Memaparkan catatan dengan label membebel tah ape ape. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label membebel tah ape ape. Papar semua catatan

Rabu, 11 Julai 2012

to sunglass or not

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


korang perasan tak kadang2 ada orang dia lagi lawa pakai sunglass dari tak pakai sunglass? contoh jon bon jovi.. pelik rasa tengok muka dia x pakai sunglass.. n sting (the police).. pastu atsushi (exile) - aku ni benarnya tgh in love dgn atsushi.. muka ganas habis tak pernah buka sunglass dia hatta dalam dewan gelap sekalipun (ape tah yang dia nampak tak tau le hahaha) tapi suara alamaaakkk cair mak.. dah le nyanyi lagu jiwang2 aiyoh! lemah betul aku ni tau dengan pesen2 gini, bad boys type.. tp takpe, i like my next door boy much la hahahahahha.. ampun pa ampunnnnn



pasni leh karok lagu ni.. ehehehehe 



suara mamat ni kan.. ish la ish hahaha

Untitled
Nah, ni couple kegemaran blog ni dengan sunglass..

dah habis merepek.. nak samb kerja.. 


Khamis, 27 Oktober 2011

review sebab seronok

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

Jangan risau, review ni memang tak dibayar langsung.. apetah lagi nak menang macam Di green apple tu.. tapi mama share kat sini sebab mama puas hati (so far) dengan produk ni..

kawan2 twitter maybe ada dah tau mama beli ini (err korang tak ingat? haha) masa balik mesia haritu.. nak beli krim2 dari sini tak reti la nak explain kat orang jual tu apa jenis kulit semua.. haha.. jadi paling selamat beli sendiri la masa balik haritu kan?

gambar google
adik mama cakap krim ni berminyak sikit.. owh, maybe sebab orang lain2 la kut.. lagipun kat tempat sejuk kulit mudah kering so mama bajet ok la kut kalau pakai kat sini (agaknya kalau korang duduk dalam ofis yang sejuk gedi pun ok la krim ni)

so far mama pakai hari2 pagi, sebelum keluar ke lab.. mama tak pakai krim2 pemutih ni sebab tau dan sedor diri memang takkan putih pun -- mungkin kalo jadi mayat leh putih la kut.. tu pun putih pucat.. ahahaha lawak seram.. dulu masa study pernah gatal la pakai pemutih ni tapi last2 muka jadi berbelak n bertompok.. kat mata hitam, dahi n hidung jadi berminyak.. since then takde dah.. stop sudah..

masa sebelum kawin sampai dah ada aiman galak pulak pakai SKII owh memang best sangat la tapi koyak poket kalau continue masa belajar ni.. sebelum balik bercuti haritu tempek krim nivea aje yang mcm ni (sampai la ni dok pakai masa malam atau bila rasa kulit kering)

dah 4 tiub pakai.. puas hati.. senang masuk beg pun sebab kecik

so, apa jadi lepas tempek olay tu? so far ok la.. nampak pores memang kecik especially atas hidung.. pehtu, guna olay ni sebelum pakai bedak memang best sebab licin aje bedak tu atas muka..

nak rekemen pun tak reti kan? tapi ok la produk ni... tak semahal SKII dan nak beli pun merata ada.. mama beli pun kat carrefour midvalley aje ha.. sempoi..

owh, tayang muka lepas sebulan pakai krim ni..

muka hari ni -- err ok tak? tak cakap ok merajuk mak!! --
bedak pun nipis sangat time ni, lipstik haram memang takdak

ni minggu lepas

maka sesuai la krim ni untuk orang2 berkaler macam mama ni kan? hahahaha

Khamis, 2 Jun 2011

hal dunia semata

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

ya ampun.. boleh jadi stress naik darah, turun darah, bila baca berita2 dari malaysia.. ape jadah weh!! buang baby dari atas bangunan la, ngaku takde dara umur 14 tahun la.. marah ok marah!!

kalau orang cakap nak kiamat tu betul sangat la.. terutama untuk orang malaysia.. dah macam takdak sivik punya orang pun ye juga.. nak jadi jahiliah.. bangga sangat ka? mama pun pernah muda, pernah juga buat tabiat nak try itu, nak try ini.. nak rebel tak tentu pasal.. tapi masih ada iman.. masih ingat pesan jaga air muka emak abah.. ini apa nak jadi?? tak malu ke?? bangga sangat ke?? boleh bawa sampai ke mana bangga tu?? ke kubur?? hebat bebenor ke??

alahai.. selagi belum pegang duit sendiri, belum ada hidup sendiri.. toksah la buat benda2 bodoh.. buat malu bangsa, dan agama je..

yang paling mama berasap sangat2..

BUAT MALU KAUM PEREMPUAN!!!

geram pulak aku ni!

kalau anak aku, aku rotan depan2 khalayak!!

Khamis, 10 Mac 2011

boleh jadi hangin satu badan..

السلام عليکم

Hati masih suam2 kuku pasal isu yang tak sudah2.. baru nak reda, dia menjadi balik.. cuba la bagi hari ku tenang sikit.. dari minggu lepas dah isu ni tak selesai.. sakit hati ok.. kang kalau buat tindakan drastik kang takut pula kamu sakit jiwa nanti.. tapi kalau idak hati aku yang dok terbuku.. dahle aku ni fesyen tak reti simpan dalam hati.. kang ku laser baru tau..

susah bila kita kena jaga hati orang tapi orang tak heran pun hati kita.. benda sama berulang2 nak cakap.. benda biasa kita dengar kan? habis, takkan nak kena marah baru nak sedar.. itu pun kalau sedar.. kut kalau kamu tu jenis bengap tak reti bahasa dan tak makan saman serupa baik aku tak payah cakap apa2 pun kan?

tak pasal2 aku kena buat perangai plastik sekarang ni.. plastik, kamu tau apa tu plastik? haa.. kalau tak tahu pi google la weh.. takkan sampai macam tu pun harus aku suap pada kamu.. takkan aku perlu mengia dan menggangguk dengan setiap kata2 kamu? kamu tua, kamu patut lebih matang dari aku la.. owh, lupa.. umur bukan melambang kematangan.. habis, kamu layak berperangai macam budak?

sabar2.. dari aku melayan kamu, baik aku pi amik wudhu solat.. dah! SOLAT!

saja potong stim korang.. mama tensi sekarang ni.. tensi sangat..

kang ada yang p bercuti dengan muka plastik aje kang ni..

ماما أيمان

Rabu, 2 Februari 2011

WW not!

harini maaf le.. takde WW.. sebab nya, telefon tertinggal dirumah.. kesian kat blog ni.. macam nak kena abandon gitu.. WW mama selalunya fresh gitu.. upload dari ipong sebab senang benar guna wordpress itu..

yet to update nice things.. tengah serabut kepala otak memikirkan hala tuju research.. hehe.. progres minggu ni tak lapor lagi pada cikgu besar.. semalam cikgu besar (supervisor mama le) masuk lab, mama tertunduk2 je takmau kasi dia nampak.. kuang3.. report kurang memberangsangkan.. kecewa pun iye juga.. sebabnya menunggu2 orang malaysia reply emel adalah seperti menunggu bulan tak jatuh2.. ade pahe? hahaha.. letih dah mokcik.. semalam pun ada emel juga.. maybe ramai benar cuti seminggu nak sambut tahun baru cina, maka kita bagi chance sampai minggu depan.. tahan je le telinga nak ngadap cikgu jumaat ni (harap2 cikgu takde - BOLEH? ahahahha)

kalau ikut pe'el kerja orang mesia (termasuk mama juga) selagi tak hadap muka orang tu selagi tu la benda yang kita nak tak dapat2.. nak buat camne kan? sabar aje le.. tu bukan melayu aje tau.. orang lain pun 2x5 juga.. toksah la temberang kata orang mesia tu tip top bab2 responding ni.. hampeh ajo..

haritu kan mama cakap nak update pasal festival hantu kan? (節分の日) esok la bendanya.. kat depan uni je penuh dah orang bukak gerai2 jual makanan - selamat dah mama telan takoyaki ngan taiyaki (err, betul ke saya eja kak su?) - baulu bentuk ikan isi dalam dia kacang merah (owh, heaven.. balik kang beli laie) depan uni kami ada shrine (temple) yang akan celebrate halau2 hantu (kesian hantu2 ni kena baling dengan kacang soya - mau ku kutip buat susu soya kang..) so kalau takde aral, esok curi masa kejap p sana.. nak tengok juga kejadahbenda yang depa nak buat.. harini baru tahu, hari halau hantu ni selalunya dibuat bagi memisahkan 2 musim.. esok kan dah start kalendar baru tahun cina, aaa.. kira official la tu.. masuk musim bunga walaupun suhu kat sini sejuk lagi.. hehehe..

ok la, sudah merepek.. nak sambung pening baca jurnal lagi ni.. daaa

Khamis, 27 Januari 2011

emak cakap

nengok retis dua orang tu pelik betul berebutkan lelaki.. malu la.. awak tu perempuan.. dulu2, arwah emak selalu pesan, benda kalau belum betul2 confirm dapat jangan la kecoh2.. kang kalau terlepas macammana? haa.. ni la jadinya.. pung pang pung pang dah satu mesia tau ko cinta la, kawin la, cerai la, ditinggal la.. malu ok.. mana letaknya kehormatan korang sebagai perempuan ek..

yang lelaki pastinya bersorak sebab dua perempuan berebutkan dia.. eee.. malunya..

cuba la jadi perempuan yang baik.. sebab perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik.. vice versa..

dah, merepek dah ni

Isnin, 17 Januari 2011

semangat membuak2..

semalam kuar kejap ke sanjo konon2 sekadar nak tukar2 duit dan makan tengahari (dapat juga makan udon dengan tenang semalam).. pastu bisik2 papa, boleh tak nak tabur sikit duit kut2 nampak benda murah? papa kata boleh aje.. ape laie? ala2 naik sheikh gitu..

agaknya sale ngabihkan stok kut kat kyoto ni.. merata2 sale.. ape jadah korang ni ha? sokmo sale? kekekeke.. tak kisah la.. maka kami pun jengah kaki masuk uniqlo.. mmm.. tak best..

pastu masuk pulak Gap.. weee... best2.. papa dapat cap n muffler, aidan dapat 3 helai t-shirt (ada additional less maka tinggal 640yen - RM25) aiman tak beli apa2 sebab dah banyak barang awang sorang tu..

mama pun melilau la gak nak cari something untuk diri sendiri.. alih2.. hampaassssss.. dalam hidup mama, paling sakit hati tengok baju2 cantik tapi saiz 0, saiz xxs (extra2 small??? taik aa luuuu) itu adalah bongok.. aku nak kena kurus sampai camne baru nak boleh pakai baju2 tu? bengkek ati ok.. takkan nak kena jadi cam jerangkung baru leh muat pakai.. kalau kat GAP mama saiz m.. standard la kan? tp yang tak leh blah sebab saiz baju yang tinggal xxs dgn xs je.. ape jadah buat sale! baik bagi sedekah aje weh.. itu pun kalau bagi kat mama aku buat jadi kain buruk aje noks

kadang2 designer ni tak logik dek akal.. menggalakkan orang jadi aneroksia je le kekdahnya.. diet2.. belahak ku nak diet lagi weh! anak dah dua takkan nak nampak tulang2 lagi weh?? giler! hangit satu badan ok..

tolong la para designer baju.. tengok la realiti.. badan wanita ni camne.. yang curvy2 cam mama ni mana nak dapek merasa baju cantik2.. sokmo takdak saiz.. kesian la kat kami weh!

ahahahhaa.. sekian luahan hati seorang GEMS.. muhehehehe


Khamis, 9 Disember 2010

not healthy behaviour

harini menyinggah blogg2.. ntahle.. makin hari makin tengok banyak betul blog syok sendiri (ooppsss) minta maaf.. betul la kan.. hak masing2.. ikut suka hati la nak buat apa ye tak? tapi mama takut le sok2 mama pun terikut sama.. dok peraga body sendiri, dok tunjuk kemewahan (takut ok.. dengan Allah satu hal.. dgn LHDN? kwang3) err.. ngeri.. kena beringat.. takut terbabas pula nanti jadi ini.. NARCISSUS (kecintaan berlebihan terhadap diri sendiri.. ouucchh)

copy and paste from wikipedia

Narcissus (mythology)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search
Ameinias redirects here. For the younger brother of Aeschylus, see Ameinias of Athens.


Narcissus or Narkissos (Greek: Νάρκισσος), possibly derived from ναρκη (narke) meaning "sleep, numbness," in Greek mythology was a hunter from the territory of Thespiae in Boeotia who was renowned for his beauty. He was exceptionally proud, in that he disdained those who loved him. As divine punishment he fell in love with his own reflection in a pool, not realizing it was merely an image, and he wasted away to death, not being able to leave the beauty of his own reflection.

Several versions of this myth have survived from ancient sources. The classic version is by Ovid, found in book 3 of his Metamorphoses (completed 8 AD). An earlier version ascribed to the poet Parthenius of Nicaea, composed around 50 BC, was recently rediscovered among the Oxyrhynchus papyri at Oxford.[1] Unlike Ovid's version, this one ends with Narcissus committing suicide. A version by Conon, a contemporary of Ovid, also ends in suicide (Narrations, 24). A century later the travel writer Pausanias recorded a novel variant of the story, in which Narcissus falls in love with his twin sister rather than himself (Guide to Greece, 9.31.7).[2]

Narcissus by a follower of Leonardo Da Vinci
As is common in ancient mythology, there are various interpretations and versions of the Narcissus myth, with the canonical version revolving around a youth being made to fall in love with his reflection after spurning a would-be lover.

