Rabu, 30 Disember 2009

rasa yang kosong

ada sesapa yang tengok 'nizam kambing' tak sabtu haritu? kan ade satu scene nizam tu nyanyi depan mila tu.. lagu kosong.. hahaha.. siap buat hantu tangan lembik2 lagi.. mama sekarang rasa nak nyanyi macam tu la.. sigh.. T_T

esok adalah hari terakhir tahun 2009.. dan sampai saat ini mama rasa tak ada hati nak jengah tahun baru.. seumur hidup, inilah kali pertama mama rasa tak ada hati langsung nak buat azam baru.. tak 'look forward' dengan kedatangan 2010..

dengan macam2 masalah yang ade, tak boleh nak selesaikan dan kerja berkoyan2 disiapkan tahun ni tapi langsung tak rasa hasilnya, tak masuk lagi susah hati hutang2 tak selesai.. hai, memang tak ade perasan langsung..

rasanya, tahun 2010 ni mama tak mahu bubuh azam seperti tahun 2009.. nak biar semuanya 'go with the flow'..... boleh? korang semua macam mana? 'feel' tahun 2010 lagi baik dari 2009 ke?

Isnin, 28 Disember 2009

ngempis-ngempis

okey.. kalau korang perasan, mama tak letak lagi current pic mama.. hehehe.. konon cam le dah kurus.. sigh.. dah 26 hari.. tp masih ada banyak lemak2 manja kat perut dan punggung.. bahagian dada memang tak boleh blah.. 

masa seminggu sebelum bersalinkan aidan, berat mama 75.5kg.. BAIKKK PUNYAAA.. 8 hari lepas timbang baru turun jadi 67.5kg.. timbang masa pi rumah mil.. sigh T_T tensi betul la.. ada 7.5kg nak turun ni baru rasa selesa.. kalau dapat turun sampai 58kg sangat heaven ok!!!

rutin pakai bengkung adalah hari2 kecuali kelmarin.. hari2 mesti pakai siang dan ada 5-6 malam tak pakai bengkung.. lain2 hari semua pakai.. siang pakai bengkung dan barut (barut gue 12m ok) dan malam pakai beautiful.. nampak juga le kecutnya bila siang pakai minyak panas n krim barut no.na roguy malam pula pakai krim halia mustajab dengan serum halia.. tapi korang ade tak idea lain yang boleh jadi lagi kecut perut ku ini??

ubat jamu nona roguy makan 2-3 biji hari2.. depending on badan rasa panas atau tidak.. itupun haritu stop makan 3 biji sebab aidan naik rashes.. panas sangat dan mata mama jadi bengkak..

kalau korang ade idea macammana nak kasi kurus sikit lagi, sila la bagi.. huhuhuhu..

Sabtu, 26 Disember 2009

rabak poket..

setelah 23 hari tak tengok matahari dan tak keluar rumah (except 1 hari pi rumah mil), jumaat dan sabtu lepas mama berjaya keluar rumah kejap.. har har har..

jumaat petang ke mother.care BSC - katanya yang paling besar.. bolehla.. barang dia boleh la tahan.. tapi takde la special sangat pun.. jumaat tu berjaya membeli 4 helai baju dalam baru.. hik hik.. beli liner untuk susu aidan, beli bottle warmer sebab ada 30% off.. nanti tinggal kat nurseri.. breast pad dan legging untuk aidan.. masa makan kat dome terserempak la pula dengan kawan sekolah - jaja n aren.. har har har.. kantol! dapat le keluar 3 jam gitu.. hehehehe

sabtu lagi hampagas.. keluar ke munaw menabur bakti 3 helai tudung dan 2 helai t-shirt labuh (saya suka t-shirt munaw.. selesa) tudung munaw ada kain2 baru.. mama beli satu kaler biru kain denim lembut dan 2 kain jenis cam t-shirt.. 

keluar dari munaw gi pavi nak beli perfume yang dihajati.. masuk pavi lunch kat foodcourt.. pastu terus ke parkson beli perfume.. aaaaa.. pueh hati dapat yang dihajati..

dan skrg dah kembali perintah berkurung.. har har har.. semalam abah, makcik n makcik ida n anak2 blk ke alor setar.. harini sepupu mama nak tunang.. dan esok mama akan ke rumah mil.. mil akan tiba dari madinah malam ni..

sekian, update last weekend..

Khamis, 24 Disember 2009

nak buat camne kan?

berita yang ditunggu tak juga kunjung tiba.. alahai.. takpela..

esok lepas gian kat mothercare ngan pavi la!! ade sapa2 nak join???

uhuhuhuhuhu T_T

Rabu, 23 Disember 2009

rama-rama dalam perut

InsyaAllah esok mama akan finalize ke mana nak pi belajar.. sebab esok meeting untuk staf yang akan sambung study 2010 dengan top management.. tu yang rasa berdebar2.. seriau ada, gabra pun ada, sebab yang pergi bukan dekan, tapi timbalan dekan.. dan kes mama, papa akan dibincangkan esok.. sebut kes cam buat jenayah je kan? huhuhuhu.. korang doakan mama ye.. dapat pi tempat yang bagus untuk belajar dan bagus untuk bawa family..

kalau depa takde keputusan akhir, serius mama cari kerja lain.. ahakss..

in the mean time, to kill the time, I am currently reading this.. baru je start.. terkedek2.. zaman bila la baru leh habis.. hoho

gambar incik google bagi..

lepas ni boleh cari dvd dia pula...

Selasa, 22 Disember 2009

need vs want

I need:
  • new perfume - the one i'm currently using has finished before giving birth and I have no extra perfume.. sigh.. pathetic
  • new nursing bras - currently has only 2 new bras brought before delivering aidan and those from aiman's time has worn out so badly. I can't bought a lot in the first place since my bo.ob size definitely will jump 1 cup size (not the number, but the alphabet ok!) each time I got pregnant.. care to guess what size is mine right now?? hahahahaha.. fano, sila syadap!
  • more bottles to store aidan's supply
I want:
  • new clothes.. just to give me some motivation before I start back to work.. really need a good boost since there have been so much problems I had to face.. papa, care to spend for me.. puhleeeaaasseeee sayang.. hehehehe
  • new shoes - am really stressed out this year since I don't get to wear heels.. last pair of shoes bought was during raya and has wore it once or twice.. boohooo
  • new stroller for aidan - but really don't know where to fork out money laaa
sigh, YES is almost towards the end.. and I am yet to buy anything.. tangan makin gatal.. I think I need some retail therapy this weekend.. tak sedar diri!!

Sabtu, 19 Disember 2009

ketagihan baru

dulu-dulu, time kat uni, tergila-gilakan betul si dao ming se.. siap beli vcd lagi.. hahahahaha..










sekarang ni dah mula dah ketagih F4 baru.. versi korea.

setiap senin sampai jumaat.. 8tv.. 8.30malam..



ada la juga something to look forward to malam hari.. next monday baru episod 4.. sila join ketagihan ini..


entah kenapa tak ketagih lagi la itu aliff firdaus

Khamis, 17 Disember 2009

keganasan rumahtangga

Aiman gigit paksu dia.. 


sebab



































tak nak main dengan dia.. sigh T_T ape la nak jadi dengan anak bujang sorang ni!

review on freestyle medela


ye, yang ini la breastpump nye ye..

hari genap 2 minggu Aidan lahir.. alhamdulillah, production susu adalah baik.. cukup untuk aidan minum dan masih punya sikit stok untuk aidan.. stok untuk selepas cuti masih belum buat lagi.. insyaAllah next week baru plan nak start.. aidan dah mula gain weight.. pipi sudah mula labuh dicampur triple chin serta leher berlemak2 sangat sedap untuk digeget!

mama nak review pasal breastpump mama memandangkan ada juga kawan2 yang pernah bertanya pasal breastpump ni.. masa aiman, mama pakai medela harmony.. kecil, murah dan low efficiency.. sebabnya perlu masa lama untuk memerah stok susu.. tapi rasanya jenis harmony ni sesuai untuk orang yang memang dah pandai atau hardcore dalam breastfeeding.. 

bagi mama, dah le time bersalin aiman tu memang takde pengalaman, kurang ilmu dan macam2 jenis kurang lagi le.. bila dah tahap hampir jahil tu, tu yang jadinya tak pandai nak invest good breastpump dan tak pandai nak tambah kuantiti..

sekarang bila dengan aidan, dah ada ilmu sikit.. tambah2 ada kawan2 sekeliling yang bagi idea itu ini untuk support breastfeeding.. dan yang lebih penting ada rezeki lebih sedikit untuk beli breastpump yang lebih baik..

ye, medela freestyle (fs) adalah lebih mahal berbanding medela harmony.. tapi harus diingat, fs adalah dual pump dan harmony single pump sahaja.. dengan harga menjangkau 2k, seharusnya keupayaannya lebih baik..

antara kelebihan fs termasuklah dual pumping yang betul2 menjimatkan masa.. kalau guna harmony untuk satu side susu kena pump dalam 15 min, makanya untuk 2 susu kena 30minit.. tapi untuk fs, 15min aje dah siap pump both side..

lagipula, siap ada hands free... owh, ini la yang paling best ok! sambil makan leh pump, sambil tengok tv pun boleh pump.. jadi sila jangan beri alasan untuk malas mengepam ok!

fs ni juga best sebab dia ada dual expression pumping.. maknanya, mula2, dia sedut kuat, pastu dia ada program letdown reflex.. aaa.. masa tu, susu kuar pergh.. memang best.. bayangkan dari hari ke 3, susu mama dah leh pump 3oz sekali session aje.. pencapaian tuh! sekarang 15min leh dapat 5 - 6 oz.. 

dan yang best juga, pumpnye senyap.. tak le sebising harmony.. segan ada sikit la.. sebab bunyi dalam bilik bising.. hahahaa.. macam project rahsia je..

kiranya, untuk beginner sampaile yang ke dah hardcore breastfeeding, fs adalah worth the investment! hahaha.. promo seh!

Rabu, 16 Disember 2009

huru-hara

status sambung belajar mama sekarang adalah huru-hara! total chaos! dan bakal menjadi haru kalau usm suruh juga ambil scholar kpt itu.. chait! time aku nak hangpa buat aku macam taik! la ni aku dah macam ayam je baru hangpa hulur itu ini.. dan hangpa saja ja huluq time aku tengah cuti.. awatla hangpa buat kat orang lagu ni haaaaa?? sat suruh pi sana, sat suruh pi sini.. sabaq je laaa... 

entry membebel.. sorry..

Selasa, 15 Disember 2009

hari ini dalam sejarah

tarikh ini tiga tahun lepas, mama dan papa selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri.. dan bersyukur dikurniakan 2 orang cahayamata.. moga usia perkahwinan kami berkekalan sehingga ke akhir hayat dan sentiasa dirahmati Allah.. amin

Isnin, 14 Disember 2009

diurut tu kan best!

harini confinement lady (cl) start datang rumah.. yep, memang dah lambat juga la kiranya.. tapi yang penting ada juga orang yang boleh datang untuk pamper badan mama.. hehehehe.. harini hari ke 12, masa time aiman hari ketujuh tu cl dah datang rumah.. kali ni ambil cl yang berbeza dari masa pertama haritu.. awalnya ingat takde orang lain dirumah menunggu mama.. alhamdulillah, kali ni ramai.. ada makcik (yang tengah jadi penganggur bertauliah sebab tgh tunggu nak pindah tempat kerja baru) dan makcik ida yang mai dari aloq setaq.. sebab asalnya ingat takde orang lain yang menunggu mama, jadinya mama ambil pakej cl dari jam 9am-4pm.. mama ambil cl dari shadira beauty house kat brickfields.. macam2 jenis pakej dia ada.. ada yang tidur rumah, datang harian, datang separuh hari je.. depends on kita dan poket kita la..

jadinya, pagi tadi cl mai pukul 8.40am.. siapkan air mandi mama dan tangas, mandikan aidan, siapkan aidan, buat infra-red therapy, urut, bertungku, bengkung, barut (ye, mama pakai barut 12m) dan siapkan air ubat periuk untuk mama minum.. pakej yang mama ambil tu siap dengan dia masak.. tapi sebab makcik ada masak, so dia tak le masak.. hehehe.. dan dia memang jaga baby siap urutkan aidan sebab perut angin sikit..

sebelum ni memang makcik n makcik ida yang tolong buatkan semuanya cuma tak le sampai berurut bagai.. sekadar sapukan minyak, tungku, bengkung dan siapkan baby..

alhamdulillah, mama syukur sangat kali ni sebab ramai bantu jaga mama.. tadi pun madeh, kak irni n clan baru je balik lepas ada dirumah di untuk 5 hari.. huhuhuhu.. ramai woo kat sini.. rasa cam pantang kat kampung2 tau.. 

harap2 cepat le leh kempis perutku ini.. hahahahahhaha.. cita2 tinggi menjulang woo..

pencapaian breastfeeding - sekali pump 5oz.. alhamdulillah.. hasil tuaian sangat memberangsangkan..

 

Jumaat, 11 Disember 2009

menjengah usia lewat 20-an.. yep, saya dah tua harini

harini mama genap dua puluh tuuuuuuuutttttttttt tahun hahahahaha.. umur mama dah stop tang 25 tu lama dah.. tak gerak2 dah.. hahahhaha.. 

alhamdulillah, dikala usia begini, dikurniakan keluarga yang membahagiakan disamping 2 orang putera kecil dan prince charming idaman, kerjaya yang kukuh (walaupun ongkosnya kadang2 ada, banyak kadang tak tahu ke mana.. haha), kawan2 yang baik dan macam2 lagi, rasanya tak layak untuk mama mengeluh kepada tuhan.. kena lebih banyak bersyukur..

transformasi yang mama telah lalui dari tahun 80an membawa ke 2009 ni banyak sungguh.. dari luaran sampai dalaman.. boleh kira banyak sudah perubahan yang dialami.. walau begitu, mama masih individu yang sama.. yang anda kenali mungkin sudah puluhan tahun, belasan tahun, beberapa tahun, bulan, minggu mahupun hari.. cuma diupgrade untuk jadi lebih baik (baik ke?) hanya Allah yang mengetahui..

dan untuk tahun2 mendatang, mama simpan azam yang lebih tinggi untuk mama gapai.. dan mama yakin mama boleh.. 

kepada yang telah mengucapkan selamat, terima kasih.. mama pun doakan kalian bahagia dan dilimpahi rahmat dan rezeki dari Allah SWT

- terkedu bila org pertama yang wish adalah fano kesayangan dan ibu mentua yang jauh ditanah suci.. papa?? cit.. dah pagi baru wish.. sebab dia terlena malam tadi kepenatan balik kerja..

Khamis, 10 Disember 2009

exercise untuk ibu mengandung dan dalam pantang

majoriti ibu mengandung dan dalam pantang mungkin dah tahu exercise ni.. ala, kegel floor exercise atau pelvic floor exercise.. exercise ni bagus semasa mengandung, dalam pantang dan juga untuk semua orang perempuan..

camne nak buat exercise ni? senang je.. tarik nafas dalam2, kemutkan bahagian bawah anda tu.. ala, yang depan tu.. bukan yang belakang tau.. pastu cuba tahan dalam kiraan 1-10 dan kemudian lepas nafas anda.. haa.. senang je kan.. cuba la buat sekerap mungkin.. especially masa tengah kerja ke, tengah memandu ka.. bila2 la.. 

bagusnya exercise ni, untuk bantu kuatkan otot2 pelvik dan membantu mengecutkan bahagian sulit anda.. pastu, exercise ni juga bantu untuk mengurangkan gejala terkincit (incontinence) dan juga bagus untuk hubungan suami isteri..

cuba la.. 

Rabu, 9 Disember 2009

dah 7 hari

alhamdulillah, kejap je dah seminggu.. cepat je masa berlalu.. Aidan masih ada kuning sikit2.. tapi mama continuously bfeed dia sampai nipple sore gilerrrr rasa macam nak terkucil time Aidan nak hisap.. ngeeeeee... Pusat Aidan baru je gugur tadi.. Alhamdulillah, moga dilancarkan perjalanan pantang mama n Aidan.. hehehe..

Good news for mama, malam tadi try balik bengkung beautiful mama.. yeay!! boleh pakai seh!! masih dalam kategori saiz lama.. tak perlu tukar saiz baru.. harap2 dapat le kempiskan bahagian perut by end of pantang.. 

auntie aweng, tq baju kite ni.. muat2 je.. hehehehhe

Selasa, 8 Disember 2009

jawab menjawab

nak menjawab dalam comment box adalah leceh dan payah.. hehehe.. jadi satu entry pula semua jawapan kepada persoalan yang ditanya..

okey.. bab pilihan nama.. Aidan pilihan last minute sebenarnya.. sampai dekat 9 bulan pregnant pun masih tidak punya idea untuk pilih nama yang simple, sweet, easy to be remembered and most importantly, nama yang mudah untuk dipanggil.. kang kalau panjang2 namanya tiba2 dipanggil 'chot' ke, 'chet' ke adalah tidak best ok.. pastu yang jadi concern incik papa adalah Aiman punya nama punya la 5 huruf, adik punya?? 5 huruf juga? 6 huruf?? 7 huruf?? nanti merajuk tak depa?? lerr.. sebenarnya mama tak kisah pun.. mula nama dengan huruf apa pun mama tak kisah.. janji mudah diingati.. dan memberi makna yang baik..

maksud nama aidan yang berjaya digoogle dalam laman web nama baby islam adalah intelligent, helpful

kepada yang rasa cam seriau je baca pengalaman mama, ala, jangan risau, lain orang lain pengalamannya.. mama suka juga dengar pengalaman orang lain bab2 bersalin ni.. rasa takut memang ada.. tipu la kalau orang nak beranak tu sempoi je masuk labour room kan? hehehe.. yang penting, kita kena banyak berdoa dan mohon dipermudah perjalanan bersalin tu.. nak cerita lebih2 pun tak syok juga.. takut lain hari kalu mama nak bersalin lagi kang kena teruk2.. ngeeee...

mama rasa nak buat sikit juga catatan selepas ni pasal breastfeeding.. walaupun tidak la se'pro' kawan2 lain, tapi kurang2nya, pengalaman sejemput ni mungkin juga beri faedah kepada kawan2 yang membaca.. tak mahu riak, sebab nikmat ni tak tahu berapa lama akan dapat.. tapi harap dapat beri semangat untuk kawan2 yang bercita2 nak breastfeed. 

harini sambung la nak tidur siang.. Aidan dari tadi tidur.. bangun nak susu aje.. Aiman pula nak manja2 main dengan mama n papa.. papa as usual buat kerja tak habis2.. esok papa nak balik parit buntar dah.. lusa dia kerja..

Isnin, 7 Disember 2009

pengalaman kedua yang indah

mula2, tq untuk semua ucapan tahniah untuk mama n baby.. sorry juga sebab lambat update blog ni.. rasa bersawang pun ade.. hehehe.. mesti ramai tertanya2 apa yg dah berlaku dari hari bersalin tu sampai la harini kan? (chewwah, perasan je!) tak kira la.. hahahahha cam harem.. 

okey.. cerita pasal hari kejadian (cam CSI) rabu malam tu mama memang siap prepare dah.. beg diperkemas, siap syampu rambut semua, dan memang nak bersenang lenang untuk malam terakhir sebelum menyerah diri ke hospital khamis pagi tu.. malam tu tunggu papa balik.. tapi papa balik lewat sangat (12 tengahmalam to be exact) pukul 11 mama dah tertidur.. yang lagi bestnya, aiman siap tidur lewat lagi.. tunggu papa dia.. kesian sebenarnya papa time haritu.. sebab tidur kejap betul..

malam tu memang perut rasa tak sedap sangat.. tp memikirkan baby gerak cukup n khamis pagi nak ke spital dah, sempoi je la tidur.. pukul 3 pagi, mama rasa sakit perut dan nak terkencing sangat2.. sekali pi toilet tengok ada darah.. aiyak! patut le perut rasa contraction makin kerap..

kejutkan papa, tok ayah n tok.. pukul 3.30am sampai dah ke spital.. tok ayah hantar mama n papa.. masa ni sakit dah mula kerap.. tapi masih boleh tahan.. rupanya jalan dah buka 5cm.. giler betul! air ketuban tak pecah lagi lak tu.. time kat ER tu baru Dr pecahkan.. haaaa.. pastu memang le rasa cam nak matiiiiiiiii.. perghhh.. sakit betul penangan kena pecahkan ketuban n turun darah ni.. Dr tu tanya kat mama, nak epidural tak? woohooo, confirm beb.. tak tahan menanggung..
anesthetist sampai lebih kurang pukul 5.30am.. masa tu tuhan aje yang tahu sakitnya bila dia suruh duduk tegak tapi bawah dah buka 6cm.. ngeri wooo.. sampai menjerit mama.. serius tak boleh tahan.. lagipun sebenarnya, mana orang ambil epidural bila dah buka besar.. aku ni je giler!! hahahhaa.. masa time aiman buka 4cm dah ambil siap2 dah epidural.. masa tu tak sakit sangat.. lagipun masa time aiman ambil epidural lepas dapat pethidine (injection) tu.. kira dah ada sedikit bantuan aa.. Dr Joanna, tq so much for making things easy (Dr ni baik betul.. siap lapkan peluh mama lagi)

tapi lepas je dapat epidural, legaaaaaaaaaaaaaaa.. hahahha.. tu yang siap sempat update ikut phone tu..

sekali jam 6.40am gitu jalan dah buka 8cm.. masa ni, kaki dah rasa kebas.. memang rileks je aa.. x sakit.. contraction pun rasa ala2 orang urut kaki mama je.. hahahaha.. pukul 7am, prof Hatta mai.. tengok sekali jalan sudah buka 10cm daaaa... waaahhh.. cepat giler.. tp prof cakap adik dah terberak.. so kena push cepat sikit.. memandangkan dah numb, nurse la bantu bgtau bila contraction mai untuk push.. mula2 tu rasa happy juga sebab prof kata tak perlu epi (potong, potong, potong!) wah, best tu kalau tak kena epi seh!! sekali masa lepas first push, prof nampak tali pusat lilit adik.. kena la potong juga.. nasib la sikit.. (memang sikit giler sebab la ni tak rasa sakit pun.. serius! papa tengok pun kata sikit je)

dengan 3 kali push, alhamdulillah, lahir la adik ke donia.. hehehhehe.. 

nama saya Aidan bin Muhd Harris 
 kalau korang geram ngan pipi dia, mama lagi la geram!!! ni dah dalam bilik dah..

his first cry - dalam labour room.. pastu kena nenen terus senyap!! serius first hour after labour feeding really helps me in bfeeding.

memandangkan epi tak lama, cord blood pun selesai ambil awal (hopefully darah cukup untuk disimpan) - mama keluar dari labour room dan masuk bilik lebih kurang pukul 10am..

masuk hari kedua, mama dah discaj.. tapi Aidan tak dapat keluar sebab detect jaundice.. agak tinggi juga.. dan Aidan kena double phototherapy bagi bantu cepatkan kurang kuning.. 

Alhamdulillah.. after 4 days, mama dah selamat keluar dari hospital bersama Aidan.. kepada yang doakan kami sekeluarga, terima kasih banyak2.. to papa, sorry to burden you with the bills.. we love you..

hari kedua, dah nampak kuningnya kan??

pencapaian hari ke-5 bfeed - perah dah dapat 3oz.. tak masuk lagi yang adik minum.. ish, time aiman dulu kenapa la tak cukup semangat camni..


Khamis, 3 Disember 2009

Welkam..

berikan salam dan takbir kalian menyambut kedatangan adik aiman.. alhamdulillah, syukur.. Ketibaan pada 7.25am.. Berat 3.26kg.. Hehehehe..

Dah dekat dahhhhhh

Di saat update ni, mama baru je dpt epidural.. Phewwww... Legaaaa.. doakan semuanya lancar ok..