Isnin, 23 Mac 2009

in search for a perfect body-episod 2


pengumuman: sila baca entri2 berikut di bawah tajuk ini 'at your own risk'.. sebarang ke'terjebak'kan (ada ke?) adalah tidak ditanggung.. hahahaha

 

di sinilah kisah itu bermula

 

mama nak sambung cerita dari episod satu.. alkisah, lepas je honeymoon maka mama telahpun terkena itu 'buatan orang' hahaha.. biasa la tu kan.. bila dah jadi macam tu, bermulalah kisah badan mama menjadi belon yang besar dan lambat betul surutnyaaa.. waaaa.. cuba la bayangkan dari 52kg masa disember 2006 menjadi 73kg pada september 2007!!! yang lagi menyayat hatinya, masa nak bersalin tu boleh la pula Dr tu kata, "oo, baby kecil je ni" HAH?? mana datangnya itu lemak berlebihan?? uuuuu.. tak mengapa la juga bab tu.. yang lagi tak boleh tahan tu, lepas pantang body hanya susut jadi 69kg je.. waaaaAAAaaa lepas tu asyik turun naik turun naik.. aiyoyo!!!


ini masa 4 bulan mengandung
ini masa 7 bulan - kenduri lami n aishah
ini masa kelas antenatal - almost 8 bulan.. aaaaa.. macam belon!

  • pencarian penyelesaian masalah itu

nak jadi cerita, mama ni memang DNA dan family history besar2 belaka.. boleh bayangkah anda akan kesusahan mama nak kasi kurus badan?? aaaaa..

bincang la dengan papa, macam mana nak buat ni?? jadinya, beberapa kaedah dicuba

KAEDAH 1: Join gym class - kalau siapa2 pernah lalu tepi highway plus menghala utara, mesti bila sampai dekat2 dengan Juru Autocity tu nampak ade satu gym besar itu kan? HAAA.. jangan tak tahu, itu la tempat gym yang mama apply dulu.. pujuk papa teman daftar kat gym tu.. macam2 la kelas masuk.. toksah cerita aa.. tapi tak lama.. sebab biasa la, guna kaedah gym nak kurus bukan nak menjadi sangat bagi orang kuat makan macam mama.. bila penat kerja je, mula la malas nak ke gym.. habis lebur RM1200 untuk setahun kat situ.. huhuhu

 

KAEDAH 2: mama dah stress dah masa sebelum guna kaedah ni.. sebab dok nak cepat je kurusnya.. kata kat papa, boleh tak makan ubat kurus? papa bising, sebab masa tu masih susukan aiman.. takut efek.. jadi apa mama buat?? aaa, aku taburkan duit pada MA.RI.E FR.A.NCE haaaaaa... jangan tak percaya.. ku telah berjaya taburkan lebih RM10k.. tanya la treatment apa mama tak pernah buat kat MF tu?? BTS, LPS, FELTT, BELTT semua kejadah yang ada dah mama cuba.. hasilnya? uuUUUuuu, memang tak dinafikan.. dari 69kg tu boleh turun jadi 60.5kg dalam 8 bulan (sebab kadang2 mesti ngelat pi MF bila sibuk kerja)

 

memang la, kalau kita ada duit boleh la try tempat canggih2.. mama memang puas hati dengan MF itu.. tapi apakan daya, bak kata tagline dia 'Beauty is all about constant improvement' kepala!!! mana aku nak cari riban2 lagi nak kasi turun.. to tell you guys, sampai sekarang mama masih ada saki baki treatment yang nak dihabiskan - lebih kurang 10 kali lagi treatment.. lepas ni taubat dah.. uuuuuu

 

KAEDAH 3: makan- makan. mama akui ada orang memang hebat bab ni.. BOLEH TAHAN MAKAN adalah satu dari attributes orang- orang makam tinggi yang mama tak ada.. mana boleh tahan beb.. bab- bab boleh tahan makan dengan menggunakan supplement dan ubat2 memang adalah jurus tinggi yang mama tak boleh ikut.. you name it, I have tried it - dari HER.BA.LI.FE (kos sebulan dalam RM200 lebih) ke TEH O.RAN.G KAM.PUNG, ke JA.MU TE.A ke PIL HA.LIA DU.NI.A HE.RBS semua dah pun mama try.. HL mama tak sanggup sebab monthly sakit lor.. nutritionist kat MF pun dah pesan kat mama jangan ikut itu diet.. so, saya quit.. kendian teh2 yang telah disebutkan tadi LANGSUNG TIDAK memberi efek kepada mama.. orang kalau minum teh tu boleh jadi sakit perut ya rabbi, mama rilex aje.. serius tak rasa apa2 pun.. PIL HA.LIA tu pula, mama okey sikit la makan.. tapi macam takut2 dengan efek sampingan..

 

KAEDAH 4: haaaaa... kaedah empat ni banyak memberikan kesan positif pada mama.. senang nak guna (hari- hari boleh guna kat ofis) tak semahal MF (hanya 1/4 dari kos MF mama) dan tak guna makan- makan dan ubat- ubat yang tidak diketahui efek nya..

 

mama dah gunakan kaedah ni since 20/2/2009 dan alhamdulillah, papa puji mama.. even wancu mama pun tegur tengok shape body mama.. seriously, my weight tak turun mendadak, in fact masih belum turun, cuma shape dah nampak.. lagi best sebab last Friday, mama measure body fat kat MF, nutritionist tu pelik betul tengok weight tak turun mendadak (20/2/09 - 63.1kg on 20/3/09 - 62.9kg) tapi yang penting BODY FAT TURUN 5% wowweee yang MUSCLE bertambah dan WATER CONTENT meningkat (tahukah anda body kita mesti ada 55% water untuk mudahkan pencernaan dan membantu proses pengurangan berat badan? mama punya sekarang masih low - 44% - last time 38%) ooOOoo saya amat- amat sekali jatuh cinta dengan produk ini!! in fact, I'm currently using it NOW!! oh oh oh

 

nak tahu ape ke bendanya?? haaaa....

 

nanti saya kabarkan dalam entry seterusnya.. suspen2..

 

enjoy gambar- gambar la dulu ye..



23-03-2009 Gambar terkini


Tiada ulasan: