Jumaat, 3 April 2009

Sila jangan cabar saya

Petikan surat berikut telah dihantar kepada pegawai berkenaan. Pesan saya, jangan cuba ambil kesempatan!! saya masih punya maruah dan masih punya harga diri. Jangan ingat staf muda hanya akan menerima sahaja dan berdiam diri tanpa berbuat apa2.. 

Salam Dr T,

Saya beranggapan pertemuan yang telah saya buat bersama Dr petang tadi tamat di situ. Terutamanya bab cerita berkenaan Dr R. Malangnya, saya telah diMALUkan secara terang- terangan oleh beliau pada malam ni semasa majlis makan malam anjuran pelajar tahun akhir kejuruteraan g*******k. Adalah amat memualkan saya bilamana seseorang yang senior yang saya hormati selama ini mengeluarkan kata- kata yang kurang elok untuk mengkritik saya dihadapan pelajar. Disamping mengangkat serta menyanjung pelajar beliau sendiri yang saya rasakan tidaklah begitu hebat macam yang dikata, adalah tidak wajar hanya untuk meningkatkan populariti diri sendiri dihadapan pelajar dengan meletakkan beban kesalahan pada bahu saya. Selain dari itu, kata2 prejudis terutama kepada wanita yang mana pelajar perempuan perlu cepat- cepat berkahwin dan beranak adalah menghina buat ibu bekerjaya seperti saya. Apa kesalahan wanita menceburi kejuruteraan awam? Kenapa perlu memberi komen sebegitu. Tidak kiralah walaupun setinggi mana ilmu yang beliau ada, mahupun setinggi mana pemikiran beliau, adalah bukan hak beliau untuk mempersoalkan keupayaan wanita mahupun komentar- komentar yang telah seorang wanita beri (saya dalam kes ini) semasa sesi viva kelmarin. 

Malang sekali kerana saya masih lagi mampu tersenyum sebelum mengundurkan diri ditengah majlis kerana berasakan tidak mampu menahan sebab yang saya rasa di dada. Saya amat kecewa dengan tindakan beliau. Oleh yang demikian, bagi mengelakkan saya dari dicemuh sebegitu rupa lagi, saya mohon jasa baik Dr untuk tidak menanda tesis pelajar beliau. Mungkin sewajarnya diserahkan kepada mereka yang sama gender dengan beliau. Saya tidak suka, dan tidak mahu diperbodohkan sebegitu rupa lagi. Saya juga tidak mahu sehabis mungkin bekerjasama dengan beliau lagi. Selagi pemikiran ini berterusan, kita tidak akan dapat bekerjasama. Saya telah sedaya upaya saya mencuba untuk menjaga hati semua pihak. Malahan adalah dengan tegas ingin saya nyatakan yang saya sendiri tidak pernah memalukan beliau dimana- mana tempat. Saya fikir, selayaknya saya dihormati bukan sahaja sebagai seorang staf muda, tetapi sebagai rakan sekerja.

Saya sedar saya masih jauh ketinggalan dalam ilmu g*******k terutamanya, saya masih lagi mentah dan masih baru dalam bidang ini. Tetapi jika saya dicabar sebegini rupa, saya tidak akan mengalah. Saya akan berusaha lebih lagi dan yang pasti saya akan berusaha supaya saya dapat memberikan yang terbaik buat pelajar saya dengan ikhlas, jujur dan amanah. Saya juga telah sedaya upaya memastikan ilmu yang saya sampaikan TIDAK TERPESONG serta relevan dalam kepentingan kejuruteraan a**m.

Maafkan keterlanjuran kata saya.

Yang benar,

Mastura Azmi


Tiada ulasan: