Isnin, 28 Februari 2011

good, not so good and interesting

السلام عليکم

*all posters here are google and not meant for advertisement purposes.

semalam n kemarin was nice.. had good time with the kids.. and we manage to watch few movies.. kata Oscar hari ni kan? hehehe.. sempat layan 3 movie.. 2 was good, 1 was rasa nak cekik muntah menyampah.. hehehe.. pengsan la korang baca mama merepek.. ni movie critics tak berbayar ok.. kuang3

yang dah lama tengok

the social network

based of a true story (ada part yang tak betul - as what I read in Time mags) about the inventor of facebook - Mark Zuckerberg.. bagi mama, ada part yang best, tapi movie ni seems like a bad example of how to behave to our friend.. especially our best friend.. tu bagi mama la.. character mamat ni bila mama tengok macam sakit pun ade.. sakit mental.. bukan gila, tapi macam ada masalah dalaman gitu.. perlu pi check kat doktor sakit jiwa.. ahahahha

Toy Story 3
orang lain tengok dah berzaman, mama baru bulan lepas tengok - sebab apa? sebab orang kata sedih sangat movie ni.. sekali mama tengok, lerrr, mana ada sedih pung! sabar je le.. tapi movie ni sweet sangat sebab jalan cerita dia tunjuk sifat yang baik terhadap kawan, walaupun ada watak2 jahat, tapi mama rasa cerita ni bagus kalau tengok sama dengan family.. aiman n aidan memang suka la citer2 kartun macam ni..

The King's Speech
Owh, bagi mama cerita ni underdog betul.. tak digembar gembur.. mama tengok citer ni sbb dia nominee oscar and mama baca latest Time mag puji Colin Firth la.. serius weh, korang kena tengok citer ni.. rupanya King George VI (ayah Queen Elizabeth sekarang) ni gagap.. so dia cari macam2 kaedah la nak overcome problem ni.. sampai dia jumpa dengan sorang 'speech therapist' (ada twist kat situ) korang KENA TENGOK citer ni.. watak dia bagus, jalan cerita dia pun bagus.. boleh tengok dgn family - owh, silalah Colin tu menang best actor.. gila susah ok nak bawa watak gagap!

The Kids Are All Right
Cerita pasal lesbian family.. anak2 depa nak jumpa sperm donor dia sapa.. cerita ni kalau takde sex2 terang2 tu rasanya tak le nak menyumpah.. orang amerika ni nak tunjuk sangat depa tu open bab sex sama jantina tu.. cam hampeh sebab kejap2 sex scene.. sila JANGAN TENGOK citer ni.. kami tgk sambil fast forward je sbb dok asyik sex scene.. CIS!

bawah ni citer yang dah download tapi belum tengok..

Inception
ye le, kami lambat la sbb x tengok lagi citer ni.. download lama dah.. tapi sokmo x dapat tgk sbb tak boleh concentrate dengan aiman aidan dok berlari2.. haih..

black swan
pun orang kata cerita lesbian.. mmm.. yet to watch.. download sudah

True Grit
cerita pasal ranger bantu sorg mangsa cari pembunuh bapa (rasanya) dia..

cerita yang bukan nominee oscar tapi quite interesting yang kami tengok last weekend was this (kak su suggest)

Morning Glory
ok juga la.. boleh korang tengok dgn family..

orait, sambung kirija..

 ماما أيمان

Ahad, 27 Februari 2011

missing her

السلام عليکم


them actually.. not just one person.. bila korang terlampau rapat dan sayangkan orang tu, makanan pun korang boleh rasa associated dengan orang tu kan.. ni bukan emak or family related.. ni kawan.. we've been knowing each other for more than a decade (yep, time flies) and how we have bonded with each other, I would say we're like sisters.. eventhough we're worlds apart, but we know deep inside that we can rely to each other and know that there's shoulder to cry on..


makanan yang sentiasa buat mama teringat kat depa (you know who you are) - LAKSA JOHOR (oih, lama x rasa air tangan ko), NASI GORENG KETAM JURU (lebih 10 ekor sekali hadap, merasa bonus org cemerlang) n SAMBIL KERING MELAKA (makan kat dalam bilik blok K09)


sebab tu semalam mama masak ni.. ya Allah, rindunya aku pada kamu!


kalau raya masa di UTM, tak sah ngendeng emak si dia minta masakkan ini untuk mama.. tak malu ok!
nasib jugak semalam jumpa ikan yang mama rasa sesuai - rupa dia cam kembung, tapi lagi besar sikit.. dah dekat saiz cencaru mesia.. belasah.. nasib menjadi..


resepi dia pernah kawan mama tempek kat satu blog tempat kami jemaah borak2 merepek.. kalau citer pasal geng kami merepek, penuh inbox satu hari.. 


ni resepi nya.. main kopipes aje le



Laksa johor
Bahan Kuah:
Ikan kembung 3-4 ekor.. kalo dapat tenggiri lagi baik aa.. tp mahal seh!
Daun Kesum + asam keping
(a) Serbuk kari 2 peket
(a) Serbuk cili 1 peket
(a) Lengkuas
(a) Bawang Putih 2 ulas
(a) Bawang Merah 3 ulas
(a) Halia seruas jari
(a) Segenggam ikan bilis
(a) Santan pekat
(a) serai
Asam keping (3 nos)
kerisik utk kasik kuah lagi pekat ye kengkawan

Cara nak buat kuah : 
Memula, rebus ikan kembung dengan daun kesum dan asam keping. Dah siap rebus, asingkan ikan dengan sampah2 tadi.. simpan ketepi air rebusan ikan tu tadi. Ikan tu di buang tulang dan di blend bersama air rebusan. Ketepikan sekejap. Bahan2 (a) di masukkan ke dalam blender dan dikisar kesemuanya sekali hingga halus. Panaskan minyak dalam periuk (biar lebih sket takpe) dan masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Masak dengan api sederhana sehingga pecah minyak.. kalau pecah minyak tu bagus sekali.. pastu masukkan santan pekat kedalam periuk, asam keping dan ikan bersama air rebusan tadi.. biarkan menggelegak dan masukkan garam secubit rasa.. errmmm.. sedapnya… keh keh keh.. last masuk kerisik….

Bahan hiasan:
Daun selasih dihiris halus
Timun dihiris halus (kalau boleh buat memanjang macam ring lagi baik.. Fanor, aku x abis lagi khatam buat ni.. ko mmg pakar)
Kacang panjang hiris halus
Taugeh
Bawang besar hiris (kalo korang suka la)
Limau kasturi
Spaghetti direbus
bahan hiasan tu nak makan ngan sengkuang leh gak
lagi sikit….kalau nak makan ngan lobak asin hancur pun best

Bahan sambal:
Cili hidup dibuang biji
Cuka
Bawang putih
* Blend kesemua bahan ini dan masukkan sikit je gula buat penyedap rasa.. siap!

ماما أيمان

Sabtu, 26 Februari 2011

apple crumble in the house

السلام عليکم

petang tadi keluar dengan anak2 ke tepi kamo river.. sangap kat rumah.. tapi mama siap bawa minum petang lagi. orang jepun heran kami duduk tepi sungai tu sebab masa kami pi tu angin sejuk dia istighfar panjanggggg...

kemarin ada beli apple.. nak buat apple pie cam tak kuasa tengok renyah buat kulit dia.. tengok nanti time rajin lain macam muncul boleh le try.. so kali ni mama try ni

nasib makan kat luar sejuk tau..
kalo kat rumah ku makan dengan eskrem la..


yang ni papa makan dengan ice-cream - PUKUL 4 pagi!!!




Apple Crumble

Sumpah senang.. kalau tak cuba rugi.. mama dapat recipe dari cookuk tapi biasa la.. di bega2.. ikut sedap hati mama aje.. selamba kodok.. tapi alhamdulillah turn out to be just nice..

recipe as follow

bahan2
3 biji apple untuk masak - selamba mama taram fuji apple, tapi saiz besar pakai 2 biji aje untuk 2 ramekins kecik, 2 ramekins besar (dalam saiz 4-5 inci)
gula 170gm - mama pakai gula perang, tu kaler dia lagi gelap
butter 170gm
tepung serbaguna 280gm - mama belasah tepung gandum. kalau ikut jamie oliver dia suruh pakai wholemeal..
muesli atau oats 1/2 cawan - recipe cakap pakai cereal pun boleh.. bahan ni kalau nak skip pun ok..
1/2 sudu kecik serbuk cinnamon

kekdah buat

panaskan oven 180degrees celcius

campurkan tepung, 120gm gula, butter potong kecik2 dalam satu bowl dan ramas supaya bahan2 ni jadi cam serbuk breadcrumbs. pastu campur muesli atau oats tu dan serbuk cinnamon.

apple tu buang kulit, empulur dalam dia dan potong saiz 1 inci dadu.. gaulkan dengan baki 50gm gula.. masukkan dalam bekas yang akan dibakar.

masukkan campuran kering tu bagi rata dalam bekas kemudian bakar lebih kurang 20-30 minit.. bagi sejuk sket pastu boleh makan dengan ice-cream vanilla atau fresh cream.. sedap weh

ماما أيمان

Jumaat, 25 Februari 2011

bila mak tak dan

السلام عليکم


dah berapa hari mama tak pi ke market.. tak sempat.. roti pun tak ada stok.. jadinya buat la apa benda yang ada..


mama buat ini


hehehe.. kawan2 kat FB ada tanya resepi maka, sila salin ye puan *gaya chef dlm tv


PAU INTI KAYA


tangkap leleh..




resepi doh - kalau guna adunan ni boleh dapat dalam 14 ketul lebih kurang saiz tapak tangan (masa goreng dia kembang)



300gm tepung gandum
200ml susu segar
45gm butter
15gm gula
5gm garam
6gm yis kering..

campak semua ikut aturan cik BM, set mode doh, tunggu la siap (lebih kurang sejam)



untuk inti, mama pakai kaya dalam botol tu aje.. untuk satu donut dalam 1 sudu kecik aja.. jangan bubuh banyak2 sangat sbb kaya akan cair masa masak..

doh tadi buat jadi bola2 kecik dan masukkan inti.. biar kejap bola pau yang dah siap berinti dalam 1/2 jam bagi naik sikit lagi..

pastu boleh goreng..

siap!


pagi ni pun sama sebab tak p market semalam.. so menu pagi ni lagi sempoi.. popia inti pisang.. hahahahhaa.. pisang 1 biji saiz sedang boleh dapat 8 biji.. ahahahahha.. jimat ko!


ماما أيمان

Khamis, 24 Februari 2011

Apologi

2 3 hari balik lewat tambah dgn komputer lab masih dlm proses install itu ini buat mama x dapek nak update blog.. Kat ipong ni tak best nak layan merepek pjg2..

Tunggu aa korang.. Kang kalau ptg ni siap leh la reply komen2 n update belog ni..

Happy thursday guys.. Lusa sudah weekend.. Esok gaji.. Yatta!!


- Posted using BlogPress from iPhone mama

Selasa, 22 Februari 2011

Baik - buruk

Semalam sempat mama baca satu post dalam blog saifulislam.. Pasal si pesimis dan si optimis.. Akhiran cerita membawa kepada si pesimis membunuh si optimis.. Kang mama bubuh link dia.. (kat sini)

Persoalan mama, kenapa kita harus memilih untuk menjadi satu watak saja.. (lepas baca komen2) bagi mama pesimis dan optimis patut sentiasa ada dalam diri kita.. Umpama check n balance..

X perlu kita sentiasa analyze setiap isu dengan melihat keburukan aje.. Sebab kita kena ingat, pasti ada kebaikan juga.. Kdg2 kita tak nmpk.. Sebab kita dikaburi.. Mama dah beberapa kali lalui pengalaman macamni..

Sebab tu dalam islam kesederhanaan tu penting.. Jangan berlebih2 dalam sesuatu.. Mungkin nnt satu hari nanti kita nmpk ada bagus benda tu nnt tak pasal2 kita jadi mcm meludah ke langit terkena muka sendiri balik..

Apa pendapat korang?


- Posted using BlogPress from iPhone mama

Isnin, 21 Februari 2011

tak baik tau mama ni

السلام عليکم

Aiman sejak membesar ni kadang2 mencabar keimanan.. ape lagi sejak duduk di Kyoto ni makin menjadi2.. perangai merengek2, kememe dan kerap menangis tak tentu pasal buat hati mama panas aje.. kadang2 tu naik juga tangan kat badan dia (tak kuat tapi memang bagi berasa juga la).. mana tidak, sabar mama ada batas nak oi.. mama bukan malaikat.. tak cukup suara halilintar-merentas-bumi-kyoto ni ke nak oi.. suara mama kamu aje yang bergema.. haish la

macam2 kaedah dah mama gunakan.. cakap lembut, cakap kasar, tangan naik, buat tak heran.. tapi sekarang mama dah tahu.. kaedah untuk mematahkan serangan menangis merengek kamu tu adalah..





hehehehhe















MAMA AJUK KAMU BALIK.. ni drama queen mama ok! silap besar la.. ingat kamu je boleh buat cembeng? mama lagi terer tau..

sekarang ni setiap kali kamu nak menangis dan cakap merengek2 aje siap mama pun tiru.. siap buat muka cebik2 tau kasi tambah perasa lagi.. baru tau langit tinggi rendah.. kuang2..

tak salah kan? mama rasa lagi baik mama tiru camtu sebab tak melibatkan fizikal dan mental.. yang mama nak tergelak sebab bila mama buat camtu baru kamu rasa nak termalu2 kan? tak sangka mama buat camtu.. muhehehehe (gelak jahat kejap mama)

mama sayang aiman tau.. hehehehee *dalam hati ada niat nak nyakat lagi

 ماما أيمان

Kyoto City Hall Flea Market

السلام عليکم

weekend was so-so.. had agreed unanimously with papa on one matter (will blog about it later) but both of us had running nose and was not at the tip of our health.

but still, we managed to go to the flea market on Sunday. the Kyoto city hall flea market is one of the biggest flea market in Kyoto. This flea market with large crowd and you can really get good bargain.. The flea market occurs on every 20th of every month. and thank goodness it fell on Sunday this month and located in front of the Kyoto City Hall Office.

but this time around, we were not actually eyeing for something to buy.. just want to wander around and seeing any good things being sold. the price are dirt cheap if you really good on buying second hand things.

but knowing me, still, we bought some good toys for the kids (they were not even used!) and we only spend around ¥250 - RM10++ for 2 new cars for adik, a car for abang and a colouring book for abang.. how's that?? don't forget to ask for lower price.. usually after 1pm you can get most of the item at ¥10!!!

ok, time to enjoy some pictures..

started the day with popia goreng.. nyum3

one genki boy

nice and shiny day

sellers and buyers

japanese design plates

the city hall building

adik's cars

the not so well couple

ok guys, have good start for the week.. I hope I can get some outcome this week.. gambatte!

ماما أيمان

Khamis, 17 Februari 2011

Baked Cheese Cake

السلام عليکم 


first try yang success.. alhamdulillah.. dok terpikir nak buat kek ape le.. teringin nak makan kek, tapi nak makan yang senang dibuat.. hehehe.. godek2 rumah kak ros jintanmanis jumpa resepi ni


Sliced Cheese Cake - sumber asal dari kak ros jintanmanis


haaa... amik! SEDAP OK..






mama ikut bulat2 kaedah kak ros.. yang colour highlight tu aje yang mama ubah.. tp alhamdulillah la jadi..



4-5 keping slice cheese - mama tukar pakai cream cheese 100gm
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin - mama pakai marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M - mama ada saiz L, belasah aje le.. hohohoho
beberapa titik esen vanila

Cara-cara

1. Carikkan slice cheese kecil-kecil (mama potong kecik2 aje cream cheese tu) dan campurkan dengan susu segar.

2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.

5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.

6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .

adunan dia kena nampak ringan dan gebu..



7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

lepas disejukkan dan dikeluarkan dari loyang


8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.





sumpah jadi weehhhh.. sila buat.. mana tau weekend ni ke??


 ماما أيمان

tak berapa ok

السلام عليکم

dah dua malam aidan meragam.. malam kelmarin muntah2.. habis semua tilam dan selimut mama kena basuh dan jemur.. tapi tak demam pun.. merengek2.. siang semalam muntah sikit 2 kali.. dan tak lalu makan.. malam tadi tak mahu dinner walaupun mama buat macaroni gratin.. susu botol pun tak mahu.. melekap kat dada aje.. tengah malam cirit birit pulak 2 3 kali.. menangis merengek nak melekat kat dada.. sampai kebas la badan mama harini.. badan panas sikit.. kesian sangat.. nape sayang? nak tumbuh gigi lagi ke.. ke nak besar lagi bagai johan? sian baby mama ni.. ptg nanti kita sambung melekap ye.. mama tak boleh la kerap ponteng lab.. semalam dah jenuh mencuci bagai harini kena la memerah otak kat lab.. sorry ye sayang..

mama pulak serabut ni tak gerak2 benda yang nak dibuat.. ape le nak jadi.. nampak gayanya minggu ni hasil tipis setipis bawang.. adoi doi doiiiii


ماما أيمان

Rabu, 16 Februari 2011

bola yang boleh dimakan

السلام عليکم

sup bebola ayam

plan asal sebenarnya nak makan nugget ayam.. mood tah mana tiba tukar pulak.. sebabnya ingat cukup la masak satu lauk je.. bebola ayam ni senang nak buat.. dan boleh buat banyak simpan dalam freezer aje..

resepi ni mama amik dari kak ros - jintanmanis.com tapi mama ubah sikit2 ikut bahan yang mama ada..

ayam bahagian dada 4 keping - mama cuma ada minced chicken.. belasah je le.. lebih kurang 200gm (1 mangkuk)
telur 1/2 biji
lada sulah
garam
bread crumbs 2 mangkuk - mama pakai ikut belasah aje.. sebabnya minced chicken mama tu agak lembab sebab baru keluar peti ais main taram rendam aje.. so mama pakai agak janji bebola tu boleh dibolakan.. huhuhu
2 sudu makan tepung jagung (cornstarch)

gaulkan semua bahan kat atas.. kalau pakai dada ayam, blender kan aje dada ayam tu tanpa air..

pastu bola2 kan la ikut kesukaan..

sebab mama masak sup jadi mama rebuskan aje bebola ni dalam kuah sup.. nak tahu bila bebola tu masak? senang aje.. bila bola tu timbul masak la dia.. insyaAllah..

ni dah tahu buat senang la nak mereka macam2 lagi.. kat sini susah nak beli chickenball.. ye la.. mana nak cekau weh!

ok, pasni boleh try macam2 lagi.. blog akak ros jintanmanis tu senang mama nak ikut.. sebab dulu dia duduk jepun.. so bahan dia mama senang la nak cari - itupun kalau mood masak ok le.. kuang3

 ماما أيمان

Selasa, 15 Februari 2011

Handicraft Market

semalam tensi2, pagi ni papa ajak p jamu mata kat handicraft market.. this market is located near the Kyoto University North Campus Gate at Chon-ji Temple.. It is held on every 15th of the month and opens from 10am to 4pm..

The market provides a lot of nice handmade merchandise and craft products. The prices are reasonable and most of the products are made by individuals..

Since last night we had quite a snow, it is expected that the market will be wet.. thank goodness I wore boots..

while wandering around the market, I found quite nice pieces of hat.. almost bought one too.. nasib la ku tahan2 nafas dan nafsu..

we were there for only 45minutes.. I had to catch the next bus to my laboratory..

to those in Malaysia, have fun on your holiday.. Salam Maulidur Rasul..


sempat tu pose lagi

ramai orang



banyak kedai jual kraftangan



ماما أيمان

Isnin, 14 Februari 2011

S.E.R.A.B.U.T

السلام عليکم

huhu.. usah dikau persoalkan mengapa kulit blog ini bertukar.. hohoho.. petanda tuan punya blog tengah pening dan stress ok.. sigh.. blog jadi mangsa.. sabar ye blog..

rasanya harini memang rasa nak meletup sebab serabut pasal study.. ntahle.. tak tahu nak mula dari mana sebenarnya.. serabut.. maths dulu ka, structure dulu.. yang mana datang dulu? study background function ka nak study overall pasal method dulu? aarrgghhh.. rasa macam anjing dok kejar ekor dia sendiri.. berpusing dan berpusing..

seputih salju sudah blog ini.. kuang3
ok.. serabut sangat, jom kita tidur dulu.. pening..

 ماما أيمان

nak jadi jahat?

السلام عليکم

entry #muhasabah harini banyak betul.. nasib le pada yang makan cili.. pada yang makan tomato sila teruskan (tak ada kena mengena)

last weekend kami sempat tengok cerita ini

google picture


cerita ni berkisah pasal villian yang 'berjaya' mengalahkan superhero.. bila superhero dah kalah, orang jahat dapat mengambil alih kuasa hero.. tapi kelemahan orang jahat ini adalah sebab dia tak ada back-up plan.. apa yang patut dia buat bila dia dah ada POWER? hmm.. buat mama terfikir, kalau kita dah berjaya mengalahkan musuh kita - tak kira dalam apa bidang sekalipun, apa langkah seterusnya?? nak buat benda yang sama seperti orang yang kita kalahkan ke? 100% ubah? ubah perlahan2??


ceritanya cynical.. maksud yang dalam.. bagi mama la.. kita jangan asyik cari kelemahan pemimpin pastu dok kerja kondem aje.. bagi kaedah, salurkan pendapat melalui jalan yang betul.. afterall, kalau kita jadi pemimpin pun bukan semua orang akan suka dekat kita kan? fikir-fikirkan la.. - contoh macam egypt.. semoga depa dapat cari kedamaian selepas ni


movie ni enjoyable.. best ditonton bersama anak2..


ماما أيمان

kalau namanya duduk jepun..

... tak sah kalau tak tengok superheroes jepun ye tak? tipu le kalo korang tak pernah dengar nama kesatria baju hitam la, gaban la.. tidak2 pun ultraman la kan..

sabtu lepas kami anak beranak p jalan ke eigamura.. eigamura ni macam studio jalan ampas la.. cumanya kat eigamura ni semua set untuk movie jepun zaman dahulu kala..

kat movie set dia.. bersama adik kamen rider.. haha

Ahad, 13 Februari 2011

sinful dessert

ini sudah kali kedua mama buat kek coklat kukus ni.. resepi asal dari kak Hana (hanamemories) tapi ada mama tokok tambah sikit ubah sini sana (dasar tak cukup bahan masa first try haritu)

first try memang gamble habis.. niat sebab nak bawa untuk majlis baca yassin dengan kawan2 kyoto.. masa hari nak p tu tak sempat nak beli bahan macam2 - dan masa tu duit semput nak mereka makan macam2, jadi guna aje le barang2 yang ada dirumah.. mama bajet kalau tak jadi ni i.e bantat ke ape ke memang sahih la kek ni tak jamu ke orang.. sekali ya Allah, jadi ko! alhamdulillah.. agaknya niat tu baik Allah terus perkenankan la.. memang masa buat 1st time tu punya hampeh siap pakai serbuk koko yang untuk bancuh air lagi - ala2 cam milo.. hohoho

dah kali kedua jadi maka mama nak share la resepi dia.. kek ni memang moist betul.. kalau tambah ganache memang terbaik laaa..


kek coklat kukus dengan aiskrim vanilla
Kek Kukus Coklat

1 cawan tepung gandum + 1 sudu kecik soda bikarbonat - ayak sama
1/2 cawan buttermilk - mama ganti 1/2 sudu kecik cuka campur 1/2 cawan susu segar. bancuh siap2 sebelum start masak
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1 biji telur
1/3 cawan serbuk koko
1 sudu kecik esen vanilla
1/2 cawan air panas

cara2 nya
pukul minyak masak n gula.. pastu tambah telur.. pukul sampai sebati kendian masukkan tepung n campuran buttermilk tu berselang seli.. pastu masukkan serbuk koko, esen vanilla. matikan mixer, masukkan air panas dan kacau guna sudip.

kalau pakai loyang biasa make sure gris sikit dengan minyak.. tuang adunan, kukus dalam 45minit atau sampai masak.. check guna chopstick.. kalau licin maka udah masak le kek tu..

biarkan sejuk baru keluarkan dari loyang.. make sure sejuk baru cantik dia nak keluar

buat le topping korang.. mama makan dengan aiskrim je weh! hehehehe

selamat mencuba

Jumaat, 11 Februari 2011

Hail to cik BM

sumpah kalau takde cik Bread Maker itu entah tahun bila la baru nak merasa makan pizza buatan sendiri.. kak TTM, resepi akak senang sangat2.. pasni boleh buat roll cam akak tayang kat blog tu pulak.. tapi kena cari muffin mould tu dulu.. hehehehehe.. alasan membeli barang gitu

malam sebelum buat pizza ni mama buat bolognese.. kuah berlebih kemain punya banyak.. fikir2 ape la nak buat.. maka mama pun *ting ting - lampu nyala atas kepala.. okeh, mari try buat pizza..

merah2 pizza ku itu

kalau korang rajin uli, leh uli sendiri.. kak yang (kawan kat kyoto) uli sendiri ok.. haritu ada sekali dia bagi doh kat mama.. merasa pizza orang.. nak minta resepi malu - sahih kak yang sekeh mama kalu dengar mama cakap gini..

ok.. pizza base dia memang sempoi..

200ml air
1 sudu makan minyak zaitun
1 sudu kecik garam
2 1/2 cawan tepung roti
1 3/4 sudu kecik yeast

masukkan bahan2 ni ikut urutan dalam BM.. set doh pizza.. pastu leh goyang kaki sambil prepare topping..

haritu mama pakai base kuah bolognese tu la.. cuma tambah olive, capsicum dan mozarella aje.. wallah.. sedap youuuuuuu.. pasni leh buat lagi le..

tips dari kak yang, masa nak bubuh atas baking tray tu, gris tray dengan olive oil.. atas doh yang siap canai tu pun griskan juga minyak zaitun.. dijamin MANTAP!


segera? tidak lagi

semalam tiba2 teringin makan pancake.. tapi tak kuasa nak beli yang instant tu.. godak2 jumpa resepi ni kat food.com.. senang weh.. jadi lak tu.. mana la tau korang dapat semangat esok weekend nak buat kan? ha.. ni mama share sini resepi dia ek.. mama rasa batter dia boleh buat crepe juga ni.. n waffle too..

untuk abang bear

basic pancake mix

1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecik baking powder
1 sudu kecik soda bikarbonat
2 sudu makan gula
1 sudu kecik garam
1 1/2 cawan susu segar
2 biji telur
1 sudu kecik esen vanila
2 biji telur

kekdahnya

satukan bahan2 kering dalam bowl.
buat lubang tengah dan tuang sikit2 susu sambil kacau.
masukkan telur dan esen.
pukul sikit bagi sekata.. dia mmg akan ada lumpy dan buih2 sikit..

masak atas non-stick pan la paling senang.. korang boleh cuba..

Khamis, 10 Februari 2011

sebab musabab

semalam lega betul test kanji jepun dan speech selesai..