[edit] Roman version
In the most famous version, the tale told by Ovid, thought to have been based on Parthenius' version but altered in order to broaden its appeal,[3] Echo, a nymph, falls in love with a vain youth named Narcissus, who was the son of the blue Nymph Liriope of Thespia. The river god Cephisus had once encircled Liriope with the windings of his streams, and thus trapping her, had seduced the nymph, who gave birth to an exceptionally beautiful boy. Concerned about the welfare of such a beautiful child, Liriope consulted the prophet Tiresias regarding her son's future. Tiresias told the nymph that Narcissus would live to a ripe old age, "if he didn't come to know himself."

When he had reached "his sixteenth year", (fifteen years of age, by modern reckoning) every youth and girl in the town was in love with him, but he haughtily spurned them all. He believed them not to be worthy of his love.

One day when Narcissus was out hunting stags, Echo stealthily followed the handsome youth through the woods, longing to address him but unable to speak first. When Narcissus finally heard footsteps and shouted "Who's there?", Echo answered "Who's there?" And so it went, until finally Echo showed herself and rushed to embrace the lovely youth. He pulled away from the nymph and vainly told her to leave him alone. Narcissus left Echo heartbroken and she spent the rest of her life in lonely glens, pining away for the love she never knew, until only her voice remained. With Narcissus unchanged and still scornful of those who sought him, a spurned virgin prayed to Rhamnusia (also known as Nemesis), to take revenge on Narcissus by making him feel unrequited love.[4]

Nemesis heard this prayer and sent Narcissus his punishment. He came across a deep pool in a forest, from which he took a drink. As he did, he saw his reflection for the first time in his life and fell in love with the beautiful boy he was looking at, not realizing it was himself. Eventually, after pining away for a while, he realized that the image he saw in the pool was a reflection of himself. Realizing that he could not act upon this love, he tore at his dress and beat at his body, his life force draining out of him. As he died, the bodyless Echo came upon him and felt sorrow and pity. His soul was sent to "the darkest hell" and the narcissus flower grew where he died. It is said that Narcissus still keeps gazing on his image in the waters of the river Styx.[5]

[edit] Pausanias' version
Pausanias locates the spring of Narcissus at Donacon 'Reed-bed' in the territory of the Thespians. Pausanias finds it incredible that someone could not distinguish a reflection from a real person, and cites a less known variant in which Narcissus had a twin sister. Both dressed similarly and hunted together. Narcissus fell in love with her. When she died, Narcissus pined after her and pretended that the reflection he saw in the water was his sister. Some Greek tales suggest that he was sexually attracted towards his sister, and when she was alive made love to her.

As Pausanias also notes, yet another tale is that the Narcissus flower was created to entice Demeter's daughter Persephone away from her companions to enable Hades to abduct her. Narcissus is a male.

[edit] Hellenic version
The Greek telling of the myth is a moral tale wherein the proud and unfeeling Narcissus is punished by the gods for spurning a male suitor. It is thought to have been intended as a cautionary tale addressed to prideful young men.[6] Until recently, the two sources for this version were an epitome of the works of Conon, a Greek contemporary of Ovid, preserved in the Bibliotheca of Photius,[7] and the segment in Pausanias' Description of Greece about 150 years after Ovid. A very similar account was discovered among the Oxyrhynchus papyri in 2004, an account that predates Ovid's version by at least fifty years and is thought to have been recorded by Parthenius.

In this story, Ameinias, a young man, loved the boy Narcissus but was spurned. As a way of rebuffing Ameinias, Narcissus gave him a sword[8] that a distraught Ameinias used to kill himself on Narcissus' doorstep; he prayed to Nemesis that Narcissus would one day know the pain of unrequited love. This curse was fulfilled when Narcissus became entranced by his own reflection in a pool. Completing the symmetry of the tale, overcome by repentance,[9] Narcissus took his sword and killed himself.[10] Other variants of the Ameinias myth state that, rather than commit suicide, Narcissus did in fact waste away, as in Ovid's telling of the myth.[11]


Khamis, 2 Disember 2010

kena cepat fikir

7 hb ni udah awal muharam ek? cepat benar masa berlalu.. pastu tinggal 29hari lagi sebelum tahun 2010 ni habis.. ya Allah.. cepat nya.. maka sudah tiba kembali masa untuk kita lihat outcome tahun ni dan buat resolusi baru untuk 2011..

ok.. masa untuk berfikir..

ape? korang ingat mama nak reveal awal2 ke?

