Jumaat, 11 Februari 2011

segera? tidak lagi

semalam tiba2 teringin makan pancake.. tapi tak kuasa nak beli yang instant tu.. godak2 jumpa resepi ni kat food.com.. senang weh.. jadi lak tu.. mana la tau korang dapat semangat esok weekend nak buat kan? ha.. ni mama share sini resepi dia ek.. mama rasa batter dia boleh buat crepe juga ni.. n waffle too..

untuk abang bear

basic pancake mix

1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecik baking powder
1 sudu kecik soda bikarbonat
2 sudu makan gula
1 sudu kecik garam
1 1/2 cawan susu segar
2 biji telur
1 sudu kecik esen vanila
2 biji telur

kekdahnya

satukan bahan2 kering dalam bowl.
buat lubang tengah dan tuang sikit2 susu sambil kacau.
masukkan telur dan esen.
pukul sikit bagi sekata.. dia mmg akan ada lumpy dan buih2 sikit..

masak atas non-stick pan la paling senang.. korang boleh cuba..

Tiada ulasan: