam tak boleh sambut valentine.. sila ingat tu.. nak sambut hari kasih sayang sambut hari2.. sebab kita sayang orang bukan sehari je :)

Selasa, 14 Februari 2012

Persoalan

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

Kadang2 mama ada dapat soalan, dr FB, dr twitter macammana living di Jepun, macammana life bila dua orang study, macam2 la jenis soalan.. kadang2 mama rajin maka berjela2 la mama jawab.. bila tak rajin alahai.. kesian pada si yang bertanya soalan..

So bagi adil dan untuk tujuan rekod mama juga,

mama set up blog D-I-Y Mommy (asal mama guna blog ni untuk shaklee) untuk jawab semua soalan2 berkaitan kehidupan keluarga malaysia di jepun.

so feel free to drop by - kalau ada soalan, cadangan atau idea2 yang boleh digunakan secara ilmiah boleh la singgah ke blog ini.. kalau ada sahabat atau kenalan atau siapa2 aje le dari malaysia nak tanya pasal kehidupan bekeluarga sila ke..

D-I-Y Mommy (a mom turns student diary)

blog mybittersweetlife ini macam biasa la.. tempat merepek dan lepas2 stress :P

sayang ok blog ni.. hugs ketat2..

Isnin, 13 Februari 2012

Chapter 2 page 44

Dah hari ke 13 bulan februari - tinggal 18-19 hari sebelum masuk mac.. Al-fengsan sebab janji dengan cikgu nak settle analisis by end of the month.. Yikes!! Cabaran sungguh sebab ada seminggu lebih setback anak2 demam haritu..

Harap2 sempat siap..

Sebelum tu.. Nak brag :p bila lagi kan? Ngahahahaha.. Ya.. Mama dah capai angka depan yang diingini.. Sket lagi kasi settle itu perpuluhan..

Alhamdulillah.. Mama tak diet.. Cuma jaga makan.. Tak makan lewat malam sangat dan banyak minum air masak (bab ni selalu kantoi sebab tak tahan berlari2 ke toilet - haha)

Lepas ni nak nombor baru boleh? Nak 54.. Haha pastu kita menten.. Kalau turun lagi memang takut la sbb kang
lagi kurus dr sebelum kawen.. Tak gila?

Jumaat, 10 Februari 2012

tengah mengantuk macam ni la

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


Hari jumaat bermakna?

1. minggu ni dah nak habis -- err progress? ngeriiii
2. esok ke mana2 ke duduk rumah aje? -- mmm tengok cuaca la juga kut
3. nak masak apa? - bab ni memang stress.. kalau weekend sampai 3-4 kali masuk dapur layan perut anak beranak. asal jumaat je kena plan siap2 lauk untuk weekend..
4. esok lusa kerja biasa 'nak cuci bajuuuu nak cuci bajuu' (ikut labu labi)
5. eh esok ada hindustan kan? betul ek ada kuch kuch hota hai? --- aaaaaa aku sokak cerita itu
6. petang ni kena keluar duit extra supaya boleh beli lauk sedap2 untuk makan weekend -cerita makan lagi? ngahaha

dah ok.. sambung kerja.. yang lelaki, jangan lupa solat jumaat ok

Rabu, 8 Februari 2012

cita-cita tinggi menjulang

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

harus istighfar banyak2 sebab dok kerja compare anak sendiri dan anak orang lain.. mujur kawan2 twitter ada sama2 maka takle rasa berseorangan..

nak bubuh milestone untuk anak sendiri rasanya macam tak patut.. sorang baru umur 4 thn sorang lagi baru 2 tahun.. kejam pula rasanya nak bubuh milestone boleh itu dan boleh ini..

maka, anak2, kita buat yang termampu.. mampu bagus alhamdulillah, tak mampu kita usaha, tak boleh juga kita tawakkal.. lain2 kita serah aje pada Allah.. kita boleh merancang tapi kalau esok anak2 mama jadi jutawan islam dan lelaki gentlemen terbaik mana nak tau kan? ffuuuhh harapan sungguh!

yang penting kena tetap iman, jadi anak2 soleh.. yang tu takde sapa2 boleh jual beli..

sekarang ni mari belajar lagi :P

mama: Aiman, ni ape.. eeeeggggkk (egg laaaa bukan eeeeeggggkkk) ~ T_T bertukar hijau kejap2

jangan takut dgn bayang2 - takde kena mengena dgn entry

Isnin, 6 Februari 2012

Burger daging sedap

Tajuk memang boleh membangkitkan dengki hahahhaa (nota: entry ke 1000 ni weehooo)

I recently found a blog somewhere (lupa dah) how to make beef patties.. Almaklum terlebih bijak tukar2 sesuka hati resepinya.. Yeay jumpa rasa yang sedap kat tekak..

Boleh buat untuk jadi burger patties mahupun slices jadi inti untuk tortilla..

Resepi

1 genggam daging cincang - mak tak timbang tadi.. Tp lebih kurang 100gm daging cincang
7-8biji cendawan butang.. Takde cendawan butang taram 3 cendawan shitake pun sedap - tested n proven
1/2 biji bawang besar
1 biji telur
1-2 sudu makan steak seasoning- mama pakai yang ni


Sikit garam, serbuk lada hitam
2-3 sudu serbuk roti - agak2 nak bagi boleh melekat

Cara

Blend telur, bwg n cendawan

Campur bahan blend dgn bahan2 td

Kalau nak sedap lagi perap lama sikit.. pastu boleh buat bebola macam hamburger.. takpun, letak between 2 keping baking sheet kasi gelek bagi rupa burger patties biasa..

nak masak boleh terus atas kuali dgn minyak sikit - macam burger biasa

atau grill untuk 35-40 mins sampai masak..

nom nom nom
ni goreng mcm burger biasa
ni grill dlm oven

senang dah.. takde le kempunan telur tembakul.. eh burger sangat.. hahahaha

And when i thought...

everything is ok, papa pulak demam :( serius tak terkata apa dah.. Memang bergilir la demam.. Tinggal mama je lagi.. Ya Allah, tak mau sakit.. Kalau sakit sapa nak tengokkan semua orang. Haritu sakit perut pun kesian kat diaorg makan roti aje..

Pagi tadi mama dah siap goreng nasi untuk papa, ada croissant utk breakfast papa.. Jangan lupa makan ubat ye papa.. Rest..

Anak2 mama hantar ke kindy.. Harini hujan lak tu.. Syahdu sungguh kalau ngayuh basikal dalam hujan ni.. Takpe2.. Ada hikmah ni.. Kena sabar..

Moga2 papa cepat sihat dan anak2 ok.. Mama ke lab as usual.. Kerja seminggu tertangguh.. Tak boleh lambat.. Mama nak grad on time..

Orang mesia harini cuti lagi kan? Selamat bercuti.. Mak jeles ok.. Tapi takpe.. Nanti balik mesia mak cuti pulak sama cam korang.. Jalan2 :p

Setiap ujian yang Allah beri ni mesti ada habuan baiknya nanti kan? -- sedapkan diri sendiri

Ahad, 5 Februari 2012

tak mahu macam semalam - in certain sense

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


dari selasa sampai jumaat dok jaga anak2 tak sihat.. study habis kelaut paling dalam.. ngahaha.. hampagas sungguh.. siap emel sv minta maaf sebab minggu ni tak buat kerja.. ya Allah.. seminggu jadi behind schedule ni..  teruk betul..

ok, citer lain.. bajet jumaat masak sedap2.. try masak asam pedas daging.. makan tak agak2.. siap malam makan dengan roti canai lagi (punya la lapar tah ape2) - bila tengah malam rasa lain macam.. eh2.. kenapa ek?

sekali pagi semalam ya Allah perut macam masuk angin.. habis sehari dok mengeluarkan isi perut.. macam orang mengandung.. haih.. agaknya tak kena kut lauk tu.. serik la nak masak lauk gitu dah.. mujur papa tak kena apa2..

tapi sebab dr layan sakit perut angin tu mama ajak papa keluar.. tak boleh jadi.. kena ambil angin luar.. siap mekap2 lagi ok kasi semangat nak jalan2.. dah banyak hari dok terperuk dalam rumah..

ntah apa angin la semalam tu.. siap beli kasut baru untuk anak2, baju baru untuk aiman (baju kecik2 tak cukup untuk winter ni)

harini alhamdulillah anak beranak ok.. tinggal papa pula batuk2.. harap2 next week semua orang sihat :)

hambik tunggu bas pun posing yo

Rabu, 1 Februari 2012

Progress kurus

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

yang selalu singgah mesti perasan mama tengah cuba nak kurangkan few kg lagi.. kalau korang ingat entry sebelum ni yang mama dah start guna apps untuk kira calorie.. so inilah resultnya untuk minggu ini


haha yang naik terbabas tu weekend..haha.. nampak nau melantak masa weekend maka zass dia naik :P insaaaaffff

for record.. turun selepas 2 minggu (lebih kurang) sebanyak 900gm -- ok tak? ni rutin biasa.. makan macam biasa cuma portion kurang sikit dr biasa..

selama 2 minggu ni yang mama tak makan

1. fast food
2. bicarbonate drinks

1 hari makan okonomiyaki kat luar.. and makan lunch kat cafe

happy with the result.. current BMI 22.2 - normal - alhamdulillah

another 1.8kg -- am aiming for 55kg by mac.. kena extra rajin sikit :) spring dah dekat.. nak pakai cantik2 http://www.emocutez.com

the end...

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


bunyi suspend habis! tapi benarnya.. the end of the first month of 2012 -- aiyayayaya.. kejap sangat sebulan berlalu.. maka makin dekat mati, makin dekat time nak habis study (aaaaaaa takutttt) dan makin ehem menua :P

so what happened on the last day of january 2012?

pagi2 lepas hantar anak2, mama ke lab macam biasa - success kemas meja mama, vacuum my corner, lap meja yang berhabuk dan susun paper yang perlu dibaca, buku2 kemas bagi ada ruang baru, feel baru untuk kerja.

then lunch as usual.. check elaun owh alhamdulillah dah masuk.. sekali yang masuknya mama je, papa punya tak masuk lagi.. aiyoh.. semalam dateline sewa rumah dan hutang2 serta bil2 yang dah macam tinggi gunung fuji.. so mama balik awal nak ke bank semua (unfortunately kampus mama jauh dari pekan so kena patah balik ke kampus papa)

selesai aje bayar bil, sensei Aiman call kata demam panas -- 40.4deg! haih! zasss ambil aiman, bawa ke klinik.. klinik pulak tutup kena tunggu sampai pukul 5ptg..

masa kat sekolah aiman n klinik depa start risau takut influenza. ramai budak2 kena time ni. orang tua pun.. lepas je balik dr klinik, suapkan aiman makan (ok, dah rasa macam laju gila sbb masak semua hntr aiman klinik) bg dia makan ubat..

malam sponging aiman smbl ber-twitter dgn kwn2.. pukul 9 lebih kurang papa tidurkan aiman, baru mama boleh mandi, kemas2 sket.. ok.. semalam memang tak sempat study.. sempat organize data untuk analisis aje.. harini la nak start buat kerja.. aiman dah turun temp. pagi ni 37.4 alhamdulillah.. so bg pcm n ubat selesema aje.. esok kalau masih belum kebah papa take turn jaga aiman kat rumah..

aidan pulak harini ke nurseri macam biasa. alhamdulillah aidan ok.. mama kena kerap lagi bagi scott emulsion kat budak2 ni supaya tak demam or sakit.. takut la kalau anak2 sakit..

haha, ni malam tadi.. practice jadi org kaya :P

harini aiman practice kumon - muka segar hrni

sementara aiman rajin study ni mama nak samb kerja kejap..