WW semalam tu gambar bahan speech mama la.. mula2 nak cerita pasal bunga kebangsaan.. tapi idea cam kurang.. kena cakap dalam 2-3 minit.. tukar idea last minute gak. memandangkan mama lebih cekap bab2 masak baiklah idea pun tukar ala2 tukang masak.. tapi semalam tukang masak hampeh ni cakap jepun ko.. jangan marah..


ini kali kedua mama buat kuih lapis.. first time cam tak berapa nak jadi.. tapi masih boleh dimakan la.. kali kedua ni alhamdulillah la rupa dia elok dan rasa sedap..


antara tips mama, jangan pakai santan serbuk, pakai santan kotak atau segar lagi baik.. pastu kukus biar lama sikit bagi lapisan dia masak.. dalam resepi asal (resepi asal dari myresipi) dia kukus 3 minit je untuk setiap lapis, mama kukus 5 minit paling kurang untuk setiap lapis..


nak tengok resepi dalam bahasa jepun tak? haa.. sini


クエ ラピス
「マレーシアの おかし」





ざいりょう


こめこ 3/4 「にぶんおいち」カップ。 こめこは えいごで 【rice flour】です。


メリケンこ 1/2 カップ。 メリケンこは えいごで 「wheat flour」です。


しお 小さじ 1. こさじは ちいさいの スプン です。


さとう 1/2 カップ。


ココナッツミルク 1カップ。


あぶら 小さじ 1 。


しょくべに の あか 小さじ 1/2 。


みどり 小さじ 1/2 。


きいろ 小さじ 1/2 。


みず 1カップ。






でわ、つくりかたです。 


1. まず、ミキサー に、こめこと メリケンこと さとうと    しおと ココナッツミルクと あぶら を いれて まぜます。まぜますは、 えいごで 【mix】です。


2. つぎに、 みず を いれます。


3. それから、みっつ ボールに わけて いれます。 みっつの いろ を みっつのボールに べつべつに いれて まぜます。


4. つぎに、ケーキがたの いれものに すこし あぶらを いれます。


5. ケーキがたを スチーム なかに いれます。


6. スチムは、 あついですから、 いちばんの いろを はんぶん いれます。5ふん まってください。 5ふん たったら、 にばんの いろを はんぶん いれます。 また、5ふん ぐらい まってください。すぎに、さんばんの いろを はんぶん いれます。それを 2かいします。


7. 20ぷん ぐらい しなければ なりません。 6ばんの いろの おかしが できます。 つめたくなったら、 おかしを だします。 


8. さいごに、ちいさい サイズに きります。いただきます。


kalau boleh google translate tu selamat dah korang.. ahahahahahahhha.. gile keji.. ada ke yang nak resepi dia? yang ni untuk loyang sedang aje.. lebih kurang 6 inci lebar


bahan2 A


tepung beras 3/4 cawan
tepung gandum 1/2 cawan
santan 1 cawan
gula 1 cawan
garam 1 sudu kecik
minyak masak 1 sudu kecik


masukkan dan kisar semua bahan A dalam blender.. dasar malas noks


pastu masukkan 1 cawan air


letak bahan dalam 3 mangkuk asing. masukkan pewarna merah, kuning, hijau (ikut suka hati korang la.. nak buat 7 lapis pun boleh)


gris loyang dengan minyak sket, masukkan dalam pengukus.... buat lapisan pertama.. masak 5 minit, masuk lapisan kedua dan seterusnya.. akhir sekali kasi 20 minit kukus sampai kuih masak.


bagi sejuk baru keluarkan dari loyang.. siap!



Rabu, 9 Februari 2011

Wordless Wednesday (3)



Presentation Hari Ini




Selasa, 8 Februari 2011

Tambah Tabungan

nanang mama
orang yang selalu baca blog2 ni sure tahu kan ada diantara blogger2 ni yang jadi jutawan kan? mama? hareeemmmm.. ribuan pun belum laie.. baru dok takat ratusan je le.. tapi kira ok la juga kan? ada gak le dalam tabung nuffnang tu kan?

 








selain dari nuffnang, kita juga boleh tambah tabungan dengan churpchurp.. churpchurp ni sub nuffnang.. mama tau, orang lain lagi terer la bab2 ini.. google ads la, lain2 la.. try search cikgu dahlia.. dia banyak bagi tutorial advert ni (ermie, aku tempek nama ko kat sini *wave)


churp2 ni kekdahnya kita boleh advertise melalui blog, FB dan twitter.. emel pun boleh.. kira churp2 ni lagi luas la kita boleh pergi.. setiap kali bila kita nak share iklan tu, orang churp2 akan accept dulu request kita.. baru kita boleh dapat duhet.. hehehehe.. nak join juga ke? haa.. klik kat link atas tu.. depa tengah campaign ni.. klik link tuleh dapat RM1/klik.. jom2


churp churp mama - toksah komen.. gambar ni printscrn kat lab.. komputer lab adalah menghampiri tahap hampeh

yeay to the boy


weekend cuaca baik.. so boleh kasi anak teruna prektis berbasikal.. basikal hadiah dari kak Marfiah.. anak dia dah balik mesia dan dia jarang guna basikal ni.. rezeki murah Aiman.. basikal cantik serupa pakai sekali dua je kekdahnya..

Alhamdulillah, Aiman handle it well.. cuma agak tinggi seat dia dan papa akan turunkan bila dah beli playar.. ahahahhaa..

Papa kata papa pandai bawa basikal masa darjah 2.. well papa, time changed.. anak2 sekarang belajar awal.. aiman di sekolah dah ada tricycle.. laju la dia belajar kan?

Aiman, nanti dah pandai bawa basikal jangan lupa cari kayu api! kuang3

testing2 tunjuk ajar oleh papa dan adik bodyguard

pis!


Isnin, 7 Februari 2011

Menghampiri kegagalan

Aiyoh, tajuk tak boleh tahan.. Haritu mama teringin benar nak makan roti canai.. Teringat kak TTM ada post resepi.. Tu la.. Masa ada peluang nak belajar dgn arwah emak n akmal takmo belajar.. Sekarang rasakan la.. Tak pasai2 try n error.. Hohoho..

Resipi kak TTM memang senang.. Dan sedap.. Dengan campak dalam cik BM toksah kata la.. Sebelah mata aje weh doh nye siap.. Ok.. Resipi doh cenggini - kak TTM, kalo salah sila tunjuk ajar cheq naaa

3 cawan tepung
1 1/2 cawan air
1 sudu makan susu pekat manis
1 sudu makan ghee - kak TTM pakai butter
Secubit garam
Minyak untuk membentuk doh, menebar doh dan memasak roti canai

Kekdahnya..
Campak semua bahan dalam BM.. Kasar benar bunyi campak tu ye tak? Set kasi mode 'doh' pastu lepak2 le sambil buat bodoh.. Ekekekeke

Pastu keluarkan doh, tutup dan biar kejap dalam 1/2 jam.. Pastu jadikan bebola - lebih kurang 10 biji..

Ha, tgk gambar doh







Pastu tinggalkan bebola tu melebihi 2 jam..

Pastu tebar - waaaaaaaa part ni kantoi karipap kak limah!!!! Kena praktis laie

Pastu leh le masak roti tu.. Sob sob sob.. Kecewa ok.. Rupa roti canai mama tu huduh.. Tp masih boleh dimakan.. Anak2 suka sgt.. Kami makan dgn kuah sardin aje sebab tukang masak kecewa roti canainya bantat.. Pasni jgn komplen roti canai kedai mamak ye mastur.. Nak buat susah ok..

Sebab kekecewaan melanda hanya gambar cebisan terakhir aje diambil






Ok, usaha tangga kejayaan.. ingat murid2..... Huhuhu

- Posted using BlogPress from iPhone mama

Khamis, 3 Februari 2011

TAG lama tak buat

tq Meeya untuk TAG ni.. dikala kepala serabut mama boleh buat le.. hehehe

1. Apakah status anda



Ibu belajar sepenuh masa, Isteri yang banyak songeh dan Anak yang manja - ahahaha.. all-in-one gitu




2. Ceritakan tentang diri anda


3 hari 3 malam tak selesai nak cerita - Nak kata simple kadang2 buat leceh, nak kata baik tak juga sebab ada jga buat onar, nak kata berterus terang, kadang2 simpan dalam juga.. secara basic - wanita normal hidup sementara kat bumi Allah ni.. yang pasti yang perlu anda semua tahu, MAMA TAK SUKA LIPAT KAIN.. ahahahahahhahha


3. Ceritakan tentang blog anda


blog ini cacamarba - bukan macam blog jutawan.. ahahhaha


4. Apakah pendapat anda tentang dunia blog


Dunia blog ni penuh ranjau dan onak duri, tak caya tanya otai blogger - tu pasal banyak dah senyap sunyi.. kadang2 boleh jadi menyampah.. tapi mama anggap benda2 camtu akan berakhir juga fasanya nanti.. just stick to moiself aje le




5. Nasihat kepada kawan-kawan yang baru nak buat blog


Sabar, Tabah dan Kuatkan semangat - ahahahahaha.. cam artis rasa




6. Nyatakan keunikan blog anda


Tuan punya blog ni kawaii tau.. akakakakkaa




7. Sampai bila nak menulis blog & impian anda dalam dunia blog


Nak tunggu sampai jadi jutawan tu harem le.. tulis sekadar mampu.. kalau dah mati nanti mungkin blog ni jadi kenangan buat keluarga dan sahabat mama.




8. Tag 5 orang yang anda nak kenal
Ramai ok.. terutama follower semua.. kalau rajin, buat la ye.. pastu buzz kat komen mama, nanti mama terjah nokss