Khamis, 17 Disember 2009

review on freestyle medela


ye, yang ini la breastpump nye ye..

hari genap 2 minggu Aidan lahir.. alhamdulillah, production susu adalah baik.. cukup untuk aidan minum dan masih punya sikit stok untuk aidan.. stok untuk selepas cuti masih belum buat lagi.. insyaAllah next week baru plan nak start.. aidan dah mula gain weight.. pipi sudah mula labuh dicampur triple chin serta leher berlemak2 sangat sedap untuk digeget!

mama nak review pasal breastpump mama memandangkan ada juga kawan2 yang pernah bertanya pasal breastpump ni.. masa aiman, mama pakai medela harmony.. kecil, murah dan low efficiency.. sebabnya perlu masa lama untuk memerah stok susu.. tapi rasanya jenis harmony ni sesuai untuk orang yang memang dah pandai atau hardcore dalam breastfeeding.. 

bagi mama, dah le time bersalin aiman tu memang takde pengalaman, kurang ilmu dan macam2 jenis kurang lagi le.. bila dah tahap hampir jahil tu, tu yang jadinya tak pandai nak invest good breastpump dan tak pandai nak tambah kuantiti..

sekarang bila dengan aidan, dah ada ilmu sikit.. tambah2 ada kawan2 sekeliling yang bagi idea itu ini untuk support breastfeeding.. dan yang lebih penting ada rezeki lebih sedikit untuk beli breastpump yang lebih baik..

ye, medela freestyle (fs) adalah lebih mahal berbanding medela harmony.. tapi harus diingat, fs adalah dual pump dan harmony single pump sahaja.. dengan harga menjangkau 2k, seharusnya keupayaannya lebih baik..

antara kelebihan fs termasuklah dual pumping yang betul2 menjimatkan masa.. kalau guna harmony untuk satu side susu kena pump dalam 15 min, makanya untuk 2 susu kena 30minit.. tapi untuk fs, 15min aje dah siap pump both side..

lagipula, siap ada hands free... owh, ini la yang paling best ok! sambil makan leh pump, sambil tengok tv pun boleh pump.. jadi sila jangan beri alasan untuk malas mengepam ok!

fs ni juga best sebab dia ada dual expression pumping.. maknanya, mula2, dia sedut kuat, pastu dia ada program letdown reflex.. aaa.. masa tu, susu kuar pergh.. memang best.. bayangkan dari hari ke 3, susu mama dah leh pump 3oz sekali session aje.. pencapaian tuh! sekarang 15min leh dapat 5 - 6 oz.. 

dan yang best juga, pumpnye senyap.. tak le sebising harmony.. segan ada sikit la.. sebab bunyi dalam bilik bising.. hahahaa.. macam project rahsia je..

kiranya, untuk beginner sampaile yang ke dah hardcore breastfeeding, fs adalah worth the investment! hahaha.. promo seh!

5 ulasan:

Fid berkata...

best ya pam ni kena kumpul duit bnyk2 la kalau gini

m-i-o berkata...

adoi mast. wat comparison harmony dengan freestyle - memang takleh challenge la :P

anyway. akak pakai spectra 3. okeylah. harga dan performance seiringan.

hajat di hati memang nak pakai freestyle. apakan daya poketku bocor. kahkahkah! takpe, akan akak cuba utk kelahiran yg akan datang :P

Unknown berkata...

kak fid, kumpul jangan tak kumpul kak fid.. sempat untuk adik kepada gedebi nanti.. hehehe

kak zufa, dahnye comparison tu sebab itu je yang ada time tu.. sebab jahil xde ilmu nak beli bpump yang best.. sekali dapat yang best.. pergghhh, pueh hati tu!

Hazrina Ahmad berkata...

berapa mast exact reganyer? manelah tau, kot2 nk wat investment utk anak akan datang..(belum lagilah..masih berusaha..hahah)

Unknown berkata...

reen, masa promo leh dpt 1999.. kalau tak promo 2399