uish.. kasi tunggu la hari baru ye tak?

hahahha..

saja menambah koleksi bebel2 kat blog ni..

kerana kakiku begitu berharga

tajuk tak boleh blah.. ni semua penangan glee la.. buat mama teringin balik.. dulu2 penah dah teringin nak ada.. tp semenjak menjadi boyak dan alignment lari hampeh la.. ku letak ketepi aje angan2 mat jenin ku itu.. huhuhuhu..

masa baru2 kerja teringin bebenor nak ini

nice kan?

tapi takdak duit pastu lepas kawen beranak dah terboyak merata alignment habis lari.. ahahaha.. kensel!!

sekarang ni tengah 'in' yang ini


GAP punya.. ku ada satu sama kaler.. tp nape rega US punya mahai ek.. ku beli haritu tak sampai RM100.. heran.. maybe rega internet lain kut

Skinny jeans.. mama udah ada 2.. yang pasti mama memang sukeeeeee.. tapi harus ingat ye.. baju mesti lepas montot.. kalau idak tidak melepasi tapisan incik papa.. hehehe..

kalau korang berani untuk try, why not.. mama suka dgn skinny type jeans ni sebab dia 'hold' kaki mama.. senang untuk pakai boots n leg warmer.. selamba tak dibuek org.. ku pakai jeans ini + leg warmer + sneakers.. hahahahaha.. nnt ku amik gambau.. kasi korang gelak jemaah..

yang tak best time2 sejuk ni mama tak pandai pakai kasut jenis bukak2 ni.. huhuhu.. kasut2 ku habis ku simpan dalam almari.. la ni dok lenjan sneakers lama n boots nan satu itu aje le.. *wink2 kat papa.. kenen untuk 1 lagi kasut boleh? hehehehehhehe

sumber gambau adalah internet.. time kasih pakcik google

Selasa, 30 November 2010

dia datang lagi..

yang kenal mama luar dalam sure tau problem kulit mama masa mengandung.. teruk cam kudis2 (ok, kudis adalah melampau.. huhu).. pendek kata ngeri ok! gatal2 lak tu.. rupanya bila sampai kyoto ni dia menjadi balik.. aduyai.. tensi makcik.. mula2 tu ku sapu losyen la.. bagi moist.. tak jalan.. pastu beli krim nivea.. tak jalan juga..

last week sampai melecet2 kulit mama.. tak tau dah nak buat apa, ku tempek aje krim ubat yang memang dah spare dari mesia..


semalam mama baru selesai first proposal presentation.. first time oo depan semua sensei lab mama dgn labmate sekali.. 35minit ku berdiri di depan.. selamat tak disoal siasat cam pengsan.. 

alkisah mama balik tu sempat la jalan2 kat town.. mula la menggagau cari body shop.. saranan kak su sbb dia tgk dah kulit mama.. rupanya normal bila nak masuk winter kulit jadi kerepot2.. hahaha.. cam orang tua pun ade.. handcream memang sokmo mama sapu.. kalau idak tak helok rope tangan mama ok.. ahahaahaha

semalam dapat la singgah itu kedai badan 'body shop' maka konon2 kasi present kat diri sendiri maka ku beli ini..

 
Mango body butter

selamat dah ku rasmi pakai masa mandi malam tadi.. lepas mandi je lap2 badan sikit terus mama lumur body butter ni.. mama sengaja beli peket kecik je.. sebab mama ni ada juga problem tak rasi dengan certain barang.. so cuba dulu.. tak ok kang ade juga ku kasi pada org lain butter ni..

lagi satu mama beli ni.. last time beli time sebelum kawen.. konon2 nak cantikkan kaki la..



foot scrub
mama memang suka foot scrub ni.. sebab dia sejuuuuuukkkk je kat kaki.. habis semalam kaki laki ku jua ku scrub kan.. hehehe.. sayang papa..


mama harap cepat le baik kulit ni.. leceh betul kulit ngada2 ni.. yang ikut kulit sama cam mama tu aiman.. serupa.. jenuh kami sapu losyen n vaseline tu.. takmo la kan budak2 kulit kering cam org tua.. kesian ok..

