Khamis, 5 Mac 2009

keranamu aiman, mama meroyan lagi.. aiya!

hahaha.. lepas je taip entry meroyan kat klcc tadi, mama pun siap2 la semua barang sebab nak balik rumah abah mama.. abah n makcik sampai rumah mak (MIL) lebih kurang pukul 1.. lunch siap2.. mama siapkan aiman semua hujan masih lebat.. abah mama ke ofis dulu tinggalkan makcik dengan mama n mak.. lebih kurang 2.30pm mama gerak keluar hantar mak ke surau untuk ke kelas..

selesai hantar mak, kami ke kedai manjaku wangsa maju beli susu aiman yang habis.. lepas tu mama, makcik n aiman ke midvalley.. ingat nak ronda2 sementara nak tunggu ambil wancu nana dari ofis.. 

alkisah, masa sampai kat parking gardens tu aiman mula2 okay aje.. pakaikan harness.. jalan pelan- pelan sampai la ke center gardens.. mama dah tergedik2 sibuk nak ke midvalley.. aiman pulak tak sabar2 nak turun naik escalator.. aiyayayya.. yang paling mama tak boleh tahan, dibuatnye lagi perangai berguling2.. kali ni kat jambatan antara gardens dan midvalley.. uuuu... lama juga.. mama dah tarak boleh tahan.. maka mama ke kaunter concierge tanya ada tak sewa untuk stroller.. sekali sudah habis lorrrr.. eeeee.. geram2.. mama cakap dengan makcik, nak tak nak kita kena juga beli benda ni.. apa dia?? ni la!!!


STROLLER baru!!! argghhhhh!!!!
tak kuasa dah mama nak beli brand canggih2! sweet cherry pun jadi dah!!

masa time gambar kedua ni mama dah rasuah dengan susu.. sebab tok (makcik) n mama dah letih melayan aiman.. berhenti kejap untuk minum.. ku ingatkan duit itu boleh ku ronggeng di munaw atau barang sehelai dua baju.. nampak gaya bulan ni kena catu tang baju.. dan nasib baik la baju kat jas.pal itu sizenya tak muat mama (L dia muat kat semua bahagian kecuali bust ku yang maha agung itu.. uwaaaa.. size XL pula tak ada!)

mood dah mula jadi merudum.. mama cuma berjaya merembat sebuah buku je dalam mph tu... buku apa nanti mama update kemudian.. nampak juga booth hello kitty m.a.c di tengah2 midvalley (adakah SA klcc itu telah berjaya mereka cerita padaku??)

makcik on the other hand berjaya merembat barang 3 helai dari jas.pal itu.. kasutnya yang ku suka pun tak ada size ku.. huhuhuhu.. keciwa seketika.. takpa, takpa.. ada lori ada feri, esok hari boleh beli lagi.. hahahahahhaha

oh, dipersembahkan juga dalam entry ini..

hello kitty yang berjaya dirembat semalam.. blusher pink tu ku order lagi satu untuk diri sendiri.. kekekeke.. lusa pi ambil..
dan ini juge.. hehehe

Tiada ulasan: