Memaparkan catatan dengan label weekends. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label weekends. Papar semua catatan

Rabu, 20 Februari 2013

autumn 2012 - Ohara

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

Betul2 terlupa ada satu album autumn ni.. satu hari dihujung minggu.. misi, cari gambar autumn yang cantik2 untuk kenangan.. lokasi Ohara, lebih kurang 30min naik bas belakang rumah haha..

Sebenarnya tak puas pusing Ohara, sebab ada banyak tempat dan kami cuma pergi ke Jakkoin temple aje. Mungkin lepas ni pi tempat lain pula dan ambil lagi gambar haha..

Temple nya bersih sangat2, cantik.. gambar pun tak ada nak edit2, puas tengok warna2 daun musim luruh..

ok, enjoy gambar

2012-11-24 12.13.11
di suatu kampung di utara Kyoto

2012-11-24 12.13.33
ada emak beruang dan anak2 beruang berjalan2

2012-11-24 12.18.11
menikmati keindahan bendang jepun

2012-11-24 12.18.46
serta bunga-bungaan terakhir untuk 2012

2012-11-24 12.33.06
berjalan dan berjalan

2012-11-24 12.39.45
sehinggalah tiba ke Jakkoin temple

2012-11-24 12.41.38
anak2 beruang lari memecut laju meninggalkan mak dan bapak beruang

2012-11-24 12.41.54
bapa beruang yang ditinggal anaknya

2012-11-24 12.43.13
anak beruang keriangan

2012-11-24 12.44.09
tempat bermain untuk hari itu

2012-11-24 12.45.19
anak beruang cuba untuk ketuk loceng dibelakang (ok tipu)

2012-11-24 12.52.14
mak dan ayah beruang

2012-11-24 12.54.35
keluarga beruang dicelah momiji

2012-11-24 12.58.28
anak beruang gembira nampak ikan2 dikolam

2012-11-24 12.59.57-1
mak beruang cuba untuk mengajar anak beruang menangkap ikan?

2012-11-24 13.05.14
pemandangan beruang2

2012 autumn - Ohara
hi, kami keluarga beruang :)

XOXO

Ahad, 17 Februari 2013

Last weekend

Main bowling, makan donburi :) heaven..


The last time aiman main bowling was 2010.. This time both aiman and aidan had fun.. Maybe we should do this often, papa :)



our meals -- aiman n aidan eat a lot


peace!


we managed to get 2 plush toys!


tadaaaaa



our shoes, papa, mama, aiman, aidan


mama in action


aidan in action


aiman did his thing!


papa :)

Isnin, 26 November 2012

autumn 2012 - pre-autumn trip - Fushimi Inari

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

Mari update semua trip yang telah dibuat sempena autumn.. cheh macam le banyak sangat.. kita mula dgn pra autumn (which is actually still end of summer.. kaaahh). Kami pi Fushimi Inari ni 17 September lepas..

Antara tempat istimewa di Kyoto untuk dilawati adalah Fushimi Inari.. Fushimi Inari ni adalah tempat ibadat (tu dia ayat cheq) untuk agama Shinto. Orang Jepun percaya yang kat sini ada tuhan nama Inari yang beri rezeki (zaman dulu depa anggap beras, padi tu rezeki besar) kepada orang Jepun. So semua syarikat besar akan beli 'tori' pagar merah tu supaya didoakan la depa ni sentiasa murah rezeki. Di kaki temple tu ada patung2 fox (kitsune) yang dikatakan merupakan messenger untuk doa2 dan dibawa kepada tuhan depa tu (Inari). Gate oren ni punya la banyak, pendek citer kami pun x habis tour.. sbb budak2 letih.. biasa la kan? what's new about that..

Fushimi Inari ni famous dalam kebanyakan puisi2 yang membayangkan keindahan Kyoto dan dalam salah satu scene cerita Memoirs of Geisha, bila Sayuri tu terima duit & aiskrim dr lelaki yang disayangi tu (Tuan pengarah ke hapa dia gelar) masa kecik lepas dia menangis kat titi, dia lari kat sini la.. korang perasan tak? tak? cheh buat susah cheq cerita haha.. nah link wikipedia

Kalau dari bandar Kyoto, boleh naik 2 jenis train. Kalau naik dari Demachiyanagi station (Keihan Railway) ambil local bound and stop kat Fushimi Inari, kena jalan sikit dalam 10 minit gitu. Kalau naik dari JR Kyoto, Fushimi Inari punya stop betul2 depan pintu temple tu..

So, enjoy gambar :)

2012-09-17 10.46.00
jalan menghala ke temple

2012-09-17 10.55.45
basuh tangan.. err nak basuh muka pun ok.. kut la dapat seri hahaha

2012-09-17 11.04.47
fox ni la yang dikatakan bawa doa2 tu

2012-09-17 11.10.02
ramai orang

2012-09-17 11.10.51-1
me and kiddos

2012-09-17 11.19.00
:) Us

2012-09-17 11.22.37
of course tuan tanah kedaung enterframe

2012-09-17 11.43.49
superlove :)

amacam? ni baru pra autumn, pengsan la hangpa tgk gambar kami jalan pasni haha.. macam tak biasa kan?

Isnin, 15 Oktober 2012

lega sekejap

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


alhamdulillah, minggu ni tenang sikit balik.. setelah beberapa minggu pening kepala menyiapkan kerja2 tertunggak.. submitted 3 papers --- ya TIGA! hampir2 je tak hantar yg last tu sebab tak larat dah kepala otak nak perah idea, menulis dan proses analisis semua data tu.. tapi lepas hantar legaaaaaaa

nak mengharung 3 conferences pulak le lepas ni.. dgn presentation dan paling nak gelabah ayam nanti masa Q&A la hahaha.. tapi dah namanya belajar kan maka terima aje le komen2 yang bakal orang bagi kan?

so lepas je hantar final paper jumaat malam tu, sabtu mama cakap kat papa kita kuar ek.. bawak anak2 jalan2.. ala, bukan jalan ke mana pun.. ke kedai beli barang2 keperluan untuk kindy.. Aidan dah start kelas memasak.. -- haha bunyi professional gitu.. so nak kena pakai apron.. mencari apron, beli stand utk aiman sbb dia ngadu jalan lama2 dia penat.. so sabtu memang kami jalan sakan.. makan angin dan kempiskan poket sket hahaha..

ahad, kami cycle pusing2 sekitar kawasan rumah.. lepas hantar baju kat dryer, cycle sampai ke sungai, lepak2, kasi anak2 berlari2 main lompat2 tepi sungai.. dahle sungai kering.. air sikit, so anak2 memang seronok le berjalan sampai tengah sungai..

gossiping? ehehehehe


semalam mama masak few things.. ala, weekend boleh la beria camni.. weekdays kalu yang mana sempat aje..

pulut kuning n rendang daging, sardine puff and blueberry crepes :)


harini pulak hari siapkan report2 tertunda.. 1 dah siap submit.. tinggal lagi satu, pastu la la la la pulang ambil anak2.. papa ada seminar n dinner party harini..

so, happy monday everyone.. have a nice week ahead :)

Isnin, 16 April 2012

sakura 2012

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

apart from having visits from friends, we managed to have a nice weekend last week. not enough pocket money doesn't mean that we have to stay home and do nothing (which most probably won't happen as the kids will constantly asking food from me) haha..

saturday morning started with hubby going to his laboratory for his routine experiment while I stay at home cleaning and doing laundry. Just after we finished lunch, pray zuhur, papa asked whether the kids wants to go out as the weather was very nice. So we decided that we should go cycling to Keage... There's an abandoned railtrack with lots of sakura! owh so nice!

god! we cycled more than 10km that saturday! pheww!!

we let the kids run (as usual T_T) and we managed to capture lots of nice picture there.. <3

DSC_0342
haha -- too many people but hey who cares right :P haha

DSC_0360
i <3 this pic papa :)

DSC_0375
and this one too.. super love!!

DSC_0447
aiman and his levitation

DSC_0497
haha TERBANG!!!

DSC_0528
bajet kawaii

DSC_0338
this one was near kita shirakawa (near our home) - the petals on the road are sakura

DSC_0383
Us having fun :)

while cycling back home, we realized it's almost end of asar prayer, so we stopped at the uni main campus, had our prayer and let the kids play soccer and bubbles, and after that we had our weekly grocery shopping.. after reaching home, I cooked dinner and of course since the kids were really tired, the went to sleep super early.. so yeay to mom n dad time :P

Selasa, 27 Mac 2012

2012 tengok plum blossom - sakura belum lagi

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

sabtu lepas kawan twitter mama sampai sini. alhamdulillah.. tq yumyumx sebab sudi mai rumah kami ni... dapat gomol budak bambam LL tu ya Allah.. n sweet little ayra-chan baik2 aje..

ahad kami keluar sama2 ke kitano tenmangu. last year kami jalan2 juga kat kitano, tapi tak masuk sampai ke kawasan yang penuh plum blossom tu.. tahun ni kami masuk.. nak view garden penuh plum blossom tu kena bayar \600 untuk dewasa.. tapi berbaloi la, penuh dalam tu bunga, dan tak bersesak2 dengan pengunjung. nak jadi cerita, ahad tu 25hb, jadi ada flea market, so penuh la kawasan tu dengan manusia.. bila dapat masuk park berbayar ni kira lega la.. pastu depa bagi minum teh dan makan biskut..

nak jadi cerita lagi, hari ahad tu kejap hujan kejap ok.. haha, time hujan kami menyorok la bawah pondok2 comel kat situ.. mujur sangat anak2 tak meragam n they behaved really well.. aiman n aidan seronok main dgn ayra-chan..

keluar dari kitano, kami jalan2 ke kawaramachi, makan udon, kemudian ke gion, makan matcha parfait..

balik rumah pun dah malam.. haha.. anak2 tidur, kami sambung berbual.. seronok bila ada kawan2 mai camni.. ada la juga kawan nak berbual..

anyway,

enjoy gambar2..

gambar phone.. gambar cantik kita tunggu cikyum kasi nanti :P.. utk yum n family, enjoy tokyo ok.. aku pas baton pada ira n lin :P

gambar 4 beranak.. aidan pandang payung sbb seronok main hujan

hehehe 

pose bajet hot hahaha

enjoying matcha

Isnin, 19 Mac 2012

cubit baru jalan

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


bila stuck mula la rasa macam ape je. dilemma betul la.. cikgu pulak dari minggu lepas takde, paling awal dia akan ada isnin depan, takkan melopong pulak. bila kena study sendiri mula la gagau.. nak kena cubit baru jalan kut.. haih! sabo je la..

weekend biasa2 aje.. sabtu malam baru papa balik dr trip tohoku dia. seharian mama tak keluar. hujan pun, kesian anak2.. mama pulak amik kesempatan menjahit sket. buat bip baru untuk aidan pakai di kindy. asal time makan anak2 kena pakai bip supaya x comot. sebelum ni mama beli aje, tp kesian aidan kena harap cikgu pakaikan. so buat yang simple2, dia boleh sarung sendiri. senang. baru notice yang aidan leceh masa makan jumaat lepas, terkedek2 dia handle bip jenis plastik tu.

at the same time mama jahit arm rest. sebabnya tangan kerap juga lenguh bila dok pegang mouse. buat 2 terus. satu tinggal kat rumah. senang.

kain dari hasil jahit seluar aidan tak jadi sebelum ni

ahad kami keluar. setelah 3 weekend tak ke mana berempat. bawa anak2 pi makan sushi, kedai buku 2nd hand (book-off) shopping buku2 lama harga tak sampai RM10, mama dapat juga satu buku buat patchwork. teringin nak buat coasters untuk pinggan n cawan.

kpop versi jawa - background song 'sorry sorry sorry' hahaha

first time rasa ikan paus (kiri bawah) - verdict? i stick to tuna n salmon belly - dah liat mcm daging rasa dia

malam semalam kami skype dgn nenek n family kat permata. happy birthday abang shafiq. kejap aje dah 9 tahun. panjang umur kita jumpa ye nanti. insyaAllah..