Isnin, 29 November 2010

checklist seminggu

seminggu akan datang amatlah sibuk.. banyak kerja perlu di settlekan.. pendek citer sampai tahun baru penuh dah tentatif mama.. ngeri!! harap2 berjalan lancar.. lagi nak cuti lagi banyak kirija sensei suruh buat.. akakaka.. padan la muka den.. nak cuti sangat ko ye.. hambik!

so untuk seminggu checklist adalah seperti berikut

isnin: pagi test bahasa jepun, petang presentation progress (dah tau sure kena tibai).. konpem balik sampai malam sebab ada 12 orang nak present esok.. sigh

selasa: pagi nak pi kindy aiman.. nak submit application untuk aidan masuk kindy government next year.. kalau idak pengsan nak bayar kindy private.. tengahari janji dgn kak su nak cari goodie bags untuk birthday party aidan weekend ni.. petang selasa ada seminar lab.. wajibulghunnah kena hadir.. balik lewat lagi..

rabu: dari pagi sampai 2.30pm kelas bahasa.. pengsan dah le tertinggal kelas kanji masa raya haritu.. terkedek2 la ku nak belajar.. kanji tu chinese character adapted by japanese untuk language depa.. petang rabu kena buat re-entry visa sbb kalau dah balik nak masuk balik visa kena jenis re-entry.. 

khamis: khamis satu hari kena duduk lab sebab nak siapkan kerja yang sensei bagi untuk dia tengok sblm mama balik cuti

jumaat: separuh hari kelas nihonggo.. petang ada interview kindy aiman - annual interview nak tgk progress aiman.. 

sabtu: seharian bakal ditinggalkan dengan anak2 sebab papa ada seminar sampai ke malam..

ahad: birthday party aidan.. yooossshhh.. bab ni mama tak sabar..

ya allah, moga dipermudahkan perjalanan minggu ni.. amin..

korang camne? ada ka yang bercuti sempena cuti sekolah ni? cikgu cikgi best le.. hehehhe

*scheduled entry

Khamis, 25 November 2010

surat wasiat

masa dalam bas nak ke kampus tadi mama dengar sinar FM (jangan tak tau kat sini pun dapat okey)

cerita pasal adik2 yang tengah dok exam SPM tahun ni.. good luck.. SPM penentu halatuju masa depan korang tau.. kalau buat betul2, rezeki baik, insyaAllah boleh pergi lebih jauh..

masa last caller pagi tadi, ada la sorang lady ni citer.. dia agaknya cikgu/ pegawai yang menjaga kertas2 SPM.. alkisah, sebelum pemeriksa dapat kertas2 tu, dia akan sort out n make sure takde benda2 asing.. ahahhaa.. termasuklah.. surat wasiat.. hihihihi..

memang la mama nk tergelak.. sebabnya bukan setakat kat SPM, membawa ke uni pun banyak oo jemaah surat wasiat ni..

lerrr... korang tak tau ka surat wasiat.. hahaha.. surat2 yang minta tolong lepaskan exam depa la.. kasi markah lebih la.. minta tolong bagi gred something la.. kadang2 siap nak tergelak sebab siap tambah bismillah n assalamualaikum puan.. nampak sangat la anak bangsa kita je jenis minta2 ni.. yang mata sepet tu tak ada nak minta2.. depa jenis sebelum exam kerumun dekat bilik tanya tips n ulangkaji..

apa2 pun, buat yang tengah hadapi exam, tabahkan hati.. jangan takut2.. jangan tinggalkan apa2 ruang kosong dalam kertas exam.. kalau tak tahu jawapan, cuba tulis sesuatu yang berkaitan dengan topik yang ditanya.. maybe akan dapat markah dari situ.. sebab pemeriksa ni dia ada skema permarkahan.. kalau isinya ada sure dapat markah..


Rabu, 17 November 2010

jess sim.pson auuuwww

sila nyanyi lagu these boots are made for walking ye.. muhehehehhe..

akhirnya hajat tercapai juga.. jadi la.. boots murah cap china.. hahahhahaha.. buat warmer kakiku..

peace no war bebeh

cantik kan pokok2 merah kat belakang tu.. autumn klimaks minggu2 ni.. pokok2 cantik sangat.. kaler ijau, kuning, merah, oren.. subhanallah.. tak pernah sangka nak dapat tengok..

weekend ni kami ada plan untuk pi masuk istana (buka 2 kali je setahun) dan piknik dgn kawan2 kat sekitar istana tu.. sebab time2 camni, orang kyoto akan keluar pi tgk pokok momiji..

ni daun momiji.. tp yang ni tak cukup merah laie..
pokok momiji ni ada kat kyoto aje.. takde kat tempat lain.. kata orang jepun le.. insyaAllah nanti bila mama amik gambar mama post kat blog ek..

btw, salam aidiladha.. sodih den haaaa

Rabu, 10 November 2010

errr.. khatulistiwa??

ye laaa.. betul, bukan mama sorg aje kat obersea.. ramai lagi umat yang dah duduk berzaman n duduk negara lagi sejuk dari kami.. tapi this is my first time.. excited memang la. tapi kalau dah dasar kampung.. SEJUK OOOOOO.. la ni tengahari pun dalam 15degrees gitu.. ditambah dengan angin dia.. mak aih... geletar lutut cheq..

so, hari2 bersiap kena la pakai tokmak nenek benda2 alah ni... huhuhu

mula2 untuk tempek kat muka.. dulu rajin la pakai total effects tu.. haram la.. kat sini dia lgsg moist kan muka mama.. so, tukau.. lagipun la ni mama tak tempek compact powder buat sementara waktu.. sebab leceh time nak amik wudhu.. kat sini bukan ada surau leh cuci muka dengan tenang...

whitening nan ado.. ampun! tak koser putih2 le..
untuk badan mama n anak2.. ku tempek ini.. vaseline tu baru dibeli atas saranan kak yang le..

lotion tu bawak dari mesia.. sok ku balik cuti ku beli lagi..

untuk keluar, mama beli ni.. sepasang.. cam telur aje saiz dia.. untuk panaskan tangan.. tapi yet to pakai kat luar.. sayang.. hihihi.. dia rechargeable.. mama punya kaler pink, papa kaler putih..

comel kan?? dia portable heater..
ini untuk tambahan pakai kat anak2.. takut kena selesema..

dari mesia juga.. sini pun ade.. tp mahai..
yang ini ku tak heran kalau digelak orang jepun.. mama n papa beli dari kedai sukan ok.. glove untuk mountain climbing.. akakkaka. selamba badak..



dan yang pasti nya...

stoking comel..
hari2 pakai stokin.. insaf ok tutup aurat.. tu tak masuk baju tiga lapis.. kih kih kih.. masa bersiap sekarang macam ape je..

bila sejuk, kulit jadi kering n gatal2.. tak tahan betul.. anak2 pun kulit kering.. sigh..

ni la kekdah orang tak pernah merasa sejuk.. huhuhuhu


Selasa, 9 November 2010

busuk masam

pengunjung sudah melepasi angka 33,333 itu.. tapi mana emelnya? huhuhuhu.. semalam mama 2 kali je singgah blog sendiri.. nak kasi peluang.. kalau dah capture tu sila emel.. kalau idak mama akan kasi kat nombor berikutnya.. hihihi

harini mama ada zemi - presentation labmate.. petang lak tu.. dah le 2 orang yang akan present.. huwaaa.. tak mau balik malam.. sejuk sangat!

pagi ni bangun lewat.. terkejar2 siapkan barang anak2.. papa mandikan budak2 kecik tu.. syukur sempat kejar bas pagi.. kalau terlepas lagi pengsan la sampai ke lab lambat lagi.. akakakkaa.. tapi pagi ni hampeh sikit sebab mama tak sempat nak breakfast n buat breakfast.. aiman minum susu je sebelum ke kindy.. aiyoh!! lenkali tak mau tidur lewat lagi.. habis pagi ku terkejar2..

dalam perjalanan ke lab tadi mama dah tengok daun2 pokok bertukar kemerah-merahan.. cantik!! cuaca pagi ni pulak sejuk kemain.. 16degrees.. pastu berangin!!! aidan masa mama kayuh beskal tadi kejung je muka dia.. akakkaa.. pastu ada ayaq hidung leleh.. TERBAIK!! ahahaha.. masa nak hantar dia ke nurseri sempat mama gigit dia satu das!

by the way.. kalau le korang sejuk2 gini, korang mandi tak ek?? huhuhu.. mama masih tak reti bangun pagi tak mandi.. kesian budak2 kecik tu kena mandi.. tapi kalau tak mandi kepala otak mama tune kata depa masam!! kesian laaaaa.. hihihi.. masam 1 dan masam 2 campur raksaksa masam (papa) hihihihi.. ngeri!

ok, kesian korang baca mama merepek pagi ni.. udah, mau sambung kirija! daaa..

Isnin, 8 November 2010

new weeks, more headache

start hari baru dah minggu ni.. sigh.. sensei sudah ada balik di lab.. mama jadi segan sebab progress kurang memberansangkan.. terkedek2.. itik pun kalah..

kena kerja lebih keras.. sebab tinggal 55 hari lagi sebelum kami balik bercuti.. weeeeeehoooooooooo.. tak sabar.. time cuti nak rehat puas2..

tapi sebelum tu kena bersilat untuk cover banyak benda.. supaya sensei tidak kuciwa dengan mama.. ye aa.. mesti la tunjuk kita capable.. kalau idak malu oo nak habaq kata nak cuti.. dia dah tau pun mama nak blk mesia.. cuma mama tak bgtau exact tarikh bila ku mau balik..

tak sabar mak noksss!! rindu dgn family mama n rumah ku itu..

ok, sambung study! bye!


Selasa, 26 Oktober 2010

24 hours

mama tau, hangpa kalau singgah blog ni lebih dari 2 kali harini sure hangpa boring petang2 ni kan? kui kui kui.. saja ja..

tadi kat FB ada kawan mama post wall photo ni... comel sangat.. cuma kalau mama buat orang lidi gini, mau kena tambah.. celah2 tu dengan melayan budak2, masak2, kemas rumah.. kuang3..



kalau Allah bagi 25 ke 26 jam uish best tu.. lagi best jugak kalau boleh dapat 3 -4 jam tidur dah cukup untuk kerja keras.. akakakkaa.. mama kalau sekali tidur mau 6 jam kurang2.. hahahahha.. tu belum masuk kalau letih tergolek disamping ada budak kecik dok nyonyot kat sebelah.. ahahahahhaa..

dah udah korang, pi sambung kerja.. :P


layankan kejap

grilled salmon, tomato with cheese, ceaser salad tak cukup sifat n garlic bread. nasib tak reti buat mushroom soup.. kena belajar nih!


mood memasak tengah baik.. malam tadi konon2 healthy meal la.. hihihi.. sebenarnya brainstorm masa seminar sebab mama tak faham sepatah haram apa depa cakap..

masa tengah seminar tu tiba2 je nursery aidan call suruh amik.. budak tu demam.. dah 2 malam dah dia tak tidur.. menangis2.. temperature naik time malam je lak tu.. siang dia ok.. kami tak tidur dah dua malam.. aduyai.. sabaq je la..

harini mama tak ke lab.. jaga budak kecik ni kat rumah.. tapi karang nak kuar kejap sebab nak hantar barang kat kawan yang akan balik mesia esok.. banyak benda tak settle yet banyak juga hal yang terjadi.. harap2 sensei memahami.. serba salah sebab tak masuk lab harini..

ok, dah.. nak ca alif but..

nota: rasanya aidan demam sebab cuaca makin sejuk this week (malam hampir satu angka je) n dia tumbuh 2 btg gigi.. yikes!


Isnin, 25 Oktober 2010

mencari redha-Nya

tertarik baca entry yatiechomeyl, ye la.. nak cari redha Allah bukan senang.. lagi2 bila kat perantauan.. kena tabah.. sebab kalau idak sure terbabas punya.. bab solat, bab nak jaga makan, macammana nak hidup bermasyarakat.. orang yang tak tahu takkan mengerti payah jerih hidup kat luar negara.. syukur Allah bagi mama peluang jadi musafir.. supaya lebih mengingati Allah (selalu terbabas juga bab ni)

nak jadi muslim yang baik diperantauan bukan perkara yang remeh temeh.. tu pasal kelmarin bila ada yang menegur kat FB siap kata doa tak naik ke langit, mama jadi hangin satu badan.. dah le ko tak kenal aku, sedap2 je kata doa tak naik ke langit bila makan makanan dari makcik yang guna sudip babi.. sigh.. mudahnya melabel.. takpelah, tutup cerita bab tu..

kat sini betul, susah nak makan makanan halal.. tapi mama bersyukur sebab ramai yang membantu.. bila kat luar negara ni, kita umat islam mudah bersatu.. terutamanya sahabat2 dari indon.. depa memang suka bersahabat dengan orang mesia.. dan kebanyakan sahabat2 yang pandai nak baca kanji n ingredients akan bantu bagitau makanan yang boleh makan n tak boleh makan.. lagi satu, bangsa jepun ni depa transparent bab2 ingredients ni.. kalau rasa was2 boleh call company tu n tanya pasal bahan yang depa guna.. kalau guna bahan ada binatang, depa akan bagitau.. kalau kat mesia belum tentu kita buat gitu kan? sah2 terang2 kita percaya aje kat Jakim.. kalau jakim buat salah, habis satu mesia marah kat depa.. depa tu buat fardhu kifayah tau.. supaya umat islam jadi mudah nak makan tanpa was2..

mama ni bukan reti bab2 agama ni.. nak menasihat jauh sekali le.. sebab mama sendiri pun tak belajar agama tinggi.. tapi apa yang mama tahu mama kongsi.. kalau ada sahabat2 yang tahu benda lain mama pun nak belajar juga.. supaya kita jadi lebih dekat denganNya.. insyaAllah

kalau ilmu agama setakat habis SPM takpun sampai degree belum tentu kita layak nak label2 orang atau nak tarbiah orang ye.. ingat tu..

-scheduled entry