hari selasa punya entry memang macam letih aje bacanya kan.. cerita frust2 ni tak payah dipanjang2kan.. harini kita cerita pasal meroyan.. orang dulu2 kata kalau meroyan ni bahaya!!!! ye, semalam mama telah meroyan.. kali ni di klcc.. alkisah, dari itu hotel co.ru.s jalan kaki tidak sampai 5min sahaja.. dah disebabkan (read: ini alasan besar!!) sesi tengahari itu habis awal.. dan mama masih tidak mahu cabut kaki kerana ada satu prospect PhD sv akan present disebelah petang, maka mama fikir, mungkin sempat juga kiranya ku lari barang sekejap untuk ke klcc.. alkisah, pagi semalam jua telah kuterima sms untuk promo hello kitty m.a.c itu.. ini sudah tidak boleh jadi!!!!!
makanya, tepat pukul 12.15pm ku tiba di klcc... agenda pertama: singgah di itu M.A.C.. masih ingat entry mama pasal kedai yang tak boleh disinggah itu (tag 5 kedai tu) haaa.. telah kutahu mengenai hello kitty comel itu.. tapi hati bergelora ini pergi juga menyinggah.. tanya pada SA "hmm, boleh tak I nak tengok range hello kitty itu?", jawab SA yang comel "hello kitty tu sekarang cuma boleh beli cash.. kalau tidak kena tunggu minggu depan".. mama jawab "owh, ye ke? (sambil kira2 duit dalam poket.. dalam otak aje ye)", SA kata lagi "kalau nak tengok pun kami memang tak letak tester.. jadi beli terus sahaja.. kat US range ni dah sold-out"
hmm.. mama tegaskan di sini, sapa- sapa yang alah2 dengan itu m.a.c, sila jangan meroyan bila tengok range itu... sebabnya, memang CANTIK!!! waaahhh.. comel sangat itu hello kitty!!!!!!!!! mama lovey dovey jatuh hati gedebuk dengan lipstick nya dan juga pemerah pipi itu.. weewooo.. nak tahu apa dirembat (pics akan diupload later- sebab dalam kereta, segan dgn MIL nak pi ambil dalam keta.. ahakss)
yang berjaya dirembat - hello kitty lipstick (2nos) lip gloss (1-untuk nana) blusher (1-untuk nana.. tapi macam nak kena beli lagi satu untuk moi.. sebab dah try malam tadi dan fall in love lagi.. wakakakkakak) dan 1 finisher compact powder untuk moi.. packaging sangat menggiurkan.. hahahahahha.. jangan tak tahu, kalau ke m.a.c sekarang, range ni dalam laci je.. dan dah siap ade orang BOOK!! veryyyyyyy limited..
dah selesai meroyan kat satu tempat, kita sambung meroyan dekat satu tempat lagi.. mama dah berhajat dengan 2 benda - satu kasut baru.. sebab menyampah sandal snowfly ku itu sudah ada bulu2 keluar.. grrrrrr.. dan wallet baru sebab dah nak terkoyak wallet ku itu.. kesian rasanya bila tgk... macam tak mampu nak beli yang elok je.. kasut tu baru je beli bulan 11 aritu (pakai hari2 mana tak lunyai??) dan wallet itu sudah melebihi 3 tahun maaaa... hati tergerak nak jengah itu kedai.. maka, ini lah hasilnya..
hehe.. terus pakai tu.. ade ke jual 2 kasut rm250.. giler betul!!!!!!!!!! satu lagi kasut kaler light green.. untuk pakai dengan baju kurung sesuai sekali..
semua hasil meroyan itu hanya mengambil masa SATU JAM SAHAJA!!! pengsan!
tengahari lari balik lunch kat hotel.. makan free maaa.. sapa boleh resist!!! petang pula, lepas dah selesai segala mak nenek agenda conference, mama lepak dalam bilik kawan mama (read: dia AP - bilik suite.. mama jeles.. tak sabar nak jadi AP juga.. ahaksss) lepas mandi2, solat2, mama racun kawan mama ke klcc balik.. hahahhahaha... hampas betul.. sebabnya mama dah janji dinner dengan kawan2 (upload istimewa untuk fanor selepas entry ini) makanya mama n kawan gi semula ke klcc.. masuk itu isetan, dirembat pula ini..
dengan alasan - pencuci muka nak habis.. sebenarnya nak dapat coupon free cakap je aaa
memang dasar tak boleh ada duit sikit aku ni!!!
entry ini akan disambung dengan cerita malam tadi selepas ini..
sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan